Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013 yang ditutup dalam bulan April 2012 yang lalu akan boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka dalam Fasa 2.

permohonan fasa 2

Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang akan mendapat keputusan peperiksaan semestar akhir mereka.

Para pelajar yang berkenaan perlu mengambil peluang ini untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semestar. Ini bagi meningkatkan peluang mendapat tawaran ke IPTA.

Permohonan Fasa 2

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

UPU

USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 26 Mei 2012 sehingga 1 Jun 2012.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – 2 Jun 2012
  • USM – 1 Jun 2012

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan memgenai permohonan Fasa 2 boleh dikemukan kepada;

15 thoughts on “Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

  1. dah dapat pun result ..4.0 plak..

  2. ana safwanah says:

    Assalamualaikum,erm,saya nak tanya sedikit kalau semasa fasa 1 untuk upu lepasan matrik 2011/2012 saya dah isi pilihan pertama dan kedua bidang pendidikan.tapi saya tidak dapat untuk temuduga…jadi untuk fasa dua saya kena pilih course lain ke…pendidikan saya tidak boleh pilih lg ke?

    harap dapat bantu..terima kasih.

  3. Orangiesan says:

    salam, saya ada membuat permohonan semasa fasa 1, tetapi apabila saya ingin mengemaskini fasa 2, saya dapati saya tidak tersenarai dalam fasa 1 walhal saya telah membuat permohonan. saya tidak membuat cetakan permohonan tersebut. Bagaimana saya ingin meneruskan mengemaskini fasa 2. Saya telah hubungi pegawai di UPU, didapati fail permohonan saya tiada. Saya amat hairan dan bersedih. Macamana saya nak atasi masalah ini?

    • saya juga menghadapi masalah seperti anda.. :-(

      • salam,sy jg mghdpi mslah sma speti awk,.cuba hubungi pihak kolej @ u awk smula, buat semkan..lpas sy hubungi kolej tntg msalah ini,.alhamdulillah dpat access..

  4. […] rujuk Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi. […]

  5. salam. tlng sy sesungguh ni. sy tak ingat kata laluan mahupun nama ibu yg sy masukan dlm fasa 1. sy masukkan nama ibu sy tapi dia kata salah. walhal sy rasa mmg dah btl. perlukan sy kemaskini fasa 2 ni??. tlng lah replay sebelum 2 jun ni.

    • fatien ! says:

      anda boleh telefon upu untuk dapatkan kata laluan anda yang betul. nombor telefon upu boleh dapatkan di laman web upu.

  6. salam..saye nk tanye permohonan biasiswa utk lepasan matrikulasi bile bukak ye?

  7. saya nk tanya kalau saya minta course contohnya SAINS (MATEMATIK) kat ukm… dpt x sy jd cikgu lps pengajian???

  8. BudakSurau says:

    Salam,saya nk tnya sy da wat fasa 1 tetapi sya x sempt isi fasa 2..adakah pihak upu amik fasa 1 sy ataupon sebaliknya???tolong bantu saya

  9. insan buntu says:

    assalam..saya nk bertanya..saya ada terbaca yg Uitm ada pengambilan kedua diploma untuk lepasan stpm dan setaraf untuk pelajar yg gagal dlm peringkat matrikulasi atau stpm dan setaraf tetapi diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke diploma… perlukah saya memohon untuk rayuan melalui surat? dan bolehkah saya memohon terus untuk pengambilan disember ni?terima kasih

  10. jika sy pljr lulusan tamhidi usim,adakah sy layak memohon??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>