Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011

Keputusan Ambilan Kedua SBP Tingkatan 1 2011

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Surat Tawaran

  • Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.

Pendaftaran Pelajar Baru

  • Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

188 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2011

  1. sedih rasanya..anak tak dapat SBP..tapi akan cuba buat erayuan

    • dania armany says:

      saya pun sedih x dpt SBP..

    • MEMANG SUSAH KALAU TIDAK ADA ORANG YANG KITA KENAL DI DALAM SANA DIA ORANG UTAMAKAN. MACAM KITA YANG MENGAJI TAK PANDAI HARAP ANAK SAJA BILA DIA BERUSAHA KERAS DAPAT CEMERLANG KITA MOHON SEKOLAH BERASRAMA LANGSUNG TIDAK DILAYAN BUANG KETEPI PERMOHONAN SAHAJA

    • saya rasa sangat sdih sbb x dpt masuk k skolah berasrama penuh saya teringin sangat nk masuk k skolah berasrama pnuh,tapi x dpt nak buat mcm mana,mungkin bukan rezeki saya

  2. Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2011 | ePutra…

    Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1…

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Azhad Nilam and others. Azhad Nilam said: RT @ePutra: Semakan keputusan permohonan kemasukan SBP Tingkatan 1 boleh dibuat sekarang http://goo.gl/AlkVR [...]

  4. memang sedih anak x dapat SBP sbb dia dah berusaha utk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan berminat memasuki SBP tapi ………. moga erayuan dapat membantu ……

  5. Anak saya pun x dapat tawaran ke SBP. Tak apalah tak ada rezeki kot.Tahniah pada yang berjaya

  6. sedihnya .. sye x dpt msk dah la tu x dpt surat masa nk pergi interview kelamkabut pagi tu . tersangat sdih.='(

  7. zuridah hamzah says:

    Salam. Anak saya gagal dalam pemilihan ke sbp.

    ingin bertanya bila keputusan pengambilan kedua untuk sbp melalui erayuan yang dibuat.

  8. Kenapa bila saya check angka giliran bermula dengan BG065….semuanya tak dapat? Website MOE tu dah update ke belum? Takkan satu sekolah tak dapat SBP? Bila pengambilan ke2?

  9. sy tak dpt sbp . takpelah lgpun sy taknak kurshiah .skolah2 pilihan tu smuanya ustazah sy yg tetapkan . tp yg peliknyaa , kwn2 sy yg dpt 5A tuh , sorang pun tak dpt sbp . boleh bgtau sebab ape ?

    • Kalau semua dah tak dapat SBP. Abis siapa yang dapat masuk…. Tanya2 diri anda.
      Saya dulu pun lulus cemerlang 5As, tapi dukacita tak dapat. Hairan gak, ?

      • abis kalo sume bdk pandai masuk SBP
        abih nanti yg tinggal kat skola biase tu bdk yg kurang pandai

    • apa yg kamu fikir baik utk kamu belum tentu baik utk kamu dan apa yg kamu fikir buruk utk kamu sebenarnya belum tentu buruk utk kamu……………

  10. anak sy x dpt sbp sedangkn di sek tu hanya dia seorang je dpt 5A luar bandar lg tp msih x da pluang mdpat sbp….bleh bg taw sbb pa?

    • Ayah Kecewa says:

      Mungkin yang dapat dapat tuuuu anak SOMEBODY kot… Anak cemerlang macam anak kita nie, belajar jer lah kat sekolah buruk and still duduk kat luar bandar.

      • Jangan cepat buruk sangka. 40,000 lebih yang dapat 5A, semua rezeki Allah Ta'ala. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

  11. Sedih sekali rasanya bila tak dapat SBP ni sedangkan semasa Ujian Percubaan saya dapat straight A's.UPSR pun straight A's juga.Mungkin saya tak ada rezeki untuk belajar di SBP.Harap-harapnya saya dapat memasuki MRSM.Amin..

    • cukup ke bilangan SBP kat malaysia nk menampung sume plajar yg straight A
      kalo tk dpt tu sabar jew la

  12. Alhamdullilah…sy ditawarkan ke SBP…

  13. Anak sy x dpt sbp nk buat rayuan… masalahnya sebelum sempat isi kesemua maklumat dah tertekan send macamna ye nak isi balik semua maklumat tu…

  14. Saya pun sedih anak saya dah berharap sangat dapat SBP. Tapi tak dapat. takfahamlah kriteria macammana yang diaorang gunakan. Nak katakan sekolah bandar tak juga dapat. Tah tah nak kena pakai cable kotttttttt.

    • Pakai cable pun xble jgk. Gigi tikus lg tajam, putus cable kene gigit. Anak sy pun xlepas jgk msk…guna cable lagi tu….

      • Ayah Kecewa says:

        Tak cukup besaq kot cable tuuu, pasang stainless steel punya, mungkin baru dapat. Klau saya ada duit juta2, saya buka sekolah sendiri dan ambil anak owang lain join sama.

  15. ALHAMDULILLAH,
    ank saye diterima ke sekolah SBP..
    saye amat bersyukur..
    tapi aank saye mahu ke sekolah lain..

  16. anak saya juga tak dpt sbp.Kriteria apa yg diperlukan selain 5A?Anak saya aktif kokurikulum dan mewakili sekolah hingga kebangsaan.Sedangkan ada pelajar dpt 5A tapi tdk mewakili sekolah..boleh dpt sbp.Terkilannya…..

    • anak saya pun menerima nasib yg sama,dh lah tak dipanggil interview..tu yang buat saya terkilan..tapi dah buat rayuan..

  17. keputusan ke SBP bukan hanya berlandaskan kelayakan akademik sahaja.. tapi berdasarkan ujian yang telah diadakan selepas UPSR..dah lupa la name ujian tu

    • ujian aptitud. Ujian ini juga penting dan diambil kira. Satu lagi rezeki masing2. Tq

      • ibu mithali says:

        Anak saya mndapat band 4 dlm ujian aptitud tp masih tak dapat sbp?kenape ye..cemerlang dlm percubaan dan sgt aktif dlm kk dan tak tahu dah nak ckp ape..mgkin dah nasib kot

    • ujian aptitud, ujian ni juga di ambil kira.T,kasih

  18. saupi bin ibrahim says:

    tahniah pd yg berjaya ke SBP gunakan peluang yg diberikan sebaiknya. Anak sy tak dapat walaupun dia dianugerh pelajar cemerlang disekolahnya (SK Pulai Chondong). Tak tahu lah sbb apa. Pun begitu beliau cuba merayu. Harap-harap ada rezeki. Amin…..

  19. apa maksud kat ruangan catatan untuk e-rayuan? perlu catatkan apa?

  20. Tahniah kepada yang berjaya. Anak saya tak dapat kesian dia hampa betul… walaupun dia begitu aktif dalam ko kurikulum dan ketua pengawas di sekolah. Tak faham kriteria yang digunakan oleh Kementerian dalam memilih pelajar…

    • Saya sependapat dgn Anne. Boleh pihak yang berkenaan menjelaskan kepada saya kriteria pemillihan yang digunakan oleh pihak SBP dan Kementerian Pendidikan dalam memilih pelajar yang layak masuk ke SBP kerana semasa penghantaran permohonan keputusan UPSR belum lagi diumumkan dan segala sijil tidak perlu dikepilkan.

  21. Tahniah pada yang berjaya ditawarkan ke sbp..sy sebagai guru sedih juga melihat ank2 didik yang kecewa tidak ditawarkan ke sbp kerana sek kami adalah sek luar bandar. Mengikut pengalaman yg leps, ada ank didik yang diterima masuk untuk panggilan yang kedua. Tak tahula tahun ini. sy akui memang ramai murid mencapai kecemerlangan 5A tetapi berilah peluang pada mereka yang dalam keadaan yang susah, ingin mencari pengetahuan di luar lingkungan kehidupan mereka..semoga berjaya.

  22. Salam ,
    Bila kemauskan MRSM akan di keluarkan .

  23. mudah je nak dpt sbp.. rapat dgn besar kat KPM tu je caranya…. cemerlang akedemik, aktif ko korikulum, sukan hanyalah cakap bohong KPM sahaja.. anak saya dapat 5A, ketua pengawas, sukan wakil daerah, msuk mcm2 pertandingan…. dapat lagi anugerah pelajar cemerlang keseluruhan…. itu pun xmampu tolong dia ke SBP… kalau rayupun mungkin xdapat sbb koata telah dipenuhi oleh anak2 pengarah, org2 politik dan kawan2 yg sewaktu dengannya…..

    • i'm agree with u…. it is unfair!!!!!!!!!!

    • agree with u..

    • salam, jangan cakap macam tu, tak baik..mamat..percayalah kita hanya mampu berusaha tapi Allah yang menentukan.walaupun anak saya tak berjaya saya pun tak sanggup cakap macam tu…Ini semua ada kebaikannya,, percaya la Mungkin anak anda dapat ke MRSM atau yang lebih baik dpd tu. Saya tetap doakan anak anda…..Wasalam

      • Memang itu semua itu telah ditentukan. Tapi apabila saya dapat tahu 80% Kementerian Pendidikan yang pilih dan 20% Sekolah yang memilih. Dan yang 20% nie sapa-sape yang ada cable yang bagus, bolehlah senang-senang masuk. Adil ke ini…………

        Bagi yang tak de cable tunggulah macam mengharap bulan yang tak jatuh – jatuh.

        Rasa-rasa macam nak tulis kat surat khabar. Harap harap pak menteri, mak menteri tu baca.

        Rakyat didahuluan, Pencapaian diutamakan

        • Memang sekolah ada kuota 20% yg Cikgu Besar tu pegang. Biasanya sebahagian dari 20% tu untuk anak2 alumni(bekas pelajar) sekolah berkenaan. Problemnya skrg Cikgu Besau ni gunakan 20% semua utk kenalan dia & jgk org2 macam Mamat tu tulih lerr… 48,000 dpt 5As, tempat ada 5,000 jer dlm Malaysia ni. Apa kata kerajaan tambah lagi SBP, anak2 pun ramai yg pandai2 sekarang…

          • Soalan UPSR tu senang sangat sbb tu rama dpt 5A, apakata thn depan buat soalan yg sgt susah biar ratusan calon saja yg dpt 5A, maksudnya calon yg genius saja yg dpt 5A, bila ratusan saja dpt 5A, dah tentu semua dpt SBP.

            • ooi lu ingat anak lu seorang je ke amik periksaan upsr anak org lain bukan anak ke ha lu gatal sgt nape semua IBU BAPA berharap setiap tahun keluar soalan senang agar anak dia bole dpt keputusan cemerlang don ever and ever SELF FISHHHHHHHHHHHHHHHH !!!

      • Setuju kita hanya berusaha tapi Allah yg menentukan, TAPI masalahnya org kat KPM tu telah berusaha untuk memasukkan anak2 kepada org2 yg telah saya sebut diatas ke SBP… maka anak2 org itulah yg dapat… Allah tidak akan mengubah apa yg telah dibuat oleh org kat KPM tu melainkan mereka sendiri yg mengubahnya…

    • Ramai sangat dapat 5A…lebih 48 ribu….pilih secara rawak guna computer…..

    • Mudah-mudahan dapat says:

      Saya dah buat rayuan. Haruskah saya cc ke sekolah yang di pohon

    • Selamat datang kedunia nyata ala malaysia. anak saya tiga orang kesemuanya cemerlang peringkat sekolah, daerah, negeri dan ada juga satu dua peringkat kebangsaan. Tapi semuanya tak dapat SBP. Sebenarnya siapa yng anda kenal membantu anda, walaubagaimana pun jangan risau kebanyakan SBP hanya gah pada nama sahaja tapi pencapaiannya tak seberapa, lebih kurang sama dengan sekolah harian. Kecemerlangan akademik anak-anak kita bukan datang dari nama sekolah tetapi dari diri anak kita sendiri. Allah amat adil terhadap makhluknya.

      • Saya amat bersetuju dengan Sabar….walaupun anak kita tidak berjaya sekarang,,,bukan bermakna ia akan gagal nanti dan begitulah sebaliknya…sama-sama kita berdoa diatas kesejateraan anak-anak kita…

      • Apek Kelantan says:

        Syukur, pendapat yang sangat bernas. Tahniah tuan atas prinsip ini…

    • salam,
      tak baik ckp camtu..
      kite x tau lgi kbenarnnye..
      ank awk mayb 5a yg 48 ribu org dpt
      ktua pngawas yg stiap skolah ade..
      skan wkil daerah blambak wkil kbangsaan
      tpi ujian aptitud mlayang entah k' mne..
      cbe tnye ank awk dye buat ujian aptitud
      mcm mne?? smbil lewa krane ingt
      die mmpu dpt sbp dgn pncapaiannye??

      • 5A ada 48 ribu, tapi ketua pengawas hanya 1 dlm 1 sekolah.. pelajar cemerlang keseluruhan juga 1 dalam satu sekolah. Kalau anak kita dapat anugerah cemerlang keseluruhan bermakna dia telah dinilai dalam semua aspek termasuk lulus ujian aptitud….. Anak kita gagal ke SBP kerana dikatakan keutamaan diberi kepada pelajar miskin luar bandar TAPI cuba puan syaira tgok dihari pendaftaran nanti, adakah yg datang itu anak org miskin diluar bandar???? Yg pastinya kerena yg digunakan untuk menghantar anak2 mereka nanti ialah jenis Mercedes, BMW, Honda Accord, Toyota Camry dan jenis2 yang sewaktu dengannya.. Adakah kereta ini digunakan oleh org2 miskin luar bandar????

        • Pn.syaira,benda itu…betul dan realiti…sy seorang profesional pegawai krjn pendidikan yg terkena dan simpan segala bukti dengan jelas….jangan disebabkan anak kita dapat…kita menidakan hak aanak orang lain…..simpatilah sikit, ikutlah ajaran al-quran dan hadis….wahai penilai2 yg membuat kptsn….supaya akhirat kelak mudah melalui sirat…dan mizan…x apa…..jumpa diakhirat nanti lah….ya…..sy pernah kerja bahagian itu…..sekarang saya berhenti,sebab mereka tidak suka pada kebenaran.lihat lah kehancuran malaysia suatu hari nanti….dengan meletakkan generasi yg x betul pada tempatnya…

      • SECRET ADMIRE says:

        SALAM.
        TAPI SAYA DAPAT 5A DALAM UPSR N GRED 4 DALAM UJIAN APTITUDE,
        TP KNP SY X DPT SBPI GAK??????????????

    • Ayah Kecewa says:

      Saya pun SETUJU macam En. Mamat cakap. KetidakAdilan berlaku disemua peringkat. Slahguna kouta… anak orang besaq… anak kekawan…. anak kekasih lamaaa…. blaaa blaaa … Akhirnya anak2 cemerlang kecewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…

    • pendidik jujur says:

      Betul…..itulah realiti yg terjadi pada anak sy yg dapat 5a, mumtaz lg di sek agama,cemerlang,wakil tilawah ,johan negeri ,pengawas dan koko cemerlang 2 tahun trt2 di sek,tapi x dapat sbp dan smka agama,pergi kesek harian biasa.Moga Allah shj yg membalasnya, semoga anak saya akan menuntut hak nya diakhirat kelak dengan org yg benar…semoga mereka yg tak jujur dan ikhlas menerima balasan yg dasyat di akhirat dan dunia lg…..saya sebagai pendidik pun tidak mendapat apa-apa…..sdgkn mengajar anak bangsa dengan penuh ikhlas….x apa lah ,saya sentiasa berdoa, moga allah beri petunjuk pada mereka…..

      • Akhirnya ramai yang bersetuju dgn pendapat aku kerana memang itulah sebenarnya yang berlaku….

  24. Sebagai golongan keluarga yang kurang berkemampuan memang terasa sangat kesedihannya bila anak yang begitu bersemangat untuk meneruskan kejayaan setelah melepasi halangan pertama yang menentukan halatuju masa depan dalam mengejar cita cita tiba tiba tersekat .Bukan senang nak menyediakan peruntukan untuk tusyen anak sedangkan anak anak lain masih kecil .Apa pun tetap redza dengan ketentuan yang maha kuasa…tetap mendoakan agar ada peluang kedua untuk puteri sulung kesayanganku..Amin….

  25. ala saye pon x dpt camne padahal dr canang 1 sampailar peperiksaan sebenar saye asyik dpt 5a je tp tetap x dpt sdihnye

  26. Sekolahjermanamana says:

    Tak tau ler, ngape tak dapat. Tokoh murid dah, pengerusi uniform klab dan macam-macam lagi. Sukan pun iye jugak.

    Hujung minggu ni kena gi sekolah depan rumah ler jawabnya, buat pengesahan. Pergh… penat sungguh. Moga Allah menambahkan pahala ku. Amin

  27. anak sy tidak dapat masuk ke smka / sbp bagi panggilan pertama tetapi dapat tawaran di SMK dato perdana,jika anak sy daftar masuk di sekolah itu dan ingin keluar dari sekolah itu sekiranya mendapat tempat di SMKA/SBP hasil drp hasil.Boleh berbuat demikian?

  28. Saya amat-amat kecewa dengan pemilihan kali ini . Adakah pemilihan untuk kali ini benar-benar telus? kenapa mesti ada 80% pemilihan dari pihak kementerian manakala selebihnya 20% dari pihak sekolah? kenapa tidak 100% pemilihan dari Pihak Kementerian ? Pencapaian anak saya amat memberangsangkan dari segi akademik dan ko-kurikulum tapi masih gagal untuk mendapat tempat untuk ke SBP.Rasanya mungkin anak saya akan dapat sekiranya saya ada cable………..kot

    • Telus atau tidak, susah nak kata. Tapi yang pasti 60% kuota adalah dr luar bandar dr golongan berpendapatan kurang RM2,500.00 (kalau tak silap). 40% lagi yang lain.
      Sekoah diberi 20% (Tingkatan 1 sahaja) untuk pastikan pelajar yg diterima memenuhi kebitaraan / kesesuaian sekolah. Contoh kalau SBP INtegrasi, mereka menekankas aspek Jawi, Al-Quran & Bahasa Arab – ini untuk kecemelangan SBP itu sendiri.
      Anak tak dapat SBP – bukan masalah cable dll. Mungkin ada yang guna kabel, tapi tak sampai 5% pun.
      Ada MRSM, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, dll. Mungkin rezeki di sana. Malah jika dilihat ada sekolah harian pencapaian akademiknya lebih baik daripada SBP. Perlu diingat, SBP ditubuh bukan untuk akademik semata-mata.

  29. syukur..anak sya dpt SBP MOZAC..

    Ok ke sekolah tu??

    • Tahniah. SBP MOZAC tu memang pilihan semasa permohonan ke?
      SBP MOZAC antara Sekolah Berprestasi Tinggi 2010.

    • kalu x ok awak sajala jadi gurunya…. mcmla awak tu ok sangat….. gerammmmm

    • tu jawapan orang riak tanya ok tak ok ,kalu sek sbp semua ok la bodoh ,yang tak ok anak kita sapa sana dah tak ok,orang lain yang anak tak dapat banyak yang kecewa…..

  30. APESAL XLEH WAT E-RAYUAN NIEW…AD PROLEM KE PAGE TUEW….

  31. Salam
    Saya juga ibu yg kecewa, anak saya percubaan 5A, UPSR pun 5A, Ketua Kelas, Pengawas dan Wakil Sekolah dalam sukan tapi tidak mendapat tawaran SBP. Saya ibu tunggal dan tinggal kawasan luar bandar juga tidak diberi keutamaan. Mungkin kah SBP di beri keutamaan pd anak2 kaki tangan kerajaan atau yg mempunyai pengaruh atau mungkin tempat diSBP terlalu kecil berbanding pelajar yg bijak semakin ramai ? Saya rasa ramai yg kecewa dgn pengambilan pelajar ke SBP ini. Mungkin belum rezeki anak2 kita lagi. Perjalanan masih jauh, banyak lagi peluang di hadapan InsyaAllah kita berusaha untuk PMR pula. Kepada anak2 kita Jgn Putus Asa ye… Keep up your great work.

  32. bila keputusan rayuan ke sbp diumumkan

  33. Ini memang contoh terbaik middle income trap. Middle income group yang bayar tax paling tinggi akan diketepikan kerana sekolah2 ini untuk income bawahan dan income atasan (please dont deny that most of the SBP kat area KL or Cyberjaya tu rata2 nya anak org kenamaan,kalau x pun dia boleh hantar private school). Middle income x layak masuk sekolah asrama dan nak hantar private jauh sekali. So sekolah harian. Who are you to fool dengan mengatakan sekolah harian kualitinya sama sahaja dgn sekolah SBP? Sekolah harian pun ibubapa tidak boleh pilih dan murid cemerlang dari middle income group will mostly attend sekolah harian. Middle incomers are the biggest group and they pay the most and ignored the most by the Govt. This is classic example.

    • hamba Allah says:

      110% agreed

      • Aku MARAH nie says:

        115 % setuju. Contoh yang sangat relevan. Golongan petengahan adalah golongan yang tidak bernasib baik.

      • Tuan punya kenyataan nampak betul. Tapi x de figure tepat… semua orang tahu itulah sebenarnya berlaku untuk masuk sbp mesti ade cable…alasan bolehlah kata markah dimeritlah, kokurilah, luar bandarlah…. yang pasti kalau tengok masa lapordiri hari pertama nanti kebanyakannya semua pakai kereta mewah.. tentu orang berada.

  34. sedih nyerr x dpt sbp…..tapi aq akn mbuwat e-rayuan…..hehe

  35. Kepada yang berjaya ke SBP, tahniah diucapkan. Anakande tak dpt tapi tak pe form 4 ada lg! Nasihat bonda kpd yg berjaya jgn leka..byk pancaroba.. kena cekal berdikari, byk bersabar dgn dugaan di asrama. Kena fokus…ingat pada Nya. sembahyang jgn lupa. Jgn takut. Doa bonda untuk semua anakanda2 agar berjaya di dunia dan akhirat

  36. ap caudal & hustler says:

    alhamdulliah,anak saya dapat sbp..saya seronok sangat sbg ayah sbb dah berjaya didik anak sampai dapat sbp..tp ader masalah..anak xmo masuk sbp sbb jauh..dia nak ikut kwn2 lain sekolah biasa jer..tp saya nak gak bg dia masuk sbp..rugi dapat tawaran tp tolak sdgkan ramai lg yg gagal dapat tempat..

    • Memang rugi jika tidak pergi kerana mereka yg mndpt tawaran amat bertuah sebab terlalu ramai yg memohon. Mungkin blh suruh dia baca komen2 mrk yg xdpt di atas agar dia rasa betapa beruntungnya dia

  37. memang pun sbp utk anak orang pangkat je. contohnya jiran aku tak payah aktif apa2 pun leh masuk sbp

  38. aziah shaharudin says:

    tuan , tolong lah luluskan rayuan anak saya . anak saya berminat nak masuk sbp tuan . sekiranya anak saya dapat pengambilan kedua pun jadilah tuan. yang penting masa pembelajaran anak saya terurus. anak saya berminat masuk sbp . tolonglah luluskan rayuan anak saya bernama NURUL AININ SOFIA BT ROSIDIN

  39. keputusan permohonan ke SBP utk form 4 pulak bila eh ?

  40. anak saya pun tak dapat jugak.Apa kreteria yang penting dalam kemasukan ke sbp.Pelbagai jawatan yang disandang tapi tak penuhi kehendak penemu duga. Ada syarat lain yang penting ka atau……?

  41. saya nk tanya…kalau baru nk mohon b0leh tak guna result pmr??

  42. Semoga dipermudahkan segala urusan Tuan/Puan , rezeki tak kemana , ingatlah Tuhan tahu apa yang anda semua buat . Aminn…

    • Apek Kelantan says:

      SBP bukan segala-galanya sebagai penghujung kehidupan. Seribu jalan lain masih terbentang luas. Allah maha mengetahui kerana dalam perancanganNya…

  43. Sedihnya… anak tidak dapat SBP but saya telah membuat rayuan tukar aliran (agama)…sya berharap sangat rayuan diterima coz anak saya bercita-cita besar…dan harapannya ..menjadi harapan saya juga. Saya seorang guru dan berharap sangat agar dia menjadi anak yang berakhak, berilmu & berketrampilan. Saya ingin menjadikannya modal insan seperti yang diuar-uarkan oleh PM kita. Saya berharap sangat semoga rayuan saya diterima dan segala kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

  44. macam ner nk wat rayuan

  45. Peliknya kenapa sy x dpt ke sbp sy cek kwn2 sy yg dpt 5A yg lain pun x dpt terutama yg paling pandai dlm skola tu nape ye?

  46. eh saya tak dpt la..
    tapi saya ada cek kawan saya yg terpilih semalam ..
    kenapa laman web tu tulis dia tak terpilih pulak?

  47. peliknya saya mmg x dpt sbp tapi sy cek kwn2 sy yg lain yg dpt 5A yg lain semuanya x dpt terutama kwn sy yg paling pndai dlm skola nape ye?

  48. Hilmi Mahmood says:

    Salaam,
    Anak saya Ahmad Ikmal Hakim I/C: 980716-10-7169, mengambil temuduga MRSM Gemencheh pad jam 9.00 pagi 16/12/10 lepas. Alhamdulillah beliau telah hafal 8 baris pada sessi Hafazan dan oleh itu beliau sangat beminat & mempunyai keyakinan didiri yang tinggi malalui sessi itu. Beliau sangat beminat dengan MRSM ulul albab. Walaupun gaji saya RM 9000 sebulan bekerja dengan Agensi Nuklear Malaysia, MOSTI, tapi isteri suru rumah sepenuh masa & ada 6 orang tanggungan. Adakah anak saya berpeluang untuk ditawarkan di MRSM ulul albab?

    Hilmi Mahmood
    Agensi Nuklear Malaysia, Bangi.

  49. Hilmi Mahmood says:

    Anak saya Ahmadi Ikmal Hakil I/C 980716107169, telah menghadiri temuduga MRSM Gemencheh pada 16/12/10, jam 9.00 pagi. Pada sessi hafazan beliau telah hafal 8 baris ayat Quran. Akah beliau bepeluang untuk memasuki MRSM. Beliau telah gagal untuk mandapat tepat di SBP.

    Hilmi Mahmood
    Agensi Nuklear Malaysia, MOSTI
    Bangi 43ooo Kajang, ,Sg Jelok

  50. Kalau kita sbg parents pun sedih anak tak dpt SBP apatah lg mrk. So, peranan kita penting utk terus memberi semangat kpd mrk. Tak mustahil mrk merasa sia-sia penat lelah bljr sampai dpt 5A & pegang jawatan di sekolah kalau tak mendpt tempat di SBP atau MRSM. Kita perlu beri perangsang & sokongan supaya anak-anak ini tidak putus asa. Akibatnya prestasi pelajaran merosot bila naik form 1 kerana merasa kecewa dan merasa usaha & keputusan cemerlang mereka tidak dihargai. Jadi, panel pemilihan calon perlu ambil perhatian terhadap setiap komen-komen yang menjadi persoalan – CTH: "Kenapa calon yg cemerlang akademik & ko-ko, pegang jawatan dan dari keluarga berpendapatan rendah tidak berjaya? Kenapa calon yg tidak begitu menyerlah aktiviti ko-ko atau keputusan akademik malah dari keluarga berpendapat tinggi diberi tempat?

  51. linda hj abas says:

    anak saya pun tak mendapat tawaran sbp..kesian tenguk air muka dia bila tidak dipilih untuk kemasukan pada tahun 2011.apa sebenarnya kriteria yang panel pemilihan pilih untuk melayakkan pelajar-pelajar yang mendapat 5a ini untuk mendapat tempat di SBP?

  52. Saifullizan Hashim says:

    Anak saya tidak ditawarkan ke sbp. Kepada pelajar lain yang turut gagal, ini bukan penamat kepada segalanya. Lihatlah keputusan PMR terbaru. Mereka yang bersekolah biasa juga boleh mencapai keputusan yang cemerlang.

  53. Siti Huzaifah says:

    Saya pada mulanya merasa heran jugak sbb ditawarkan untuk menduduki temuduga di Sek Seri Puteri Cyberjaya…tetapi tengok keputusan…gagal. Katanya 20% daripada 180 calon yang hadir adalah kouta pengetua, bermakna 36 orang sahaja yang akan diambil. Selebihnya dipilih oleh KPM.. Ingatkan kut kut sangkut juga tapi gagal juga.. Penat juga datang dari utara semata mata temuduga je..Tak pe le… rayuan dah buat harap dapat pada pengambil kedua nanti.

  54. Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,

    Bersabarlah anak ku,

    Nur Hanisah bt Badrolsham

    BE0051031

    Bersabarlah pada setiap kegagalan , Rahmat pasti datang pada setiap kegagalan.

    Kegagalan sebenar kita bila kecemerlang akademik disertai kegagalan akhlak.

    Bangunlah dari kekuatan diri mu dengan keredhaan Allah.

    Putus asa dan Kedaifan pemikiran bukan dari Al-Quran.

    Contohilah RasullAllah S.A.W.

    Wassalam.

  55. Anak saya telah ditawarkan ke MCKK (status biasa tanpa kabel) tetapi kami bercadang untuk menolak tawaran dan menghantar anak ke High School Bukit Mertajam berdasarkan faktor-faktor berikut:
    1. Ingin anak berada di dalam suasana yang lebih kondusif dengan pemakanan yang sihat dan juga pemantauan dari segi rakan-rakan sebaya.
    2. Memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain yang lebih memerlukan tempat di SBP
    3. Kos SBP yang tinggi walaupun dikatakan sebagai sekolah bantuan penuh walaupun saya rasa mampu serba sedikit untuk menampungnya
    4. Mahu anak bergaul dalam suasana yang lebih kompetitif tidak dalam kelompok majoriti Melayu sahaja
    5. Melihat statistik pencapaian SPM, banyak "straight A+" adalah dari sekolah harian, jadi berdasarkan faktor ini, peluang boleh diberikan kepada rakan-rakan dari luar bandar yang lebih memerlukan

    Wassalam
    Zainal (Simpang Ampat, Pulau Pinang)

  56. keputusan e-rayuan bila ?

  57. Atiqah Zaiham Asri says:

    Sye sgt berhrp…dpt ditrima ke sms kuala selangor…
    Hrp sgt erayuan dpt membantu…

  58. SALAM,
    Turut tumpang berdukacita kepada yg gagal memohon dan kpd yg berjaya, bersyukurlah. Minta pihak kementerian menggariskan panduan dan syarat2 kepada pemohon. Ketelusan itu perlu agar usaha untuk membantu rakyat jelas. Pihak pemilihan perlu peka agar tanda aras pemilihan mengikut kesesuaian. Quota yang ditetapkan harus mengambilkira aspek yang menyebelahi kedua-dua pihak:
    1. pelajar
    2. ibu bapa/penjaga

    Pemantauan yang teliti dan maklumbalas yang diambil harus diberi tindakan segera, jgn sampai rakyat menunding arah dan menyalahkan masing-masing.

  59. jika pemohon belum buat permohonan online ke sbp ting 1 2011 , adakah pemohon boleh untuk membuat rayuan ataupun kena membuat permohonan online dahulu ? jika harus membuat permohonan online dahulu , ingin dibuat dimana ? sedangkan permohonan online sudah ditutup ?? sila jelaskan perkara ini dgn segera …

  60. neesya izzatty says:

    sdh nyer,,,,x dpt satu srt tawaran g p0n,,,sume kengkawan da dpt,,ade la lg sorang x dpt…arap2 kami dpt pngilan kedua,,amin…….

  61. Secara amnya rayuan tersebut bersifat terbuka maknanya anda boleh ditempatkan di mana-mana SBP yang ada kekosongan

  62. bila boleh check e-rayuan????

  63. tadi kat atas ada tersebut, hantar permohonan rayuan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlang Kementerian Pelajaran….boleh bagi alamat penuh???? saya ingin mencuba………….

  64. ONESTEPAHEAD says:

    Fikirlah wahai kerajaan Malaysia jangan hanya dibuai oleh angan-angan.Adakah anak-anak UPSR 2010 yang cemerlang ini khususnya 5A masih akan menjadi mangsa pada 6 tahun akan datang. Ya, pada kemasukkan pusat pengajian tingi IPTA. Seorang jaguh dunia telah mengatakan saya perlu berfikir dan berusaha selangkah kehadapan berbanding lawan saya untuk menjadi jaguh bagi satu perlawanan yang adil.Janganlah kita hanya menjadi jaguh kampung sahaja tetapi jaguh global adalah pilihan. Sudahkah pihak yang sepatutnya melakukan persiapan untuk persiapan akan datang.Janganlah apabila sampai pada waktunya menteri hanya berkata ibu-bapa perlu faham.

  65. alhamdulillah anak saya diterima ke sbp tp yuran yang tak tahan tu…..

  66. selepas print surat e-rayuan tu , adakah kite perlu menghantar surat tu ke sbp yg kite pilih atau ke tempat lain ???

  67. selepas print surat e-rayuan tu , adakah kite perlu menghantar surat rayuan tu ke sbp pilihan kita atau ke tempat lain ???

  68. saye nak tanye lg sekali sbb saye terdelete , mase permohonan ke sbp , saye mohon alam shah , pastu tidak berjaya , kemudian saye buat e-rayuan ….. yg e-rayuan tu kite still mohon ke Alam Shah ke ? atau yg lain ??

    • Rasanya tidak ke mana2 yg khusus, akan ditawarkan SBP yg msh ada kekosongan slps pendaftaran pelajar baru

  69. saya cadangkan
    i) semua sbp buat interview
    ii) panel2x dari sbp lain, (swapping)
    iii) Bahagian SBPSK Moe, hanya ranking kan markah interivew, dan pilih base on kuota sbp tersebut.

  70. Nur Jannatul Naim says:

    tahniah kepada yg berjaya masuk ke sekolah sbp..gunalah peluang ader dgn sebaik mungkin…adik saya tidak berjaya ke sekolah sbp…walaupun pencapaian dier cukup2 syarat jer tp adik saya mendapat markah yang tinggi dalam uji bakat kerana dia amat berminat dalam bidnag kesenian .Adik saya memang mempunyai bakat dala seni tari sampai peringkat kebangsaan…dia telah pun membuat e-rayuan diharap dapat diterima masuk ke sekolah seni johor bahru untuk mengash lg bakat yg tersedia ada. Amin…

  71. muhammad zaki says:

    surat e-rayuan perlu hantar ke sbp pilihan kite atau ke tempat lain ? dimana ?

  72. tahniah kepada yg berjaya….rayuan keputusan bila yaa dapat tahu????…

  73. saya pun nak tahu mcm En zaki, selepas buat e-rayuan kena hantar print out kemana mana tak? Sebab kat link tu tak ada kata apa apa pun.harap dpt penjelasan Terimakasih.

  74. sakinah ismail says:

    terdapat pelajar yang tidak layak untuk ke sbp tetapi mereka mendapat tempat di sekolah2 tersebut. kenapa ini berlaku???kenyataan tentang kelayakan yang diuar-uarkan oleh menteri pelajaran hanya omong kosong saja dan ia menjadi mimpi kosong kapada anak2 kami. masih terdapat masyarakat yang mengambil kesempatan iaitu dengan menggunakan orang dalam……………………….. dari saya, sakinah ismail

  75. Bapa Kecewa says:

    Saya merasa kecewa bila anak saya yang tidak terpilih untuk ke sekolah MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut yang telah menghadiri sesi temuduga pada 14 Dis 2010 yg. lepas. Sepatutnya keutamaan diberi kepada golongam yang berpendapatan rendah seperti saya. Lagi pun anak saya juga tidak kurang dengan hafal alquran dan mempunyai sijil Tilawah. Dari segi Ko Kurikulum juga tidak kekurangan , apakah lagi kreteria yang utama yg diperlukan oleh pihak MRSM agaknya. Mungkin pihak MRSM dapat memberi pertimbangan semula untuk pemilihan peringkat kedua. Terima kasih.

  76. mohamad yahaya says:

    Saya menyokong komen yang telah diberikan oleh puan Sakinah ismail . ini adalah satu kenyataan yang tetap berlaku dalam apa saja pemilihan. Ramai yang lebih pentingkan KELUARGA daripada kelayakan. Hanya tuhan saja yang mengetahui……………….

  77. muhammad zaki says:

    assalamualaikum , e-rayuan tu kena hantar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan ,,,,, adakah surat beranak , ic ibu , ic ayah dan ic pemohon harus dihantar sekali ?

  78. bilakah tarikh keputusan kemasukan pelajar tingkatan 4 2011 ke sbp akan diumumkan?

  79. anak orang kaya masuklaa private school.. parent dia tak mampu ka??

  80. Bila e-rayuan boleh diketahui?

  81. bilakah kemasukan ting.4 2011 akan diumumkan??

  82. Anak saya dapat tawaran Sekolah Victoria Institution bawah YS; anak saya sekarang dah belajar kat Kelas Rancangan Khas sekolah harian kat Shah Alam; Macammana yea…..

  83. kite ni tk perlula nk merungut n nk kutuk2 org.itu semue rezeki masing2.ade hikmah di setiap prkre yg brlaku.

  84. Kenapa bdk 8A yg terima tawaran untuk masuk SBP tidak mahu pergi..??kesian org lain yg juga menanti tawaran ini..agak sedih la jgk..peluang disia-siakan begitu sahaja..

  85. Kenapa budak yang dpt 8A tidak mahu pergi ke SBP..???Kesian org lain yang menanti tawaran ini.. peluang disia-siakan begitu sahaja….

  86. saje test

  87. Bila boleh tahu e-rayuan, masih berharap nie, setelah kemasukan pertama tak dapat, & MRSM tak dapat

  88. Saya nak bertanya, semasa membuat E rayuan SBP Ting 1, saya kurang pasti adakah diberikan sebarang nombor Rujukan baru. Ke masih menggunakan nombor Angka Giliran semasa hendak menyemak status keputusan E Rayuan kelak.

  89. bapa yang memahami says:

    saya ada pengalaman mengenai sbp.. kesimpulan yg saya blh buat adalah seperti berikut :
    Sejauh mana anak anda cemerlang, dapat beberapa tokoh dan anugerah, sehingga mewakili daerah/negeri, mendapat band 4 dpt ujian aptitude sekalipun tp jika anda tiada cable orang dalam sekurang2nya peringkat Ketua Penolong Pengarah, jgn harap anak anda akan dapat.. Maybe tak sampai 5% yg dapat secara merit…Yang dapat adalah anak2 org tertentu terutama yang ada kaitan dgn org politik walaupun pelajar itu tidak secemerlang anak anda..Itulah dunia hari ini..Mulut ckp lain tp buat lain..Ingatlah jawatan anda (pegawai pemilihan) itu adalah amanah..Esok2 anda akan dipersoalkan….Takutlah akan dosa.

  90. di manakah keputusan kemasukan tingkatan 1 2011?

  91. assalammualaikum….saya ingin bertanya,bilakah keputusan pengambilan kedua SBP tingkatan 1 diumumkan???

  92. muhammad zaki says:

    assalamualaikum ,

    saya nak tanya keputusan kemasukan ke SBP tingkatan satu 2011 ambilan kedua bila ? keputusan ambilan kedua bila !? sila jawab dengan segera :)

  93. pakcik prihatin says:

    assalamualaikum , saya nak bertanya , bagaimana nak masuk link e-rayuan untuk pelajar Tingkatan 1 2011 sebab saya sudah mencari link tersebut tetapi gagal menjumpainya . Saya takut jika terlambat , anak buah saya akan terlepas peluang ini . justeru , saya ingin membantu beliau . Boleh x sesiapa membantu saya ? Adakah link tersebut telah ditutup perkhidmatannya ?

    • muhammad zaki says:

      link tersebut sudah ditutup , kenapa baru nak wat sekarang , sepatutnya kena wat waktu keputusan tu lagi ….

  94. assalamualaikum,

    Terima kasih, kerana memberi peluang kepada anak kami untuk ke sbp utk pengambilan ke 2.Tapi kami masih dilema kerana anak telah belajar di sek agama terbaik di kelantan.utk melepaskan peluang yang ditawarkan membuatkan kami sukar untuk membuat keputusan.Kami berharap apapun keputusan yang kami ambil adalah yang terbaik untuk masa depannya.

  95. Anak sy berjaya mendapat MRSM ambilan kedua, tapi terpaksa tolak kerana ayahnya tak suka anaknya masuk asrama. Sebagai ibu sy amat kecewa tapi terpaksa akur akan keptusan suami.