Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 1 Februari 2010.
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2010 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2010. NOTA : Laman web ini TELAH dikemaskini oleh pihak MARA.
Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat dengan datang sendiri atau menulis kepada pihak MARA.
- Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.
Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 1 MRSM.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







Ya Allah tuhanku!!.tetapkan hatiku…adakah aku akan gagal lagi selepas tak dapt SBP???..Kebarangkaliannya mungkin ada….maklumlah…aku hanyalah insan kerdil dan marhaen dikalangan elit2 dan gergasi2…entahlah…dapatkah aku menerima kekecewaan buat kali kedua??? …sekolah harianlah jawabnya…..semoga Allah s.w.t dapat memujuk hati ini…..dengan tawakkal dan berserah…..