Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012

Para pelajar yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online. Terima kasih kepada saudara Saia PQa yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4

Keputusan Permohonan SBP

  • Semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
  • Semakan permohonan SBP boleh dibuat mulai 20 Januari 2012 sehingga 7 Februari 2012.
  • Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2012 adalah di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2012 Ambilan Pertama .

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2012.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Pertanyaan

73 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2012

  1. […] TERKINI: Keputusan Permohonan Tingkatan 4 SBP 2012 […]

  2. salam.. nk tnye, klu x dpt sbp tu.. surat rayuan tu nk kne hantar kt ne?? trima ksih..

  3. Imran Rajawali says:

    Alhamdulillah saya mendapat tawaran ke SERATAS . Bilakah kami akan mendapat surat mengenai barang-barang yang perlu dibawa ?

    • Muhammad Idlan says:

      Tahniah!

    • Kami tinggal kat KL area. Anak saya dah dpt surat tawaran rasmi beserta buku tawaran (termasuk senarai barang yang perlu dibawa, pengesahan pendapatan serta laporan perubatan + pengesahan doktor/pegawai perubatan) dan lain-lain lagi panduan + syarat. Bila call SBP berkenaan cakap kena juga bawa profil murid.

    • Muhammad Syakir says:

      hurrm biler la surat tawaran nak sampai lame dah tunggu,,,grrrr,,,alhamdulillah dapat masuk SEMSAS tapi aliran tak best la dapat sains teknikal…tak ley ke tukar amek aliran sains tulen kew???,,, :(….

  4. insan biASE... says:

    Salam???
    Hmm…smmgnya SBP nie pntingkan org luar bandar ey???? n

    • Setakat yg tahu, 80% kuota pengambilan adalah dari sekolah-sekolah luar bandar dan keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar cemerlang akademik+kokurikulum+pencapaian/jawatan yg disandang dari golongan berpendapatan rendah. Itulah tujuan asal penubuhan SBP….

  5. eyda asmiedar says:

    Alhamdulillah saya dapat ke Sbp K.Terengganu , tarikh pendaftaran 31/1 ni , barang-2 tak tahu lagi nak bawak apa , lagi satu Gpk sekolah kata kalau nak berpindah , kena settlekan seminggu sebelum pindah . Lepastu kalau daftar terus start sekolah ????

  6. hamba Allah says:

    ada juga org bandar yg hidup susah..

    • betul tu…. bdk2 skrg ramai yg pandai2. so, persaingan sgt hebat. permohonan melebihi tempat yg ada di sbp seluruh M'sia. Setakat ini, tak silap ada 63 buah semuanya. tak dpt tak mengapa, boleh buat rayuan. tak dpt juga boleh cuba mohon sekolah kluster / sbt. Yg penting kita usaha setakat yg mampu. dpt tak dpt, boleh tak boleh, kita kena terima ketentuanNya. Hanya Dia yg tahu apa yg terbaik buat kita. Pasti ada 'sesuatu' yg lebih baik di kemudian hari…. Insya Allah…

  7. borg erayuan nk hntar kt mne ea ? ? kt skola skrg ni ke kt skola yg kite mhon ? ? tlong la rply k….

  8. Farah N. Rasyidah says:

    ASSALAMUALAIKUM ..
    kenapa saya x dapat masuk SBP , penuh dah ker ??
    borang e-rayuan nak hantar kat maner yerr ??
    tolong lah jawab

  9. hamba allah says:

    salam. sy dpt sbp sains seremban. rugi ke kalu sy tolak?

  10. assalamualaikum. bila dapat surat tawaran ? kawan2 yg lain semua dapat daa. ape perlu syer buat?

  11. ainul_Dec0 says:

    cmne nak tawu kptusan ryuan yg kedue unt0k MRSM N SBP ??? dye antar surat kt rumah kew ataup0n kene check internet ??????????????????????????

  12. ainul_dec0 says:

    cmne na tawu kptusan ryuan yg ke 2 unt0k MRSM n SBP ??? pihak mrke antar surat kt rumah kew ataup0n kter kene check dekat internet ???????????????

  13. saya telah mendapat sm sains muar di johor bharu tetapi keadaan jarak saya yang jauh di kelantan telah menyebabkan saya tidak dapat ke sana….. jadi boleh atau tidak untuk saya membuat rayuan untuk dihantar ke sbp tengku faris petra di kelanatan???

  14. result sy straight A,,.sy mohon alam shah tp xdpt…da cetak surat rayuan tp xtau nk anta kt mane..ade sesape tau nk anta kt mane surat rayuan tuh??

  15. Assalamualaikum….nak hntr surat rayuan kat mne..???

    plez reply..

  16. Saya dapat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng…:D ..Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T. Terima kasih juga diucapkan kepada ePutra kerana banyak membantu saya. 😀

  17. salam , macam mane ye ??? rayuan dah buat , nak kena print out ke ??? kalau dah print nak hntr ke mane ??? atau memadai saje dgn buat e-rayuan ????

    • yang print tu hanya untuk simpanan kita kalau terjadi apa-apa. kalau da buat rayuan online, da memadai, da terus dihantar ke kementerian 🙂

  18. Farah N. Rasyidah says:

    ASSALAMUALAIKUM ..
    kawan saya dh dpt msk teknik second intake
    dia kata ada surat hitam putih post kat dia & dia dpt masuk
    FIRST INTAKE dia x dpt , so mcm SAYA jgk lahh kena buat RAYUAN
    nnti ada surat ker ?? insyaAllah lah

  19. assalamualaikum.
    saya nak tanya, selalunya sesi pengambilan kedua ke sbp keputusannya keluar bila ya,
    dari tempoh tarikh keputusan ambilan pertama.
    adakah dalam beberapa minggu sahaja?

  20. Assalamualaikum….
    Second intake sbp, biasanya keluar bile?

  21. ASSALAMUALAIKUM
    Adakah pncpaian 6A 2B dtrima tuk ke sbp?
    tq:)

  22. salam…

    sy mndpt 9a pmr 2011…xpi sy x mohon tahun lepas dan sy dh buat e-rayuan…adakah sy akan diterima ke sbp?

    • assalamualaikum..kita punya situasi sama! menyesal jugak kan xisi dulu..saya pun dah buat e rayuan..harap2 kita dapat 😉

  23. salam
    nak tanya murid sekolah saya dapat pmr 2011, 9A tp x dpt sbp… leh tau npe ek

  24. Kami tinggal di pendalaman sabah.dan anak seorang ibu tunggal yg miskin..Bila dapat keputusan 4A, 4B adalah satu yg sangat dibanggakan. di mana sains dan matematik memperoleh A ( PMR 2011) Saya bercita2 utk dapat masuk tingkatan 4 aliran sains tulen. Malangnya saya tidak diberi peluang itu dengan alasan kelas sudah penuh..saya baca surat khabar..kata pelajar tidak minat aliran sains, tetapi pada keadaan sebenar, ramai pelajar yg tidak diberi peluang termasuk saya.Saya sangat kecewa. Apa yg boleh saya buat tuan?

  25. Anak saya dapat tawaran (second intake) ke SEMESTI. Dilema saya sekarang anak saya dah selesa kat sekolah dia sekarang (SMKA). Apa pandangan semua, patutkah di tolak saja tawaran tersebut.

    • pegi la sana. nanti dia akan selesa juga lama kelamaan. anak saya pun begitu juga dulu. alhamdulillah sekarang dia tahun terakhir di sana. insyaAllah, okay. doakan yang terbaik 🙂

  26. assalamualikum..saya merupakan pelajar straight A's..tahun lepas saya xisi borang online..lepas dpt keputusan mcm ni baru saya rasa menyesal sgat2 xisi dulu,tapi saya dh isi e rayuan..agak2 boleh dpt ker haa??? -REPLY-

  27. slam,,,,sye shah n mndpt strgh A dlm pmr….sye dh hnta srt twran kmasukkan awal2 ke sbp..tp..sye x dterima…sye jga dh mmbuat e-rayuan…sye berhrap ssngt agr sye dpt kesklah 2 semntara kwan2 sye pon dpt strngh A n dtwarkan ke sbp smer seprti sye kesemunye kecuali sye…..mnpa?sdngkan stiap aktivii koko @akdemik kmi srng bersme….

  28. kakak kawan saya dapat semesti. adakah besar kemungkinannya untuk adiknya dapat tawaran ke semesti juga?

  29. why i still can't get to go to the sbp or mrsm? im the only one chinese in my school that applied. but still can't…. i got straight As (7A), and i also one of the netball and voleyball school's player. hmmm, i really hope i get. i also applied for sbp and mrsm when i was in standard six, and i got straight As too. 🙁

  30. second intake dah mula ker???

  31. khairun nisa says:

    assalamualaikum…saya nak tanya, bilakah keputusan permohonan ke mrsm 2013 keluar ???? terima kasih…..

  32. Salam, nak tanya boleh tak 8A 1B (Aliran Arab) untuk masuk KISAS…tolong bantu ?

  33. assalamualaikum…saya nak tanya, bilakah keputusan permohonan ke mrsm 2013 keluar ???? terima kasih…….dan 1 lg nak tanya boleh tak 8A 1B (Aliran Arab) untuk masuk KISAS…tolong bantu ?

  34. anak saya dpt tawaran teknik aliran elektrik dan SMKA aliran perdagangan. yang mana perlu dipilih.

  35. Nak tanya kalau dah buat rayuan untuk sbp boleh ke buat rayuan untuk mrsm? Mana yang akan dapat dulu? Sbb sy nak sbp . Pls jawab tq

  36. Nak tanya kalau dah buat rayuan untuk sbp boleh ke buat rayuan untuk mrsm? Mana yang akan dapat dulu? Sbb sy nak sbp . Pls jawab tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.