Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Permohonan Sekolah Teknik & Vokasional 2014

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
    • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula atau pada awal persekolahan 2014.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Permohonan Lain

Pertanyaan & Maklumat

  • Sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

305 thoughts on “Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

  1. salam…sekolah teknik mana yang ada kursus sains pertanian?

  2. salam…sekolah vokasional kat ng.sembilan kat mane?

  3. Saya tidak mengambil percubaan pmr 2013, tetapi saya ingin memohon untuk memasuki KV. Bagaimana ?

  4. rayuan dikira melalui keputusan percubaan pmr atau keputusan pmr sebenar?

  5. Ingin nak smbung belajar di te

    knik

  6. Teknik or Vk mana ada bahagian fesyen ?

  7. nur syazwani says:

    assalamualaikum ! sekolah teknik nie ada bahagian fashion designer tak ? ataupun bahagian yang perlu lulus maths ja ka ? ada tak ?

    • syimah kamarul says:

      sekolah teknik saya tidak pasti. tetapi, kolej vokasional ada bahagian pembuatan pakaian dan fesyen. boleh memohon mne2 sahaja. di johor terkenal di kolej vokasional (ert) azizah, johor bahru
      sekian.. harap dt membantu

  8. klau dpt trial pmr 3B 2c dan 3e dpt memohon tak ?

  9. norruk mawati abdul rahim says:

    Anak saya sekolah pondok. Form 3 br masuk sekolah biasa. Trial hari tu masih kelamkabut dan result pun agak teruk…ada b,c,d dan e. Skrg tgh struggle utk pmr. Layakkah mencuba memohon kv. Dia sgt berminat dlm electrical.

  10. Kalau trial pmr dapat 3B 4C 1E boleh memohon ke ?

  11. Rafiqah Rahmat says:

    nak mohon kv Shah Alam bole ??

  12. salam….kalau b.inggeris e boleh masuk kv yang lain sekadar lulus..sy ingin masuk.

  13. saya nk tanya kalau keputusan pmr dpt 2c 4d 2e blh masuk kolej vokasional x?saya teringin nk masuk…

  14. sitti nor felzah says:

    nieyh prmohonan vokasional melake tngah jewpz kewp ?? mcm new nx mohon vokasional azizah kat johor ?? tolong ajr ,

  15. aquw styleina says:

    asal aku mhon tak boleh eh?tolong bagi link dia bleh tak??

  16. salam , saya nk tanya , SMT Kuala Selangor atau KV Kuala Selangor . Sesiapa boleh bagitau .

  17. Macam Mana Nak Mohon Dalam Internet ??

  18. Kalau nk amek fesyen , ada dlm bidang hospitaliti … Ada 6 plihn yg kita boleh amek .. Iaitu pelancongan , seni kulinari (masakan) , bakeri , fesyen dan pembuatan pakaian , perkhidmatan asuhan kanak2 , dan kosmetologi (andaman+solekan) . . .

  19. Tumpang tanya SM Teknik Dan Vokasional ada Course KEJURUTERAAN AERONAUTIK tak? TQ

  20. Azfar Sazali says:

    Tumpang tanye SM Teknik Dan Vokasional ada course KEJURUTERAAN AERONAUTIK tak?tq..

  21. Rayuan ni dia tengok result trial ke PMR sebenar?

  22. salam, nk tanya. kalau nk ambik bidang penyelengaraan pesawat, swasta ke?

  23. aiman.danial says:

    Salam.saya nak tanya,dkat selangor kat kv manew yg ada bhagian bidang enjin..

  24. mcm mana nak daftar ?? saya dh banyak kali cuba , tapi banyak kali jugak larh gagal .

  25. Salam , macammana nak buat permohonan ke Teknik Vokasional melalui online ?

  26. nurrul izzati says:

    untuk ambil akauntan perlu lulus apa ?

  27. nurrul izzati says:

    dpt tak klau percubaan kita gagal.tapi kita nak mohon masuk ? apat tak ?

  28. agak2 sy blh dpt x klu 3c 2d 3e ….ne bru percubaan…

  29. nie'za abd karim says:

    klu ade fail dpat msuk x??

  30. nie'za abd karim says:

    kputusan msuk vokasional ikut percubaan ke??? klu ada gagal boleh x??

  31. salam…..dekat kv melaka tengah x da course marketing kew……

  32. kv mana yg ada cost sains perubatan ehhh ?

  33. ad E boleyh mohon kew……………..

  34. Speedz Fare Fari says:

    erm…sebenarnye..lepas Dh Isi2 semua maklumat tu..pastu dh print….
    JADI Semua maklumat tu dihantar terus ke Sekolah Berkenanaan secara online atau Saya sendiri yng kene bagi kt sekolah Berkanaan?
    Sya x phm sbb kalau 1st print maksudnye maklumat yang 1st tuh leyh tukar lagi ke x?

  35. sye dapat 2b 1c 4d 1e boleh ke x minta?

  36. Kenapa lah org melayu bnyk tanya usaha la nak masuk n usaha lah cri kv yg sesuai dah abis usaha tawakal.rusing nya aku dgn depa nie

  37. sye dah dpt mohon asrama yg sye inginkan… 😉

  38. sye dah dpt mohon asrama yg sye inginkan 🙂

  39. tahniah.

  40. kalu mohon skola teknik . dokumen ape yang diperlukan ?

  41. kalu mohon skola teknik . dokumen ape yang diperlukan ?

  42. kalu mohon skola teknik . dokumen ape yang diperlukan ?

  43. kalu nk mohon skola teknik . dokumen ape yang diperlukan ?

  44. sape yg mohon vk ipoh

  45. klau sy dpt 3a 5b 1c ,, rugi tak klau mohon vk

  46. bahagian memasak ada di KV mne? mohon bantuan anda !

  47. klau sya nk ambik akuantan, kna amik bhgian ap ?

  48. assalamualaikum… saya berminat untuk masuk dlm bidang seni kulinari.. tp saya ambil bahgian kh teknikal di sekolah.. boleh x saya mohon untuk msuk dlm bdang seni kulinari t'sebut?

  49. slip percubban tu nak percubaan yg mna??? percubaan-1 tau percubaan-2 ??? tlg bgi jwanpan….pnting kha tu???

  50. Voke mana yg ade arial kat KL yg ade bidang bakery or catering ?

  51. Sekolah Vokasional yang manakah mempunyai bidang komputer ?

  52. sekolah mne yg pling best

  53. vokasional mnew ade aliran paip filter ..

  54. maths saye mmg lemah . sllu dpt gred d jer , subjek yg lain semuanya ok , kecuali maths jer

  55. Vokasional atau teknik?

  56. siti maisyarah says:

    boleh ke klau sy nk kemaskini borng prmohonn sleps dpt result pmr yg sbenar??

  57. siti maisyarah says:

    mcm mana nk kemaskini borang lepas dpt result pmr yg sbenar??tolong…..

  58. saya nk sgt masuk skola teknik kudat………

  59. Boleh saye thu
    ape bezanya KV dn SMT ?

  60. Boleh saye thu?
    ape bezanya KV dgn SMT..?

  61. boleh sye thu?
    ape bezanya KVdgn SMT?

  62. Salam..how do you categorize according to A,B and C? in the application form it do not state the courses offered according to category. please answer it. thanks..

    • BIL.
      PROGRAM
      KATEGORI
      KURSUS
      PENCAPAIAN MINIMUM
      1.
      Pendidikan Vokasional
      A
      1.Teknologi Mekatronik
      2. Penyelenggaraan Pesawat
      3. Perakaunan
      4. Pengurusan perniagaan
      Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
      Bahasa Melayu
      Bahasa Inggeris
      Matematik
      Sains
      Kemahiran Hidup.

      B
      1. Teknologi Elektrik
      2. Teknologi Elektronik
      3. Teknologi Automotif
      4. Sistem Komputer dan Rangkaian
      5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
      6. Teknologi Pembinaan
      7. Pembuatan Peralatan – Metal Stamping Die
      8. Pembuatan Peralatan – Mould

      Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
      Bahasa Melayu
      Bahasa Inggeris
      Matematik
      Sains
      Kemahiran Hidup.

      C
      1. Pelancongan
      2. Seni Kulinari
      3. Bakeri dan Konfeksioneri
      4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
      5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
      6. Kosmetologi
      7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
      8. Pemesin Industri
      9. Teknologi Kimpalan
      10. Hotikultur Hiasan
      11. Landskap
      12. Mekanisasi Pertanian
      13. Agroindustri Tanaman
      14. Agroindustri Ruminan
      15. Agoindustri Poltri
      16. Bioteknologi
      17. Herba
      18. Pemprosesan Hasil Pertanian
      19. Akuakultur
      20. Florikultur
      21. Kesetiausahaan Pentadbiran
      22. Insurans
      23. Perbankan
      24. Pemasaran
      25. Pengurusan Peruncitan
      Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
      Bahasa Melayu
      Bahasa Inggeris
      Matematik
      Sains
      Kemahiran Hidup.
      2.
      Pendidikan Teknikal

      1. Kejuruteraan Mekanikal
      2. Kejuruteraan Elektrik
      3. Kejuruteraan Awam
      4. Sains Pertanian
      5. Perdagangan
      Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
      Bahasa Melayu
      Bahasa Inggeris
      Matematik
      Sains
      Kemahiran Hidup.
      3.
      Latihan Kemahiran

      1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
      2. Juruteknik Elektrik
      3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
      4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
      5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
      6. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
      7. Furniture Maker
      8. Jurubina Bangunan
      9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
      10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
      11. Pelukis Pelan Senibina
      12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
      13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
      14. Pembantu Penyedia Makanan / Demi Chef
      15. Jurukecantikan
      16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian
      Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
      Bahasa Melayu
      Kemahiran Hidup.

  63. bila nak tau yg kita diterima atu tidak…..
    harap maklum…
    bantu membantu amalan mulia….

  64. nak anta borang dekat mane ?

  65. nak anata borang dekat mane ?

    • kv yg diminta awk lah .. yg di print tuh,,bawak mase pergi daftar kv 20-jan-2014..
      sile semak pd 13 jan secara on9..

  66. puteri nur qyistina says:

    nk amik brang kt mane

  67. salam,KV mana yang ada bidang sains kesihatan ya?

  68. assalam …saye nak tnye klau keputusan percubaab pmr saya dpt 4A 2B 2C boleh ambik jurusan kejuruteraan awam x..

  69. asslam sya nak tanyer …kalau sayer punya keputusan percubaan pmr mendapat 4A 2B 2C boleh dpt jurusan kejuruteraan awam..

  70. wanie hana says:

    mmg bila dh isi borang xleh nk mintak byk2 kly byk2 tmpat kea?

  71. nk msuk teknik hrap2 mdh la..hehe….tpi kt aner eah bnyk alirn skit??tlong cdngkan…

  72. queenie joy quilala says:

    boleh Tanya. jurukecantikan d Sabah bahagian mana ?

  73. sy nk tnya,kolej vakasional mn yg ad kursus bakery,,sy nk yg area penang atau kedah jer…

  74. tumpang tanya kalau trial saye dpt 2C 3D 3E blh layak msk kv atau smt x? ape beza kv atau smt?

  75. railley yasin says:

    hello. saya mengulang tingkatan 3 tahun ini dan memohon untuk masuk ke teknik tahun depan..boleh juga ka ?

  76. kalau percubaan dapat 1C ,3D 4E , agak2 boleh dapat masuk tak?

  77. Hello, klu msuk sekolah teknik tp mo ambl kursus bakeri blh ka? Sy mo d area keningau sja. Tq

  78. Hello, sy nak tanya, klu msuk skola teknik blh tak ambl kursus bakeri?

  79. Teoh Ee Kun says:

    trial saya dapat 2b 3c 3d layak tak masuk ??

  80. halida honey says:

    macam mana kalau dpt result trok??boleh memohon jgak ke?

  81. boleh tak , kalau pelajar tingkatan empat nak mohon masuk kolej vokasional or smt ni ?

  82. tumpang tanye .. yuran kemasukan kolej vokasional berapa ye ?? dan kursus sains kesihatan untuk tahun 2014 ada tak ??

  83. tumpang tanye . yuran kemasukan kolej vokasional berape ye ?? dan kursus sains kesihatan untuk sesi 2014 ada tak ??

  84. sy dah try masukan num my kad dgn angka giliran tapi tk boleh . tapi bila sy checkk kt slip exam . btul dahh . nk buat mcm mane nim ??

  85. nk daftar dekat mana nim . huhuhuhuhu

  86. nurul hazirah says:

    Nak tahu yuran kemasukan ke KV .

  87. Nak tahu yuran kemasukan ke KV .

  88. ct nur haniez says:

    maafkan saye..sye pon da cube untuk mmbuat prmohonan tapi prmohonan sye tak d luluskan..sye da brusaha tapi sbaliknye..hermhh..ad care lain tak yg boleh mmbuat rayuan untuk masuk sekolah teknik ini..?

  89. Saya mau mohon asrama..

  90. harap dapat lah msuk..Amin

  91. mcm mne kalau kite dh isi borng and dh print borng tersebut lpas 2 nk isi blik untuk mntx sekolh laen pula …bleh kew?

  92. nak kena tunggu result PMR sebenar keluar baru boleh isi borang ke ataupun boleh isi sekarang ??

  93. cmane nak kemaskini permohonan ni.??

  94. Nurul Amirah Azhari says:

    assalamualaikum … Kolej Vokasional ade tak kemahiran atau aliran Muzikal ???

  95. kalau korang dapat teruk mase percubaan mintak jer… jangan putus asa… Allah tk suka…
    memang die tengok korang punyer percubaan.. tp die tgk jugak korang punye result sebenar.. mane thu rezeki korang… gagal masa trial… exam betul dpt a.b.c jew…
    rezeki dr Allah untuk hmbanya tiada batasnye…

    sy pum mintak kv kuantan… tawakal jew ! gud luck untuk semua pemohon kv !

  96. Sebarang pertanya mengenai kemasukan boleh email saya di

    gumpheadz@gmail.com..

  97. laila nadiah says:

    mcm nak mohon

  98. askum nak tanya smk teknik bachok akan bertukar kolej kew??n kolej vokasional takde spm eak??

  99. askum nak tanya smk teknik bachok akan bertukar kepada kolej vokasional kew??n kolej vokasional takde spm eak??

  100. askum nak tanya smk teknik bachok akan bertukar menjadi kolej vokasional kew??n kolej vokasional takda spm eak??

  101. Charlie Rycho says:

    skolah tengok keputusan pmr percubaan atau keputusan pmr sebenar ?

  102. Kalau Bidang Mekanik VOKASIONAL KER TEKNIK

  103. Klau tingkatan 4 nk msuk tngkatan 5 blih tak nk msuk kv

  104. assalamualaikum… Saya pelajar batch 2 KVS Mata.. saya bagitau sedikit ttg mata, mata mmg bawah kolej swasta dan kementerian tanggung yuran belajar 4 tahun sebanyak rm70,000 dan hanya 100 pelajar akan dpt belajar kat mata. Ini program perintis utk dpt lesen aircraft maintenance technician. Apa2 soalan, ni number 01125610643.. Nk wechat, swift_imran97

  105. Nurul Nadieya says:

    at vk mne ade fotografi ea??

  106. Macam mana nak mohon dua kali ?

  107. salam nk tnye , sekolah menengah teknik besut dah bertukar kolej vokasional besut ke ?? atau lain2 ..

  108. Kolej vokasiaonal kat mana Ada SPM.

  109. Kolej vokasional di mana mempunyai SPM

  110. Noorhayati Osman says:

    Hari tu saya dah isi utk anak saya utk msk Sek men Teknik pakai result percubaan PMR, macamana nak update baru sebab keputusan pmr lbh baik dari percubaan???

  111. Salam hari tu saya dah apply kat ank saya guna keputusan percubaan blh ke nak tukar sbab keputusannya sbab keuputusan sebenar lbh baik dari percubaan…

  112. dulu keputusan percubaan pmr sya dpt 2b4C1D1E…tpi masa pmr sebenar dapat 4A4B saya nak masuk sm teknik kuala terengganu…agak2 boleh x masuk aliran teknikal???

  113. Salam hari tu saya dah apply kat ank saya guna keputusan percubaan blh ke nak tukar sbab keputusannya sbab keuputusan sebenar lbh baik dari percubaan…

  114. Salam hari tu saya dah apply kat ank saya guna keputusan percubaan blh ke nak tukar sbab keputusannya sbab keuputusan sebenar lbh baik dari percubaan…

  115. Salam hari tu saya dah apply kat ank saya guna keputusan percubaan blh ke nak tukar sbab keputusannya sbab keuputusan sebenar lbh baik dari percubaan…

  116. Assalammualaikum, sy nak tanya mcmmana kita nak isi semula permohonan? Sbb sy nak isi semula tp tak boleh. Tolong jelaskan ya

  117. syahirahyani says:

    Assalamualaikum…nak tanye kalu result sy dapt 2c 3d 3e bleh x…sy mnt sgt..

  118. assalam saya nak tanya pengambilan pelajar ada dua kali ke?saya dapat C dalam math n harpan sya nak masuk ke SMT masih ada ke?

  119. 5c1d2e bleh mohon x

  120. agak la klau 3b4c 1e boleh dpt masuk x

  121. Bila tarikh keputusan dan kemasukan KV utk 2014 ni dikeluarkan?

  122. Salam,sy nk tnye klu dh mohon sekolah teknik…tak boleh ke mohon sekali kolej vokasional…or actually hanya pilih salah satu je…mohon pencerahan…tq

  123. mcamna nk semak kputusan

  124. bleyh sya tau , permohonan ini nk diambil kira berdasarkan markah percubaan ke atau yg sebenar ?

  125. boleh sya tau , permohonan diambil kira berdasarkan kputusan percubaan atau yg sebenar ?

  126. 4a 4b ranaco kolej ok ke @ swasta ker?

  127. kalau sekolah teknik ada spm ke

  128. Cepat kepada sesiapa yang ingin mohon ke SMT, KV atau kVS..

  129. Zuhaira Aira says:

    macam mnew plak dngan sy?
    Sy hnya dpat 1c 5d & 2e dlam trial…
    Lyak kew sy memohon?
    Plezz reply..

  130. Keputusan Permohonan Keluar Bila ?

  131. saya muhammad izuddin b. shari. bekas penuntut tingkatan 3(PMR 2013) pendidikan khas Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Memohon Kolej Vokasional Shah Alam. Macaman dan bila boleh tahu keputusannya.

  132. muhd luqman says:

    saya nk thu..bile dpat tahu lulus kew x permohonan saya???

  133. nadieya dexx duu says:

    betol kew keputusan ke kv keluar bulan 1 ?????

  134. Kalau mohon secara online, boleh tak buat banyak kali? cthnya, mula mohon kv kuantan, lepastu mohon pulak teknik kuantan. ATAU hanya bole sekali mohon je?

  135. anis suhaimi says:

    asalammualaikum temu duga sekolah teknik dan kolej vokasional di negeri melaka bila tarikh ye saya ingin tahu je dan nak buat persedia lebih awal je ini sahaja kawan saya

  136. aretiey cyunk says:

    salam.. tumpang tanya . . macam mane nak tahu permohanan saya lulus atau tak?

  137. if i want to join now how?

  138. ain_ida95@yahoo.com says:

    sy xdpt r kloh tknik… nk wt gno ehhh?????? tlg sy

  139. bila boleh tahu semakan kemasukan permohonan ke kolej ert azizah

  140. nak mohon tp tarikh da tutup..KV xad pmohonan sesi 2 ke?

  141. askum nak tanya paling lewat deberi jawapan oleh pihak kv bila ?

  142. kmi kamilia says:

    askum bila blh dpt jawapan ?

  143. bila esult pmohonan vokey kluar eh..

  144. Jika sya memberi result PMR Percubaan,adahah sya dpt Masuk KV?

  145. salam… bila tarikh keputusan sama ada diterima atau tidak??

  146. muhammad afiq says:

    bila result pemohonan keluar..??

  147. kalu saya dapat 1B 4D 3E boleh masuk tak KV…tapi kh B….

  148. Assalamualaikum . Nak Tanya. Dah apply hari tu pakai result trial tapi tak kemaskini result sebenar PMR sebelum 25 Dec hari tu, so mcm mana ye?

  149. Salam boleh saya bertanya anak saya ada mohon kolej vokasional tpi msih blum ada jawapan

  150. taufik azraf says:

    cam mne nak tahu keputusan scare on9? mesj at sy 012-7764785

  151. Keputusan kemasukan dah keluar ke belum..kot2 terlepas pandang.

  152. sya ingin bertanya adakah bleh mendartar lagi

  153. rahmah hayati says:

    saya nak tanya pasal kv ney.. Kawan sya dpt temuduga. Tapi sye blom dpt lgy. Agak2 bila sy bole dpt. Sye teringin nak masuk kv..hope sye dpt la

  154. kputusan pmr sya 4A 1B 3C 1E … sya gagal bhasa arab jer .. bleh msuk KV tak?

  155. Siti Noralia says:

    Assalammualaikum. Saya nak tanya. Kenapa kawan saya dapat panggilan untuk temuduga tapi saya still tak dapat ?

  156. salam. boleh tak kalau nak mohon sekolah vokasional ni lagi?

  157. nur muhammad says:

    hye kawan sye dapat
    surat dah
    tapi sye x pun mohon dapat la

  158. anak jiran saya dapat 2C,2D,4E. tp belum daftar. Kalau mohon sekarang untuk kes rayuan boleh tak?

  159. kalau vokey boleh ke ambil lebih dari satu bidang ? 😛

  160. Assalamuaalaikum kalu sekolah teknik buleh bawa fhone kn best .

  161. nur farzana says:

    macam mana nak buad rayuannnn ????

  162. jihah mohon sekola vokasional dekat kuala kangsar. .tapi masih tak dapat panggilan. .jihah nak sangat masuk. .

  163. ahmadfadzli says:

    bagaimana nk brtukar ke kolej vokasional stelah permohona pertama saya gagal d terima?

  164. […] pelajar PMR 2013 yang ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2014 ke Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kementerian […]

  165. leh tau sekolah menengah teknik KL nk brape A ? kerana sye dpt 5A 2B 1C tpy gagal permohonon ..

  166. keputusan rayuan berapa lma nak tunggu ??

  167. azroi adzi says:

    tempoh keputusan rayuan brapa lmaa yerr nak tunggu ??

  168. boleh tak mohon rayuan melalui telefon sahaja . tak payah pergi sekolah nya ?
    (mohon balas)

  169. salam , saya ingin mendaftar kew sekolah teknik ampangan .. tolong bagi infoselanjut nye .. 😛

  170. bleh daftar melalui on9 ka haritu sya mau daftar tapi keputusan pmr sya belum
    diambil…
    bleh sya tanya bila sya bleh daftar masuk?

  171. Rizal Braim says:

    Kalau dh umur 38 thn tp ambil peperiksaan PMR pada tahun 2014, pd tahun 2015 boleh masuk Kolej Vokasional tak?

  172. sedihnye lh,,,x dpat msok asrama

  173. Nur Mazlyana says:

    boleh mohon lagi kah ?

  174. THENESHWARY says:

    SAYA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN DI KOLEJ VOKASIOANAL PADA TAHUN 2015 SAYA MESTI BERDOA SUPAYA DAPAT MASUK TERIMA KASIH

  175. lokman hakim says:

    slm.. sye nak msuk kolej vokasional.. kat mne nak online borang. .

  176. dh xboleh semak permohonan ke?buka link asyik error je…

  177. noriah masdar says:

    tahun 2014 tiada PMR apa kelayakan yang akan diambil kira…

  178. Sempat lagi tak kalau nak buat permohonan kolej vokasional?

  179. Kelulusan bidang2 ni smpai mna ya…Dipploma atau sijil

  180. muhd ARIF says:

    salm vokasional kulim ad bhgan otomotif x??

  181. Salam,, saye nak mohon msuk kv..kputusan sye pon ta sberape
    Saye Harap Ada Lah rezekinye…

  182. assalam…nk tnye…kursus sains kesihatan ad tak ditawarkan di KV??

  183. Ummm, dekat mana ada vokasional fesyen atau seni kecantikan?

  184. bilakah tarikh kemasukan ke kolej vokasiona 2015l dibuke??#vokasional kluang#mohon online#

  185. Permohonan utk 2015 bellum buka lgi erk?

  186. sy nk mohom masuk ke kolej vokasional tpi sy masih form 2 boleh ke?

  187. Assalamualaikum…. Kalau nak mohon vokasional lepas percubaan ke….????

  188. salam saya wan aiman anaqi b alizar.saya nk mohon kemasukkan sekolah vokasional

  189. Mujahidah Solehah says:

    assalamualaikum permohonan ke kolej vokasional untuk tahun 2015 bagi calon pt3 2014 bila buka?

  190. nur syahirah says:

    askum….saye nk tanya,smk sultan abdul samad akan ditukar kepada kolaj vokasional ke?….

  191. mohd safwan says:

    bahagian automotif di kv gerik ada ke x?

  192. askum nk daftar skolah kolej vokasional.

  193. mcm mne nk daftar skolah kolaj vokasional ye

  194. Assalamualaikum…di sabah ni d mna skola yg ada krusus kimpalan…sy dr sandakan sabah….

  195. assalammualaikum….nak tanya lepas habis sekolah boleh ke balik rumah terus means x amek asrama blh ke…..tolong jawab secepat mungkin

  196. C H O M E L says:

    macam mna nk isi borang nk kena cari kat mana ? hm 🙁 tak jumpa

  197. muhammad taqiuddin says:

    kolej vokasional ade engenear kapal terbang x

  198. assalamualaikum… nak tanye… kalau keputusan PT3 kite tak lulus blh kita masok kolej vokasional jika kita minat sesuatu bidang?

  199. salam, permohonan utk kemasukan tahun 2015 bila dibuka ye?

  200. cam mana nak buat permohonan untuk masuk skolah vokasional

  201. assalamualaikum. Nk tanya ni. Kolej vokasional ert azizah ada asrama untuk pelajar lelaki ke?

  202. ada borang lagi ka perlu di isi

  203. Salam, boleh ke klu student amik pmr tahun 2013 tapi nak mohon kv utk kemasukan 2016? Diterima x?

  204. Kalau result trial saya teruk diterima ke masuk teknik?

  205. ASSALAMUALAIKUM , KV mana yang ada bidang sains kesihatan ya ?

  206. nak tnye yuran kemasukan brape ea ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.