Keputusan PMR 2012

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012 akan diumumkan pada hari ini, Rabu 19 Disember 2012. Mereka yang menduduki PMR 2012 boleh memperolehi keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.

Selain daripada memperolehi keputusan PMR 2012 dari sekolah, calon dan ibubapa calon boleh juga menyemak keputusan PMR 2012 secara SMS.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Semakan Secara SMS

  • Semakan keputusan PMR 2012 secara SMS boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 19 Disember 2012 sehingga 11.59 malam 25 Disember 2012.
  • Cara semakan demgan menaip PMR [no, MyKad] [angka giliran] dan hantar kepada 15888, contoh PMR 951021145879 BC001A040 sms ke 15888.
  • Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.

Berdasarkan pengalaman semasa keputusan PMR 2011 yang lalu, terdapat kelewatan atau kegagalan dalam mendapatkan jawapan melalui sms yang dihantar pada hari pertama keputusan diumumkan.

Semakan SMS Keputusan PMR 2012

Selepas keputusan PMR 2012 diumumkan mereka yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional/Teknik (SMV/SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan mengetahui keputusan permohonan mereka.

16 thoughts on “Keputusan PMR 2012

  1. salam.saya nak repeat spm 2013.saya nak ambil subjek tambahan iaitu geografi syariah dan tasawwur.bolehkah?saya mengalami masaalah kesihtan pd thn ini jd sy tidak dpt menumpukan perhatian kepada pelajaran….bolehkah saya repeat spm same mcm pelajar lain pd bln november?tolong la bantu saya terima kasih

    • boleh..nnti awal bln 3 pergi jbtn pljrn negeri n then ckp la nk repeat..klau subjek bm paper julai je ade..tp klau subjek lain mmg bln yg same dgn bdk2 spm yg lain..

  2. Salam saya ambil spm tahun ni tetapi sy ade masaalah kesihatan jadi sy tidak dpy menumpukan pd pelajaran dan sy x dpt buat spm pada hari itu dengan elok…saya ingin repeat semua subject pada tahun hadapan…adakah saya perlu mengambil spmu pada masa spm yang betul iaitu bulan november?bolehkah saya mengambil subject tambahan iaitu tasawwur geo dan syariah?tolong bantu saya ni penting terima kasih sgt2

  3. Sakinah Forizad says:

    assalamualaikum,.. saya ada satu pertanyaan,.. keputasan PMR sudah diumumkan kelmarin dan saya telah mendapat 7A 1B.. adakah saya layak diterima ke sekolah SBP? saya masih tidak jelas mengenai syarat kelayakan masuk ke SPB,. jika saya tidak diterima ke SBP.. adakah saya layak membuat rayuan?

  4. Salmiah Salleh says:

    Assalamualaikum. Anak saya ada membuat permohonan ke Kolej Vokasional. Selepas keputusan PMR dikeluarkan, dalam masa berapa lamakan keputusan kemasukkan ke KV akan diperolehi. Jika gagal bolehkah beliau membuat rayuan, kerana keputusannya sederhana dan beliau amat berminat untuk ke KV. Terima kasih.

  5. Assalamualaikum.
    Pmohonan masuk scara online ke KV mmerlukan kputusan pcubaan PMR. Jika kputusan pcubaan PMR pelajar kurang mmuaskan dpd kputusan PMR nya yg sbenar, adakah pelajar tsebut bpeluang untuk mmasuki ke KV pilihannya stelah dia mgemaskini smula pmohonannya kpd kursus yg layak bpandukan kputusan PMR sbenar yg baru saja diterima?Mohon beri pjelasan.Trima kasih.

  6. Assalamualaikum.
    Pmohonan msuk ke KV scara online mmerlukan kputusan pcubaan PMR..Skiranya kputusan sbenar PMR ank saya adalah lbih baik dpd kputusan pcubaan PMR nya dan kelmarin dia telah mgemaskini smula pmohonan tdahulunya kpd kursus yg lbih layak bdasarkn kpd kputusan PMR nya sbenar.Adakah dia msih bpeluang utk mmasuki ke KV pilihannya sedangkn dia telah mmilih kursus yg TIDAK LAYAK dgn kputusan pcubaan PMR nya?Mohon beri pjelasan.Trima kasih.

  7. ahmad shamshudin bin kadir says:

    assalamualaikum…

    oleh kerana keputusan percubaan PMR tempohari kurang memuaskan anak saya tak mengisi permohonan ke mana2 sbp..soalannya..

    dengan keputusan 6A 1B(BI)1C(Sn)1D(arab)..

    adakah anak saya maseh berpeluang memohon ke mana2 sek.SBP @ MTD.

    adakah anak sya maseh berpeluang ke aliran sains…

    terima kaseh.

    • masuk aliran sains memang boleh..tapi kalo nak sekolah sbp mmg xdapat la selain kabel besar..adik saya dapat 8A pmr pun was2 lagi dapat ke tak sbp /mrsm..harap dia dapat la sebab masa upsr dulu pun dapat 5A apply sekolah asrama penuh tak dapat dok sekolah biasa dapat pmr 8A..kali kalo tak dapat tak tahu la nak cakap aper..tapi kalo mtd boleh kot..mtd ada interview..lulus interview depa amek..

  8. asalammualaikum,saya ada satu pertanyaan,saya telah mendapat keputusan pmr yang agak baik, 6A 3B.bolehkah saya mengambil aliran sains agama walaupun subjek matematik saya B,sains A dan bahasa arab A?Saya sangat minat terhadap sains kerana cita-cita saya ingin menjadi seorang doktor.

  9. amirah syafiqah says:

    Tuan, saya ada 2 persoalan.

    1.saya ada memohon kemasukan ke sekolah teknik kuala lumpur.walaubagaimanapun waktu membuat permohonanatas talian, saya mendapati maklumat sekolah menengah kini adalah salah. saya bersekolah di sekolah seri saujana, sri petaling. namun yang dipaparkan dalam sistem permohonan adalah sekolah menengah bukit jalil.

    2.semasa membuat permohonan, sistem meminta saya memasukkan keputusan percubaan PMR. bolehkah permohonan dibuat dengan keputusan PMR sebenar kerana keputusan PMR sebenar saya adalah lebih baik dari keputusan percubaan.

    Mohon jasa baik tuan untuk memberikan respon dalam kadar segera.

    Sekian, tq.

  10. salam ..saya seorg lepasan pmr dan tlh berjaya mdpat 6a2b ….saya tertnya2 boleh kah saya mengambil aliran sains kerana math saya b ??saya berhrap persoaln saya ini dpat djwb dgn segera dan tidak di abaikn krna sya mendpti selain sya ,org laen juga turut tertya2 mengenai hal ini ….terima kaseh ….,

  11. Boleh sana tahu bilakah keputusan kemasukan ke sekolah menengah teknik dikeluarkan.

  12. assalammualaikum….
    sya nk tnya lau kptsn pmr sya dpt 1A 3B 3C 1D blh k sya msk kat kolej vokasional…
    ttapi sya ambl dlm bdang PERAKAUNAN….PERAKAUNAN nie msti dpt skrg-kurang nya dpt B dlm subjek BM,BI,KH,SN,MT ttp sya dpt B dlm ,mta pljran BM,SN & MT sja KH sya plak dpt C BI sya plak dpt D….adakah sya brpluang msk ke kolej vokasional….tlg bgi respon yg baik sekian trina kasih

  13. ROHAYU BTE BEDU KERIK says:

    assalamualaikum,.. saya ada satu pertanyaan,.. keputasan PMR sudah diumumkan kelmarin dan anak saya telah mendapat 7A 1B (1b-Bahasa Inggeris). Adakah anak saya layak diterima ke sekolah SBP? Tetapi anak saya tidak membuat permohonan kerana percubaannya hanya setakat 4A3B1C. saya masih tidak jelas mengenai syarat kelayakan masuk ke SPB,. jika saya tidak diterima ke SBP.. adakah saya layak membuat rayuan

  14. anak saya telah berjaya ke KV, tapi nak mintak tukar ke Sekolah teknik macam mana cara nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>