Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semestar II 2011/2012

Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menduduki Peperiksaan Semester II Sesi 2011/2012 (PSPM 2 11/12) dijangka akan boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka pada 29 Mei 2012 mulai 10:00 pagi. Terima kasih kepada Anak Rantau kerana telah berkongsi maklumat ini dengan pembaca yang lain di Facebook ePutra.

Keputusan Peperiksaan Matrikulasi KPM

Semakan Keputusan

Keputusan Peperiksaan Semestar Program Matrikulasi Semestar 2 (PSPM 2) sesi 2011/2012 ini boleh disemak melalui cara yang berikut:

Keputusan Peperiksaan

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)

Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 akan diberi status gagal dan ditawarkan untuk mengulang Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

  • Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali pertama dibenarkan meneruskan pengajian ke Semester III dan diberi Amaran.
  • Pelajar yang memperoleh 1.5 ≤ PNGK < 2.0 gagal kali kedua atau PNGK < 1.5 akan diberi status gagal dan diberhentikan daripada pengajian.

Rayuan Semak Semula

  • Calon yang ingin memohon semakan semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di Kolej Matrikulasi atau di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
  • Borang boleh juga dimuat turun di Borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.
  • Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan perlu merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan.
  • Tarikh tutup membuat permohonan rayuan adalah pada 11 Jun 2012.
  • Keputusan permohonan rayuan semak semula ini akan dimaklumkan kepada calon pada 28 Jun 2012.

Permohonan Ke IPTA

Para pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan Matrikulasi mereka nanti perlu membuat Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi. Biasanya USM memberi masa 3 hari untuk membuat permohonan dan UPU pula biasanya 5 hari.

Sila rujuk Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi.

2 thoughts on “Keputusan Peperiksaan Program Matrikulasi Semestar II 2011/2012

  1. sy dtwarkn mengulang :3
    mcm mna sy boleh tahu bila sy patut melapor diri? :O

  2. sedih sbb sy dtwarkan utk mngulang semula aliran perakaunan ,
    agak2 kalo ulang kolej yg same atau pun kolej lain ,
    sbb malu aa kalo ulang dpat kolej yang same :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.