Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011


Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011 boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka.

Tarikh Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Proses Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.
  • Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
  • Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
  • Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

Related posts:

  1. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  2. Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi Satu Tahun Sesi 2009
  3. Semakan Keputusan Penempatan Ke Program Matrikulasi Dua Tahun Sesi 2009
  4. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  5. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , , ,
Read 483 articles by

128 Comments

  1. nilam says:

    CL,
    Salam… Saya tidak pasti, mungkin anda boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi untuk mendapatkan penjelasan.

    Ling,
    Saya difahamkan tidak boleh.

    Shuhana,
    Salam… sebaiknya cetak sebagai rujukan dan bukti. Sila rujuk di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi PST Sesi 2010.

    Farhana,
    Saya juga tidak ada contoh surat tersebut tetapi secara amnya surat tersebut perlulah menyatakan hasrat anda dan kenapa ingin masuk Matrikulasi. Di samping itu mungkin anda perlu memberi sebab mengapa pihak Matrikulasi perlu memberi peluang anda kepada belajar di Matrikulasi.
    Jelaskan juga tentang pencapaian SPM dan akademik anda. Anda perlu sertakan salinan transkrip keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

    Mierato,
    Salam… memang diperhatikan majoriti mendapat kolej matrikulasi pilihan mereka. Selain alamat pemohon mungkin keputusan SPM juga ada mempengaruhi penempatan kolej, hanya Bahagian Matrikulasi sahaja boleh menjelaskannya.

    Along,
    Saya tidak pasti bagaimana pengiraan merit untuk tahun ini kerana ada A+ dan A. Ada kemungkinan A+ dan A adalah 1, A- pula 2, B+ 3 dan seterusnya.
    Saya tidak pasti pula mengapa anda tidak mendapat kolej pilihan, mungkin alamat rumah anda di utara.
    Saya juga tidak ada maklumat ranking tersebut.

    Kkkecewa,
    Mula-mula anda perlu semak samada anda telah memenuhi syarat minimum yang telah ditetapkan. Jika ya anda boleh membuat rayuan. Jika selepas membuat semakan secara online anda disahkan gagal dan ada butang rayuan, anda bolehlah membuat rayuan secara online. Jika tidak ada, anda boleh membuat rayuan secara bertulis dengan surat rasmi. Anda boleh datang sendiri atau poskan surat tersebut sebelum atau pada 30 April 2010 kepada;
    Pengarah,
    Bahagian Matrikulasi,
    Kementerian Pelajaran Malaysia,
    Aras 6-7,Blok E15,
    Kompleks Kerajaan Parcel E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604 Putrajaya.

    Anda perlu sertakan satu salinan transkrip keputusan SPM 2009 dan kad pengenalan yang telah disahkan

    Nur,
    Salam… Mengikut peraturan memang tidak boleh bertukar tetapi jika anda dapat mengemukakan alasan yang kukuh mungkin akan dipertimbangkan.

    Saerah,
    Memang benar, yang penting kita mesti terus berusaha.

  2. ALONG says:

    SAERAH:
    YA KITA MEMANG PATUT BERSYUKUR

  3. Andrew says:

    I had just received the offer letter from Kolej Matrikulasi Johor!However,inside dont have the borang which we need to fill in like buku Dokumen Pendaftaran Pelajar and Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan.so what to do now?!Please help me!urgent!

  4. shasha zainal says:

    salam, keputusan spm sy
    bm A+
    bi C+
    Sej A
    Math A-
    Pend Islam A-
    Fiz C+
    Kim C+
    Add Math C
    Lukisan Kejuruteraan B
    Teknologi kejuruteraan C+
    adakah sy mendapat upu?
    sy ada apply matrik.. jurusan teknikal.. xp x dpt.. sy dpt buat rayuan dan saya apply teknikal? setelah saya buat research.. sy dapati jurusan sains sesuai ngn keputusan sy b’banding teknikal.. dan sy nk ubah rayuan saya dr teknikal kpd sains.. tetapi tidak boleh.. boleh x saudara/i nyatakan macam mana sy harus lakukan.. adakah hanya membiarkan shj atau menelefon bhgn matrik? atau sy layak ke ipta?

  5. razif says:

    saya tak dapat surat matrik lg kenapa?

  6. ALONG says:

    SHASHA ZAINAL:
    Anda tidak memperoleh matrik disebabkan ADDMATH anda C .
    Syarat minimum adalah C+.
    Rakan saya 5A spm. tidak berjaya ke matrik kerana gred ADDMATH C.
    anda layak megikuti progarm DIPLOMA berikutan sesuai dengan PENCAPAIAN AKADEMIK SPM ANDA.

  7. A'an says:

    saya baru terima surat matrix.. tp sy x terima “buku dokumen pendaftaran” & “Borang Perjanjian”… how????????? help mee….

  8. loli_shota says:

    @Andrew and A’an

    Hye,
    If you read carefully in one of the ‘lampiran’ that was given~ it says there..
    “Buku Dokumen Pendaftaran dan Borang Perjanjian ‘tidak dihantar’ bersama-sama dengan surat tawaran. Dokumen berkenaan akan diberikan kepada pelajar dan perlu dilengkapkan sebaik sahaja pelajar selesai mendaftar di kolej.”

    So, I guess u don’t have to worry about that.. Just, don’t forget to make your payment at the bank ^_^

  9. amir says:

    Razif…

    jika saya tak silap, jika anda tidak mendapat surat mtrx lg anda boleh mnghubungi pihak mtrx @ bawa sekali surat tawaran yang di print melalui intrnt semasa semakan hari tu…anda hanya menaip nama matrx anda di intrnt dan anda akan terus masuk ke laman web mtrx itu..

  10. ekin@ladylife says:

    saya terasa tekanan bla study kat matriks nii
    tlg saya ngan tips3 belajar kat matriks ni leh x???????

  11. Killer says:

    tak perlu tanya banyak, orang yang dapat >7A+ pun tak boleh masuk, dapat B atau kurang boleh pergi tidur……………..

  12. Giz Cruz says:

    Matikulasi. This is my target.

  13. eika says:

    saya nk kmaskni borang mtrik tpy laman tue sdg dikmaskini mcm mane??sye bru perasan..macam mane ea??

  14. TASYA says:

    ada x hrapan utk saya msuk matrik kalu saya dpt resuLT BM-A-,BI-A-,PAI-A-,MM-A-,MT-D,SEJ-C,P.AKAUN-B,SN-B,EA-B

  15. Nad says:

    hi.
    ada tak sekolah yang buatkan permohonan untuk pelajarnya ramai-ramai?
    dan sekali dengan nombor pin?
    saya tanya sebab saya takut nama saya tak dimasukkan dalam sistem matrikulasi.
    dan sekolah saya suruh tulis nama dan maklumat semua sekali dengan duit untuk nombor pin.adakah sekolah itu memohon untuk saya di matrikulasi?

  16. EPOL says:

    salam.,
    saya nk tnye,saya terlupa tentang nombor pin yg diberi selepas mendaftar borang matrikulasi ini,.
    so skarang,kat mana saya boleh merujuk kmbali nombor tersebut?

    • Azhad Nilam says:

      Salam… jika Epol beli nombor pin melalui sekolah boleh rujuk dengan pihak sekolah.
      Sebenarnya nombor pin itu tidak diperlukan jika tidak timbul masalah dengan permohonan anda.

  17. chaca says:

    saya pelajar spm 2010,kwan2 sya kata kptusan masuk matrik skrg untk sesi 2011/2012 dh blh d tau tolong saya,saya sngt bingung sekarng……..

  18. fatin says:

    kenapa page untuk semakan matrik 2 tak boleh dibuka..? please help..

  19. Olivina Vin says:

    sy dah isi borg matrik taun lalu 2010,tp skg x dpt wat semakan.blik2 kluar PERMOHONAN X ADA

  20. JIYONG says:

    slip matrik saya hilang tapi saya dah isi ari tu…no pin pun tak ingat sebab tulis dekat slip matrik..camne ye nak wat???

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives