Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi Akademik 2012/2013

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan STAM 2011 & 2010

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program pengajian lepasan STAM 2011 dan 2010 telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI

Permohonan ke IPTA bagi lepasan STAM tahun 2011 dan 2010 cuma ada 1 kategori iaitu;

  • Kategori T

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STAM 2011 atau 2010.

PROGRAM PENGAJIAN

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

PERMOHONAN

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM15.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/6766/6767/6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.
  • Contoh Slip BSN.

UPU DAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan STAM melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu dibuat melalui UPU.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan STAM;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temuduga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA;
    8. Pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
    9. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); dan
    10. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan STAM 2011 dan 2010 ini akan ditutup pada 2 April 2012.

MAKLUMAT

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Kunjungi juga Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan STAM Sesi Akademik 2012/2013 sila hubungi:Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.
    Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864
    E-mel: upu@mohe.gov.my
  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

2 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi Akademik 2012/2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.