Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2010

Para pelajar UPSR 2009 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.

Mulai 8 Mac 2010 keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2010 sudah boleh disemak melalui laman web Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2010.

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga dalam bulan April nanti.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , Read 322 articles by Azhad Nilam
16 Comments Post a Comment
  1. noname says:

    x sabar nk tunggu esok.mimtak mintak la dpt masok mrsm….amin

  2. YusriZakaria says:

    ALHAMDULILLAH….dapat juga akhirnya….untuk anak …semoga cita2 untuk belajar ke Jepun terlaksana…pulun jgn tak pulun…

  3. JIHA97 says:

    1. Adakah masih ada peluang untuk membuat rayuan bagi kali kedua? Bilakah pengambilan ketiga akan dibuat?
    2. Bilakah MRSM baru akan dibuka, dimanakah lokasinya?

  4. anis adalina says:

    saya nak tanya kalau nak dpt panggilan ke 3 dr mrsm kena buat rayuan ke???tapi saya check x ada pun rayuan utk kali ke 3…jadi macam mana nak buat???lagi satu klau saya nak buat rayuan utk sbp kali ke3…apakah caranya????saya x buat rayuan kali ke 2 dgn sbp adakah saya masih layak utk buat rayuan kali ke3????tolong jawab soalan saya seberapa segera….terima kasih…

  5. nilam says:

    Yusri,
    Tahniah… semoga anak anda akan cemerlang dan berjaya mencapai cita-citanya.

    Jiha97,
    1. Rayuan hanya boleh dibuat sekali sahaja. Pengambilan ketiga biasanya pada bulan April.
    2. Saya tidak mempunyai maklumat tersebut.

    Anis Adalina,
    Pengambilan ketiga diproses dari permohonan asal dan rayuan yang telah dibuat sebelum ini. Memang tiada proses rayuan untuk pengambilan kedua dan ketiga.
    Pengambilan ketiga juga tidak ramai kerana bergantung kepada kekosongan yang masih ada dan biasanya mereka yang berjaya akan dihubungi terus oleh pihak MARA.

  6. syasya says:

    salam,sye nak tanya bgaimana hendak membuat permohonon MRSM untk third intake?

  7. 山田^^ says:

    Bilakah pengambilan ketiga? Saya teringin untuk memasuki MRSM/SBP tapi…
    dua2 x dapat.. adakah saya boleh semak di laman web MARA untuk pengambilan ketiga? Tapi.. bila saya boleh rujuk untuk pengambilan ketiga?

  8. nilam says:

    Syasya,
    Salam… Tiada permohonan baru selepas tarikh tutup. Pengambilan ketiga adalah berdasarkan permohonan asal.

    山田^^,
    Mereka yang mendapat tawaran bagi pengambilan ketiga telah mula mendapat tawaran. Tiada semakan boleh dibuat secara online tetapi anda boleh menghubungi pejabat MARA sekarang untuk menyemak samada anda berjaya mendapat tawaran bagi pengambilan ketiga ini.

  9. nurul emylia says:

    bilakah ambilan ketiga mrsm??

  10. izreen amelia bt mohd ismail says:

    Adakah pihak MRSM akan memberi surat mengatakan bahawa pelajar yang terpilih dapat memasuki MRSM atau hanya dengan panggilan tanpa surat sahaja ?

  11. izreen amelia bt mohd ismail says:

    pastinye sy ta dapat msuk mrsm lagi wlaupn da mohon bkali-kali . sy hrap sgt2 supaya ble sy msuk tgkatn 3 nnt , if sy dpt 8A , sy dapat msuk MRSM atau sbp . kenapa sy ta dpt msuk MRSM ??? =’( adakah sy mmg tdk layak walaupn telah mncapai syarat kelayakan (5A) ? walau apepun .. sy akn trus belajar bsungguh-sgguh untuk form3 . sy hrp sgt2 sy dpt msuk MRSM ble sy form3 nnt … =’(

  12. Jiwa kacau says:

    : Kita boleh berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766, SMS dan Laman Web (www.mara.gov.my).

  13. ibuansara says:

    Kepada mereka yg telah memohon MRSM ting 1 2010 tetapi tidak berjaya, saya sarankan agar menghubungi pejabat MARA kerana mereka sedang menguruskan penempatan bagi pelajar ke 2 MRSM baru iaitu Tumpat dan Baling di semenanjung. Pendaftaran dijangka pada 21 Jun ini. Peluang hanya kepada mereka yang telah memohon MRSM pada awal tahun ini dan masih berminat. Semoga berjaya..

  14. eza says:

    sy rs sdh sbp x dpt msk mrsm. tp sy msh tk fhm mcm mna pmilihn dilakukn?

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.