Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010

TERKINI : Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 1 2010

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu SBP bagi tahun 2010.

Semakan Permohonan

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2010 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2010.
  • Tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula 23 Disember sehingga 12 Januari 2010.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Pendaftaran Pelajar Baru

  • Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2010 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 11 Januari 2010.

Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Tahniah kepada mereka yang terpilih!

Related posts:

  1. Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2009
  2. Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
  3. Tarikh Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
  4. Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
  5. Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010

161 Comments

  1. ibu anak 5A says:

    keputusan MRSM sekitar 18hb ni,saya tel pejbtnya kat KL hri tu…

  2. Pak karut says:

    MRSM 18hb.nih???…biar betoi??/,,Mara ni pun satu hal pulak!!..hari tu saya call dia kata hujung bulan Jan. nih!!!daftar selepas raya China,,,ada pegawai Mara kat tunggu surat,tapi ada pegawai lain kata online??/..mana satu betoi nih???..last2 anak2 kroni juga yang dpt!!!..yang tak ada kabel, melopong…..apa lah nak jadi Malaysia nih!!

  3. ibu anak 5A says:

    hari tu saya tel MARA,semakan blh buat secara online nanti.

  4. VAMPIRE says:

    saye dapat 3A2B bley x sye msuk SBP.please………..

  5. VAMPIRE says:

    wei pak karut ko ape hal name ko pelik ????????………………

  6. pakcik pomen says:

    salam…,please SBP,please MARA,terima anak saya ke MRSM,tak tertanggung lg saya melihat nya kecewa

  7. ibu anak 5A says:

    syukur anak saya dpt juga memasuki asrama penuh kat Pengkalan Chepa Kelantan….dia dah daftar sebentar tadi. pd yg tak dpt,jgn putus asa, buat rayuan online….ada 2nd intake tu.

  8. Mama prihatin says:

    Anak kedua saya dapat 5A x dapat SBP.Saya dah buat e-rayuan.then saya juga tulis surat rayuan ke sekolah2 SBP yang berdekatan.semua 5 sekolah saya hantar.At least kita usaha.skrg dia dapat tawaran ke SMKA Pedas.sek tu pun bagus jugak.Kalau dapat MRSM saya kena fikir 10 kali sebab SMKA ni pun bagus jugak.Pasal kabel memang itu x dapat dinafikan.Anak pertama saya dapat masuk SBP top 5 alhmadulilah.mcm sek SBP top 5 ni mereka ada quata untuk anak2 ex-student mereka.Tu x campor quota pengetua,guru2 SBP dan pengerusi PIBG SBP.So dah di tolak campor yang tinggal sikit sahaja utk anak2 org2 yg x berkenaan.masa daftar anak saya yg 1st dulu mmg kita ni rasa kerdil je.semua kereta besar.anak bekas ex MB pun ada .Camna tu?anak saya citer bila dlm kelas cikgu tanya siapa pernah pi oversea?hampir semua murid angkat tangan.yg tinggal anak saya dan 2-3 org kawannya.bila isi borang gaji mak bapak..ada anak CEO/COO gaji 5 angka..camna tu?..Saya bukan apa..anak saya dpt masuk alhamdulilah cuma kalau orang2 camni yg monopoli sek SBP alamat yg miskin akan terus miskin dan yang kaya sampai 7 keturunan kaya.sepatutnya yang kaya raya ni pi la hantar anak sekolah swasta.ni yg dok menempek kat sek kerajaan jugak buat apa.bagi la chan kat org yg lebih memerlukan.Kerajaan kata quota 70% luar bandar tu tipu.hakikatnya semua orang tahu.SBP top 5 ni mereka memerlukan sumbangan dari Parents2.so kalau mereka ambil org miskin/sederhana banyak ,mana dia org nak chekau duit utk projek2 sek.kementrian pulak dah kurangkan perbelanjaan utk sek2.Hai ntahlah matlamat SBP ni dah tersimpang jauh…..

  9. perindu malam says:

    Salam. ini pertama kali saya di sini menulis, biasanya saya buka hari-hari cuma untuk baca aje. Ingat nak juga tahu apa keistimewaan MRSM tu.

  10. perindu malam says:

    Betuk ke orang kata yang masuk MRSM ni yang dapat 5A kelas ke tiga yangmana SBP sudah reject.

  11. Pakmalau says:

    Ada maklumat tentang rayuan sbp??..atau MRSM??..kepada sesiapa yang ada true information, silalah beritau….

  12. mama_bosan says:

    adik sy pun dpt 5A, aktif sagt kat skolah… pengawas, ajk kelab, bendahari, setiusaha, aktif sukan, banyak kursus, kem n macam2 g r.. tp frust r dia xdpt sbp.. ksian tengok dia cam putus asa je.. skrg ni dok sekolah harian biasa je.. harap2 dia dpt la mrsm .. maklum la , kami xder cable… adikku, byk2 bersabar ek..

  13. saya_pelajar. says:

    assalamualaikum..
    tumpng tnye..
    ble twrn utk T4 kluar??

  14. Pakmalau says:

    Kpd Mama prihatin,TAU TAK APA!!!..inilah dunia….saya dah lama tau!!..depa ni bila nak undi kita aje baru tunjuk baik…..KIASU betul……BUMIPUTERA pun ada kasta jugak….kalau setakat kerja kilang,drebar lori dan kuli batak yang lain,….faham2 sajelah….tiada siapa nak layan……bagus mama prihatin,…anda mengambil langkah yang baik!!!…isikan didada anak kita ngan ilmu agama…tak rugi…biarlah kita untung diakhirat kelak….jangan rugi didunia…

  15. fahira atikah says:

    baru2 ini,saya layak untuk ditemu duga di MRSM Kota Putra tetapi saya gagal.Adakah saya masih layak untuk ke MARA lain?

  16. aar@cr9 says:

    bile kptsn rayuan ke sbp nk kuar? n then, keputusan prmohonan ke mrsm kuar akhir januari, tpi bila?? somebody plis reply. x thn sklh kt sklh biasa nih! dpt 5a tpi x dpt mne2 twrn. bdk 4a1b blh plk!

  17. mama prihatin says:

    Tahun ni pun sek SMKA ambil budak 5A sahaja.ramai budak 5A x dtg sebab ada yg dah dapat SBP dan ada yg nak tunggu Mara.Tapi yg heran,nape la pejabat pelajarn daerah x check dulu nama budak2 5A yg dah dapat tawaran ke SBP .Sebab 2nd intake ambil budak 5A pun ramai yg x datang.Yang datang pun nanti bila dapat MRSM keluar lagi.Ibu bapa terpaksa buat perbelanjaan lebih sebab mula2 dah daftar/beli buku kat sek harian then dapat SMKA daftar/bayar lagi then bila dapat pulak MRSM daftar/bayar lagi.Napelah kementerian Pelajaran dan Pejabat pelajaran daerah dan MRSM x ada link antara satu sama lain?MRSM pun x kan lah x boleh tahu awal2 pelajar mana yg dah dapat SBP.Ni panggil bulan 2 .Apa kes…Kata rakyat didahulukan.buktikanlah.jgn cakap je.
    Skrg ni yuran makan dah dinaikkan utk gaji ibu+bapa RM5000 keatas.kalau dulu bayar RM250 utk 250 hari,sekarang kena bayar RM600 utk 200 hari sahaja.Lagi 50 hari sabtu dan ahad mcm mana?Ada sek asrama minta ibu bapa ambil anak every weekend.sebab duit makan dikira cuma 5 hari/1 minggu.Kalau dekat,berkemampuan OK la.kalau x berkemapuan,x ada transport camna?kena bayar lagi pulak utk weekend.Kalau rakyat didahulukan bukan ini yg sepatutnya terjadi…Proof it!

  18. MRMS says:

    alhamdulillah le anak saya dulu kepingin benar nak ke sbp atau mrsm, tapi pas masuk smka, dah tak kisah dah dpt ke tak rayuan sbp ngan mrsm. dah jatuh hati ngan smka.smka jelah….tak yah susah2 tunggu sbp ke mrsm lagi.smka pun kelas gak pencapaian depa.

  19. 2ndclassbumi says:

    anak saya dapat 5A tak dapat masuk sbp tapi kawan dia dapat 4A1B & 3A2B dapat pulak tempat d sbp.sebabnya mudah…kami adalah anak pribumi dr sarawak 2nd class bumiputra non-moslem.yang dapat 4A1B tu adalah 1st class bumiputra moslem.dari 6600 tempat d sbp…6400 adalah untuk malay-islam.everything is for the muslim.semua dia org yang balun…everything!not a single thing left for others!1malayu.

  20. hafiz says:

    Salam semua,…ada cerita pasal rayuan SBP??/..senyap aje???..ada yang dah dpt ke???atau hilang begitu saje//////…..

  21. MRMS says:

    ada call putrajaya dulu. pegawai tu kata en tunggu je sampai laman online tu dibuka suatu hari nanti. Dia tak boleh nak kata bila. Yang pastinya antara 13 -31 Jan 2010 sebelum result mrsm bulan Feb keluar. Sabar dan tunggu ajelah….

  22. bom says:

    kepada dayana, itu cdgn saye je…tapi mmg betul pengetua ade kuasa veto lebih kurang 15% utk pilih calon…maybe dia x kenal awak- sesetengah pengetua layan kabel je…tp sbp x special pun…adik sy dh msk sbp ari2…dia ckp x best…saya ex-mrsm dan bagi saya suasana mrsm jauh lebih baik dari sbp…so, insyaAllah sesapa yg x dpt sbp nanti dpt mrsm…adik saya nangis dok sbp 2 dan die pun harap dpt mrsm walaupun mustahil…

  23. mummy ina says:

    Salam semua.
    Anak saya berjaya ke SPB dan diantara 20 sekolah yg terpilih sbgai sekolah berprestige tinggi. Alhamdulillah. Saya org biasa, tiada kabel mahupun bantuan guru2 sekolah. Anak saya bersekolah bandar & elit. Apa yg boleh saya jelaskan disini ialah apa2 pun yg berlaku adalah kehendakNYA. DIA yg menentukan segalanya.

    Saya sgt bersetuju dgn pemilihan ke SPB adalah berdasarkan merit dan persentage kelulusan peperiksaan itu sendiri. Saya ada bertanya apakah kelayakan anak saya ke SPB diterima masuk dan jawapan nye betul, peratusan kelulusan anak saya ialah 98-100%. Mungkin ramai pelajar mendpt 5A, tapi bagi sesetengah sekolah SPB berprestige tinggi memilih pelajar2 yg benar2 cemerlang, terlalu aktif, tamat pengajian sekolah agama. Anak saya berjaya mendapat mumtaz dlm peperiksaan PSRA, dia memegang byk jawatan di sekolah. Lebih dari 6 jawatan presiden, pengawas dsbnye. Jadi, mungkin ini lah yg benar2 melayakan anak saya.

    Bagi yg tidak mendapat tempat, jgn lah susah hati. Byk peluang2 lain iaitu selepas PMR dan tidak semestinya sekolah harian tidak bagus. Semuanye bergantung kepada pelajar itu sendiri. Cuma kelebihan SPB ialah waktu pembelajaran yg sgt sistematik. Selain dari, bagi sesetengah SPB mempunyai authority utk memilih 20% kemasukan pelajar dan kebiasaanya keutamaan diberikan kepada anak2 old boys. Akan tetapi kriteria tetap bagi pelajar2 yg cemerlang. Oleh itu, bagi yg tidak berjaya jgn putus asa, kejayaan bukanlah bergantung kepada sekolah semata-mata, pelajar itu sendiri harus memainkan peranan yg sgt penting.

    USAHA TANGGA KEJAYAAN

  24. orangPERAK says:

    hi mummy ina…
    anak mung dah dapat sbp cakap pun sopan.. karangan mung menyedap halwa telinga…
    go go go orang bandar/elit… terus maju pedulikan orang kampung yang 5A nya kurus…….

  25. MRMS says:

    Saya setuju gak ngan mummy ina. Saya gak org bandar. Pada saya, kerajaan patut buat sbp n mrsm untuk si 5A gemuk tak kira lah mereka tu dari bandar or kampung. Sekolah ni untuk jamin kecermelangan baik org bandar baik org kampung. Sebab kat bandar ni saya dok perati, ada anak profesor, doktor dll yg hancur….Sebab mak bapak dia orang terlalu sibuk untuk uruskan hal anak2. Biarlah anak profesor jadi profesor yg lebih cemerlang dari ayah dia. Ni tak, hancus…leka dek tarikan kehidupan bandar. Hidup tak terarah. Org bandar/elit pun nak gak pastikan anak mereka lebih elit dari mereka. Itu pun kan kah untuk kemajuan/kemakmuran negara kita juga….?

  26. zainuddin says:

    Saya setuju 100% dgn orangPERAK.

    Tujuan UTAMA SBP ditubuhkan adalah utk memberi peluang kpd pelajar2 LUAR BANDAR yg cemerlang meneruskan pelajaran mrk kerana sekolah2 di kpg/luar bandar kekurangan infrastruktur, alam persekitaran pembelajaran yg kurang kondusif, guru2 kurang berpengalaman dsbnya, supaya bila dah pandai pulanglah ke kpg utk menabur bakti, bukan sbg YB.

    Anak saya xdpt SBP tapi dapat masuk Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Selangor (UPSR 5A & Mumtaz PSRA, Pengawas, Ujian Aptitud Thinking skill = Band 4, Problem solving & making decision = Band 4).

    Org bandar yg dibenarkan spt dr Kpg Pandan, Kg Kerinci dsbnya.. Anak2 professor pun nak berebut2 masuk SBP???? Takan prof xleh ajar anak sendiri ??? Tanggung jawab jgn nak dilepaskan kpd pihak SBP??? Kalau SBP dah = sekolah harian knp sibuk2 nak masukan ke SBP???

    Saya syorkan keputusan pengambilan ke SBP & MRSM di buat AUDIT oleh pihak berkecuali seperti Ahli2 Parlimen dr Pembangkang & Kerajaan supaya semua puas hati.
    Salam dr orang bandar S Alam.

  27. MRMS says:

    Maksud saya penubuhan sbp kategori baru. Yg sedia ada biarkan lah ngan tujuan penubuhan nya yg sekarang. yg baru ni bagi pada yg betul2 cemerlang dari kalangan apa pun. Kalau anak prof, doktor dll yg kaya tu minta bayaran. Yg miskin2 tu diberi bantuan. Kami bukan nak percuma tapi nakkan kualiti pembelajaran untuk anak2 kami. Ada kawan saya prof, kata nak tengokkan anak dia belajar tak tercari masa. kat u ada beratus anak (pelajar2) yg nak dijaga/ajar. last2 anak sendiri ntah ke mana. Baik tak yah jadi prof. biar satu negara jadi tak bijak. Buat apa susah2 jika anak sendiri terabai? Jadi je orang miskin. dapat bantuan sepanjang masa……

  28. ramurandesu says:

    Mane keputusan rayuan sbp? tak keluar pun online? ade yg dah dpt jawapan ngan surat ke?

  29. MIRA says:

    bla result tu kluar? please balas

  30. N@sRuL_bUdAk_BaEk says:

    ish3 aq bngang tol r biler nk kuar semakan ambilan kedua
    hrp2 r dpt insyallah
    kalo sape2 ley tlg thn gak
    nile nasib :( (..sape yg nk tlg?
    d[-_-]b
    aq dpt 5A upsr ya allah
    bantulah hambamu ini
    1 keturunan x penah dpt msuk sbp
    sdeyh gler
    name aq wan muhammad nasrul naqim bin wan muhammad yaacob

  31. orangPERAK says:

    Nasrul budak baek….
    Simpati…. SATU KETURUNAN TU… moga tidak patah semangat.. mudah2an dapat ke SBP/MRSM…

  32. hafiz says:

    Apa cerita ni!!!…sekarang dah ada 5a gemok dan 5a kurus…mcm2 alasan???..dah dpt bolehlah cakap!!!..kalau tak tentu menyalak….mcm aku nih!!!..biasalah manusia,,,,…lepas upsr haritu ,mcm2 taktik orang ,guna….siap pi baca doa kt kubur arwah ibu….tangkap gambar masuk paper…kta harapan arwah agar anak dia dpt sbp….mcm hal timbul…payah2 tutup sbp, buat sekolah harian,,,,habis cerita….semua orang tak berebut lagi….aman….jimat duit kerajaan/rakyat….

  33. ramurandesu says:

    Teman setuju gak ngan hafiz ni. Cikgu2 yg kat sbp tu di agih same rate ke sekolah harian biase. Baru tak berebut…semue pasrah n redho je

  34. hafiz says:

    T/kasih buat ramurandesu,yang sebenarnya,..sbp ni dah ketinggalan zaman…tutup aje…tukar kesekolah harian…aman…cikgu2 pun tak pening kepala….tak percaya tengok sekolah kt negara lain, ada sbp tak???..lagi satu buat dasar 1 sekolah….

  35. mama prihatin says:

    betul,betul hafiz.kalau SBP tu betul nak tlg org miskin lain la kan.ni anak2 menteri pun duk pulun masuk situ.la ni ada SBT pulak..lepas ni apa la lagi

  36. Khr.Mustaffa says:

    Alhamdulilah,

    Saya ada empat orang anak. Satu tingkatan lima di SBP/SBT dan satu lagi baru dapat MRSM .

    Pengamatan saya, dapat masuk MRSM kerana borang disi dengan teliti oleh ibubapa.
    Kemasukan ke SBP on line diisi oleh guru sekolah , dan bahagian kokorikulum diisi sambil lewa. Timbalan pengerusi diletaknya ahli biasa,wakil daerah diletaknya wakil sekolah.

    Cuba periksa balik borang on line yang disi oleh guru, semak kerana ada yang gagal kerana sikap guru yang tak kisah.

  37. Sarah says:

    jika keputusan sekolah berasrama penuh Ting 1 Ambilan kedua sudah keluar sila emailkan ke alamat ini untuk saya ketahui jika saya dapat masuk SBP ambilan kedua.

  38. Sarah says:

    ambilan kedua tu bila?untk tinkatan1 2010

  39. MRMS says:

    Keputusan online dah keluara dah. Alhamdulillah anak saya dapat Sekolah Menengah Sains Kuching. Boleh check semoga berjaya.

  40. orangPERAK says:

    MRMS..
    Tahniah untuk anak anda… orang Sarawak ke?

  41. MRMS says:

    Saya orang Perak. Anak tu duduk ngan nenek dia kat Kuching. Tapi dia tak nak SMS Kuching, dia nak sekolah agama (SMKA TUNAZ). So sesiapa yg minat SMS Kuching ada satu kerusi akan dikosongkan oleh anak saya. Boleh buat rayuan ke situ.

  42. nilam says:

    Pengambilan kedua Tingkatan 1 SBP 2010 telah diumumkan, sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 1 2010.

  43. kamarul says:

    Ambilan kedua sbp 2010 sudah boleh disemak di moe.gov.my
    di ruang pengambilan kedua tingkatan 1 sbp

  44. pnckalam says:

    ambilan ke 2 sbp ni 4feb sampai bla dibuka? Sampai 28Feb ke?

  45. mamanad says:

    semakan sbp tingkatan 1 ambilan ke2 sampai bila?

  46. PEACE says:

    ble kputusan e-rayuan ke sbp tingkatan 1 2010 nak kluar

  47. PEACE says:

    bler kputusan e-rayuan sbp tingkatan 1 2010 kluar

  48. emy_work says:

    susah laaa…. dapat 5A, duk kampung, gaji bapa cukup2 nak makan, kos harian ke sekolah tinggi, tapi tak dapat sbp. kesian anak sedara aku…. agaknya kene ada ‘kabel besar2′ dan ‘kuasa duit’ baru ble dapat…yang miskin terus miskin…yang kaya terus bermaharajalela…. cukup mengecewakan….

  49. izzati says:

    syed………..kou reda jrlah….aq yng pki kbel pown xleh….nk but mcmmaner…rzki xder…alaaa…yng psl tkng kbun 2,dye bleh coz gji tkng kbn kn bwh seribu…nie confirm mk bpak kou 2 orng kye….aq dh puaz ngis psl mrsm2…

  50. MOKTEH says:

    Saya ialah calon UPSR 2010 yang mendapat 5A. Saya berada di ranking 591 tidak mendapat apa-apa tawaran dari mana-mana SBP.Saya bersekolah di kawasan luar bandar dan menyertai pertandingan public speaking,pidato,story telling dan catur di peringkat daerah.
    Saya pernah mendapat tempat pertama di daerah saya belajar pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009. Saya sentiasa mendapat tempat pertama dari tahun satu hingga tahun enam.
    Saya berasa sangat kecewa kerana ada kawan-kawan saya yang mendapat tawaran SBP menolak tawaran itu sedangkan saya sentiasa berharap akan mendapat tawaran itu tidak diberikan.Saya juga pernah menghadiri kem STAR Negeri yang khusus untuk pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

    Dimanakah silap dan kurang saya?

  51. nilam says:

    Mokteh,
    Saya bersimpati dengan anda dan tidak pasti bagaimana sistem boleh terlepas pandang diri anda. Walaupun begitu jangan berputus asa pasti ada hikmahnya. Sebaliknya anda teruskan kecemerlangan tanpa mengira di mana pun anda belajar.

  52. zack says:

    soalan aptitude test tu macm mana? anak saya nak ambik upsr tahun ni

  53. resvini says:

    saya nak borang permohonan berasrama penuh 2010…..

  54. IzZa says:

    ermm..sy akn berusaha sedaya upaya sy ntok memberjayakan dri sy ntok msuk ke dlm sbp ni..
    wlaupon bnyk saingan..:(

  55. aniz says:

    cam ne nk taw kite dpt ke x msk ke sbp..

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives