Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2013
Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online. Terima kasih kepada saudara Siti Hajar yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2013 adalah di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2013.
Surat Tawaran
- Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
- Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.
e-Rayuan
- Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
- Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2013 dijangka akan dibuka pada minggu hadapan.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
Maklumat
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.
mcm mane nak buat rayuan utk sekolah seni 2013 tingkatan satu ? sye nak sgt sekolah kat situ ..
asalam,sy mendapat 5A dlm upsr….ingin mebuat rayuan kemasukkan ,ke asrama penuh kuala kangsar….masih berpeluang kah saya?….kerana saya memang bercita-cita sangat untuk memasuki sekolah berkenaan…pada tahu hadapan ,tingakatan satu 2013.terima kasih.
status penjaga apakah mempengaruhi? (SALAH SEORANG PENJAGA BUKAN WARGA NEGARA). pemohon adalah warganegara.
apabila salah seorang penjaga adalah BUKAN WARGANEGARA, apakah mempengaruhi permohonan?
rase2x nyer keputusan pemohonan ke sekolah teknik bile keluar yer??
klu mohon mrsm juga,mempengaruhi x peluang utk kemasukan ke sbp?
Salam, macam untuk buat rayuan sbp untuk tingkatan 1 2013 ?
as’salam..saya nak brtnya..mcm mana saya nk buat rayuan sbp tingkatan 1 bagi thun 2013.? ada link mcm mana nk buat e-rayuan.?
bile bleh wat rayuan ke sbp untuk ambilan kedua tahun 2013 ?
macam mane nk wat rayuan untuk sbp bagi ambilan kedua?
laman web untuk mohon asrama penuh ape?
Assalamualaikum…saya Muhammad Iman Haqim pelajar tahun 6 2012 telah membuat rayuan untuk ke SBP sesi 2013 tetapi bilakah keputusan rayuan dikeluarkan?
Salam.biler agaknya nk keluar keputusan sbp ambilan kedua ting1 2013??? X sabar sabar dah nk tahu……huhuhuhu… :'(
ble nk kuar rsult kmsukan sbp untk form 4 2013..???
aduih mesti semua tak jangka bulan depan keluar tapi memang
saja name saya tidak bleh di ketahui
keputusan akan keluar bulan depan kut
SBP ada 2nd intake tak?…sya ingin membuat permohonan buat anak sya yg baru mndpt keputusan UPSR yg lalu.she got 3A 2B (A – Maths & BM).pls adv.tqvm
SBP and MRSM hanya utk pelajar2 yg dapat 5A.
itu pun tak dapat…..walaupun 5A dan aktif koko, sebenarnya bergantung pada nasib/rezeki juga!!!
Ye betul tu Mohd Yusof
ada dah masuk isnin baru ni. keutamaan kepada 5A. tp kalu sekolah luar luar bandar n pendapatan keluarga rendah 3A pun boleh
kalau komen dekat sinipun X guna… tiada jawapannya… apa jln jalan yg terbayek agaknya utk yg x dpt ke mana2 tawaran walaupun dpt 5A.. memang mengecewakan…
Assalamualaikum…
Jangan kecewa…tak dapat SBP atau MRSM tak bermakna semuanya dah berakhir…boleh cuba lagi di tingkatan 4 nanti..Sekolah mana pun sama sahaja, yang penting kita rajin berusaha, Insya Allah berjaya…Saya pun dulu frust tak dapat masuk SBP/MRSM selepas dapat 5A UPSR, sedangkan kawan-kawan lain dapat. Tapi saya berazam dan ingin buktikan kepada semua saya masih boleh berjaya walaupun bersekolah di sekolah biasa. Ya, saya dapat result yang sangat cemerlang, lebih bagus dari kawan-kawan di SBP/MRSM…so don't give up…
Result rayuan boleh check di portal kementerian pendidikan…sekitar bulan Febuari nanti.
TQ
buat rayuan dan jgn putus asa. Byk intake yg ada utk SBP dan MRSM…. Ada jiran yg dapat masuk bulan August, intake ke berapa pun saya tak tau. Janji dapat.
anak saya upsr dpt 4A1B pegi sekolah menengah biasa je. tapi bila PMR dapat straight A. kawan2 dia yang masuk sbp x ada yg dpt straight A. So moral of the story, x kisah kat mana2 pun boleh berjaya asal berusaha bersungguh2! selamat belajar.
saya nk tau, bila boleh buat semakan e rayuan untuk sbp tingkatan satu 2013
Assalamualaikum…
macam mana saya hendak buat rayuan pengambilan kedua sbp 2013???
saya mahu sangat masuk ke sbp…
the same place where keputusan SBP dikeluarkan. (eh bukan dah tutup ke rayuannya?)
bilo keputuse mrsm kluor
Dijangka 2hb Feb….
bila keputusan rayuan ke 2 sbp keluar???
lambat agy ke
Results SBP 2nd Intake dah keluar hari ini http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_ambilan22013/
Alhamdullillah..my dotter dapat SM Sains Selangor. Daftar 4/2. Syukur…
saya tak dapat lah sbp…tapi yang rayuan yang ke-3 ade ke?
Assalamualaikum,
Anak saya mendapat keputusan upsr 2012 5A , upkk 6A 2B , psra Mumtaz. Terlah memohon SBPI , MRSM ,Sekolah agama dan termasuk rayuan tapi semuanya tidak berjaya.
Anak saya murung dan sedih kerana semua kawan2nya berjaya , saya cuba memberi semangat tapi nampaknya perasaan kecewa menyelami jiwanya. Dia bertanya pada saya apa kurangnya pada diri dia !….
dah 3 anak saya tak dapat SBP tingkatan satu……tetapi alhamdulillah untuk SBP tingkatan 4 semua nya dapat sebab utk tingktan 4 pengambilan nya lebih berpihak pada merit dan aktif koko..ia itu lebih transparent…utk tingkatan 1 sebenarnya bergantung pada nasib .Nasihat anak untuk belajar dan maintain prestasi untuk mencuba lagi selepas PMR ……satu lagi cara utk tingkatan satu pergi sendiri ke sekolah SBP yg kita mohon tersebut dan jumpa sendiri dengan Pengetua SBP….kalau bernasib baik mungkin ada tempat kosong…….kalau ada yg menolak…..
betul ke 4A boleh masuk ke SBP….
Assalamualaikum…
1hb Feb saya ke SBP yg anak saya mohon jumpe dgn pengetua dan ke cyberjaya jumpa dgn pegawai SBP. Dpt surat sokongan dari guru besar dan buat rayuan terus ke cyberjaya…saya diberitahu jikalau SBP yg anak saya pohon x ada kekosongan (sek agama) adakah saya setuju di tukarkan ke aliran sains..saya x kisah..janji anak saya dpt masuk SBP. Saya di suruh call semula ke SBP cyberjaya pd hujung bulan Feb tuk tahu keputusan. Harap2 dapat lah….
boleh jer.saya sampai skang x tahu saya dpt sbp ke x sbb saya x tahu nk tgk kat mana.blh tlg bagitahu saya dkt mana nk tgk?