Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

Para pelajar tingkatan 3 tahun 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan ini boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor pengenalan pemohon. Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat ke SBP juga boleh terus membuat rayuan pada masa yang sama. Semakan dan rayuan boleh dibuat secara online sehingga 17 Februari 2009.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom, pihak Kementerian Pelajaran telah menerima 48,240 permohonan bagi memenuhi 3,661 tempat yang disediakan di tingkatan 4 SBP. Mereka yang terpilih dijadualkan akan mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 10 Februari 2009.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke tingkatan 4 SBP 2009 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2009. Manakala mereka yang tidak terpilih boleh membuat rayuan di Sistem E-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2009.

Tahniah kepada mereka yang terpilih!

28 thoughts on “Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009

  1. […] Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Sesi 2009 sudah boleh mula disemak. addthis_url = […]

  2. ble nk tao kptsan ke sk kluster(smk bainun,ipoh)????
    pliz answer my question..

  3. Mirul,
    Saya tidak pasti cuba hubungi Kementerian Pelajaran ditalian 03-8884 6000 untuk maklumat lanjut.

  4. bila boleh semak keputusan untuk rayuan ke sbp?

  5. Maychek,
    Keputusan rayuan ke SBP dijangka boleh disemak pertengahan bulan ini.

  6. bagaimana nak tolak tawaran ke asrama ya? saya tak nak ke asrama kerana sudah selesa dengan keadaan sekolah sekarang>> bagaimana ya?

  7. Ellanie,
    Anda boleh membalas surat tawaran yang diterima atau sekadar tidak hadir untuk mendaftar pada hari yang ditetapkan.

  8. KU IZZAT IQHBAL B KU ISMAIL says:

    Saya sedang menunggu keputusan kemasukan ke SBP tingkatan 1 ambilan kedua.Bilakah akan diumumkan keputusan kemasukan ke SBP tingkatan 1 ambilan kedua di KPM ?Jika tahu akan hal ini,tolong e-melkan kepada saya iqhbal3003wildcat@yahoo.com

  9. KU IZZAT IQHMAL B KU ISMAIL says:

    Saya sangat2 berminat untuk belajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Bilakah keputusan kemasukan tingkatan 1 ambilan kedua akan diumukan di KPM.Saya berharap sesiapa yang tahu akan hal ini tolong e-melkan kepada saya iqhmal3003nike@yahoo.com.my.

  10. Saya nak tanya adakah pelajar sekolah menengah teknik boleh memohon ke matrikulasi selepas SPM kelak?

  11. Ku Izzat Iqhbal,
    Keputusan rayuan ke SBP dijangka boleh diketahui pertengahan bulan ini.

    Kak Long,
    Sudah tentu boleh sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009 dan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.

  12. ku izzat iqhbal says:

    terima kasih Nilam

  13. Ku Izzat Iqhbal,
    Sama2

  14. Salam,
    saya nak tanya pendapat…saya dpt 8A,patut tak saya ke SMT sebab permohonan saya ke MRSM dan SBP telah ditolak…ataupun saya kena stay ja kat skolah lama…

  15. Kak Long,
    Ini bergantung kepada apa cita-cita anda, anda perlu lihat matapelajaran yang diperlukan untuk ke matrikulasi, asasi atau diploma. Secara amnya samada di SMT, SMK, MRSM maupun SBP apa yang penting adalah kesungguhan dan usaha kita untuk berjaya.

  16. KU IZZAT IQHMAL B KU ISMAIL says:

    Nilam,bilakah keputusan ambilan kedua tingkatan1 SBP akan diumumkan?Saya sudah menunggu berminggu-minggu tetapi tidak juga keluar di KPM.Adakah Nilam tahu website lain yang mengumumkan senarai tingkatan 1 ambilan kedua SBP.

  17. asal nk tolak twrn asrama?? bukan senang nk dpt.
    saya sedang menunngu result sbp ting1 ambilan kedua kuar.
    agak2nye bile ye? saya sudah berpuluh kali check internet,tp x de jugak.
    hrp2,sesiape yg tahu,sile emailkan pada saya..

    tq

  18. Ku Izzat Iqhmal dan Iman,
    Keputusan ambilan kedua SBP akan diumumkan pada 18 Februari dan hanya boleh disemak di laman web KPM.

  19. nie sy nk tnye…. no id bsn sy hilang….. jd cmne sy nk check keputusn pemhonan matrikulasi slps nie???

  20. salam.blh sy thu,bila tarikh pengambilan kedua sbp bagi tingkatan 4?

  21. Jimi,
    Tak perlu risau sebab anda tidak perlukan no. ID BSN tersebut untuk menyemak keputusan permohonan matrikulasi.

    Rahmah,
    Salam… Buat masa ini saya belum ada maklumat mengenainya, mungkin ada pembaca lain yang tahu.

  22. bila panggilan kedua sbp bagi tingkatan 4 sesi 2009?

  23. Atikah,
    Buat masa ini saya belum ada maklumat mengenainya, mungkin ada pembaca lain yang tahu boleh berkongsi maklumat di sini.

  24. sy pelajar form 3, saye teringin sangat nak
    masuk ke SBP, sejak dulu lagi. saye perlu daftar sekarang atau slepas dapat results PMR?
    terima kasih ya.

  25. Nadya,
    Biasanya permohonan untuk Tingkatan 4 SBP dibuka dalam bulan Oktober. Permohonan boleh dibuat secara online dan akan dimaklumkan di Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian KPM.

  26. ape laman web tok taw kputusan sama ade ktew layak ataw tidak

  27. kalau nak buat permohonan masuk ke SBP kena online je ke?? tk yah isi borang??