Para pelajar UPSR tahun 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari dahulu sudah boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.
Mulai 18 Februari keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
Tahniah kepada mereka yang terpilih!
salam…
bila agaknya keputusan tawaran ke sbp tingkatan 4 ambilan kedua dikeluarkan?
Kak Long,
Setakat ini belum ada maklumat mengenainya.
knape sy dpt sbp…sy nak mrsm
kenapa saya yang tidak menghadiri temuduga dapat ke SBP….sedangkan kawan saya yang menghadiri temuduga tidak dapat…MENYESAL PINDAH SBPI KUANTAN!!!!kementerian x reti langsung…dah org x gi tmuduga tu x yah la bg …kesian org yg g temuduga…
Rajaamir,
Mungkin ada hikmah kenapa saudara terpilih ke SBP.
saya nak sangat ke sbp tapi setakat ini saya tidak menerima surat tawaran sbp ambilan kedua 2009. blh tak bagi tau kat saya bila keputusan ambilan kedua sbp tingkatan 4 2009 akan kluar
Boboy,
Sudah boleh di semak, sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009.
macam mane nak masuk
amat terkilan kerana 2 org anak saya 5A UPSR (skkk,Jelebu) dan 7A PMR (DUMA Jelebu) tidak mendapat apa2 tawaran ke SBP atau pn MRSM sessi 2011.Sepatutnya kami org kg dan miskin di beri keutamaan.Pihak kementerian harus berlaku adil dlm soal pemilihan dan tidak double standard
bapa kecewa..
zaimi matzin
jelebu, N9.
Anak saya bersekolah di Sek Men Bandar Utama sekrg. Pencapaian UPSR 2A 2b 1C. Skrg tingkatan 1. Anak tunggal. Saya berhasrat utk memindahkan anak saya ke sekolah berasrama di sultanah asma. Apakah cara yg boleh saya pohon utk kemasukan ke tingkatan 2? Sekolah sekrg bermasalah dr segi persekitaran yg tidak membantu anak saya utk berkembang maju.