Lima Universiti Awam Diberi Kuasa Autonomi

Lima buah universiti telah diberi kuasa autonomi dalam usaha menjadi institusi berinovasi dan berdaya saing. Universiti yang dimaksudkan adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pemberian autonomi itu hanya diberikan dalam empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan UKMsumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar. Ini bagi membolehkan pusat pengajian terbabit membuat perancangan sendiri dalam usaha menjadi institusi bertaraf antarabangsa.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, autonomi adalah prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yang dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lebih berdaya saing, kreatif dan anjal.

UTM-UPM-UM-USM

Tambah beliau lagi universiti selalu menyatakan mereka tidak mendapat kecemerlangan kerana wujud halangan dan kekangan akibat terikat dengan kaedah dan polisi kerajaan, jadi pemberian autonomi dengan penurunan kuasa bermakna tiada lagi alasan untuk mereka mencapai kecemerlangan.

Pemberian autonomi kepada lima universiti tersebut dibuat selepas melaksanakan proses audit menggunakan instrumen ‘Tadbir Urus Baik Universiti’ dan ‘Petunjuk Tadbir Urus Baik Universiti’.

Walaupun lima universiti tersebut diberikan autonomi dalam kemasukan pelajar, pelajar tetap perlu memohon kemasukan universiti menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) kecuali USM. Kempat-empat universiti yang berkenaan akan dapat memilih dulu mana-mana pelajar yang memohon menerusi UPU dan mereka sendiri yang akan menentukan kesesuaian kursus kepada pelajar berkenaan.

Pemberitahuan mengenai tawaran kemasukan ke lima universiti terebut akan dibuat oleh pihak universiti sendiri.

Sumber : BERNAMA

2 thoughts on “Lima Universiti Awam Diberi Kuasa Autonomi

  1. Saya seorang pelajar lepasan SPM dan sedang mengisi borang di UPU. Sekiranya saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli psikiatri, apakah bidang yang perlu saya pilih sebagai permulaan? Adakah bidang psikologi ataupun bidang perubatan? Terima kasih.

    • Setahu saya perlu pilih bidang psikologi, di UKM ada program IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (PSIKOLOGI) tapi untuk lepasan STPM/Matrikulasi dan setaraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.