Cadangan Imej Baru Tingkatan Enam

Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang untuk melaksanakan penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam seiring dengan sistem pendidikan prauniversiti lain seperti di Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi Sains.

Sistem pendidikan tingkatan enam yang baru telah dimulakan tahun ini melalui sistem pembelajaran tiga semester yang melibatkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi tempoh pengajian 1½ tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di Sistem Pentaksiran Baharu STPM.

Perubahan tambahan yang dicadangkan ini adalah dengan memisahkan pelajar tingkatan enam daripada pelajar tingkatan satu hingga lima di sekolah sedia ada untuk ditempatkan di pusat pengajian khas dan dididik oleh tenaga pengajar yang berbeza.

Imej Baru Tingkatan Enam

Cadangan penjenamaan semula sistem pendidikan tingkatan enam ini dengan matlamat untuk meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan tingkatan 6 agar sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti lain.

Pelajar tingkatan enam wajar ditempatkan di pusat pengajian khas kerana bilangan mereka kini bertaburan di seluruh negara belajar dalam satu atau dua kelas di sekolah tertentu. Pada tahun ini, ada 83,000 pelajar tingkatan enam dan 26,000 pelajar matrikulasi di seluruh negara.

Langkah memisahkan pelajar tingkatan enam dari sekolah biasa juga selaras kedudukan mereka sebagai pelajar prauniversiti. Pendapat ramai pada masa ini melihat pendidikan tingkatan enam kesinambungan daripada pendidikan tingkatan lima sedangkan mereka dalam kategori yang berbeza dan lebih matang daripada segi pemikiran.

Penjenamaan semula ini perlu untuk memperlihat tingkatan enam memang sebenarnya pendidikan prauniversiti yang setanding peringkat Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan Pusat Asasi Sains anjuran universiti awam tempatan.

Persepsi masyarakat sekarang ialah pendidikan di kolej matrikulasi lebih baik daripada di tingkatan enam, sedangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing masuk ke universiti awam adalah sama. Masyarakat tidak harus melihat pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya, pencapaian pelajar tingkatan enam lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi.

Sehubungan itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) harus juga melihat pendidikan tingkatan enam dengan mengambil  peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam 3 semestar antara pilihan terbaik untuk pendidikan prauniversiti.

Di samping itu Kementerian Pelajaran akan mengkaji mengenai kemungkinan pendidikan tingkatan enam dipendekkan enam bulan lebih awal supaya bersamaan tempoh pembelajaran di kolej matrikulasi.

Cadangan memberi imej baru kepada tingkatan enam ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN (ASED) ke-7 di Jogjakarta, Indonesia.

Diharap cadangan memisahkan pelajar tingkatan enam dari sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat pengajian khas untuk tingkatan enam, menggunakan pakaian berbeza, jadual waktu, guru tidak sama, kategori lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa) dan tempoh pembelajaran cuma setahun akan terlaksana dalam masa yang terdekat ini.

Sumber : BERNAMA

10 thoughts on “Cadangan Imej Baru Tingkatan Enam

  1. Semoga perubahan ini akan memberi lebih semangat kepada pelajar-pelajar tingkatan enam yang kini merasa tersisih..

  2. Selepas ini permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 akan lebih mendapat perhatian…

  3. Diharap perkara ini akan dilaksanakan secepat yang mungkin sebab tahun depan aku nak masuk STPM, hahaha. Pelajar-pelajar STPM memang berterabur. Paling aku tak suka kebanyakan sekolah tak ada sediakan asrama untuk kemasukan pelajar Tingkatan 6. Lagi satu, sempat ke nak habiskan silibus pelajaran dalam setahun macam Matrikulasi?

  4. cepat 3 pindah…

  5. Mohd Asnari says:

    In My opinion , why not government give a chance to all of students PREUNIVERSITY to practice their knowledge that their learn in STPM … kalau kita lihat , majoriti pusat2 pngajian menawarkan praktikal kepada kesemua pelajar2nya , dan kalau boleh kita lakukan juga untuk PRAUNIVERSITI . Ini kerana bukan hendak menunjuk-nunjuk ataupun meniru , tetapi sebaliknya .. Satu perkara yang dipelajari harus dipraktikkan , barulah menjadi sempurna …

  6. maybe only pra_universiti b0leh mempercepatkan para pelajar untuk melonjakkan diri ke menara gading..memang tepat apa yang dicadangkan oleh TPM..pra_university pusat pembelajaran bekaliber tinggi khususnya dalam bidang akademok

  7. Klau calon yg sblum ni ambil stpm terminal 2011 nk bwat ulangan ntuk tahun 2013 perlu ikut sistem baharu @ kekal pada sistem terminal?

  8. adakah sekarang perlu memohon untuk kemasukan ke tingkatan 6?
    kalau ya, kena pergi sekolah berkenaan ke untuk dapatkan borang permohonan?

  9. Saya baru sahaja menerima tawaran ke tingkatan 6 , jurusan yang ditawarkan adalah bidang kemanusiaan . Boleh ceritakan sedikit tentang maklumat sekiranya saya mengambil tawaran tersebut .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>