Semakan Keputusan PMR 2011

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2011 akan diumumkan di seluruh negara pada hari Khamis 22 Disember 2011 ini. Mereka yang menduduki PMR 2011 boleh memperolehi keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut. Di samping itu keputusan PMR 2011 boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pada tahun ini seramai 481,292 pelajar berbanding tahun lepas 479,675 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan PMR. Peperiksaan bertulis PMR 2011 telah dijalankan pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011 yang lalu di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sementara itu Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 22 Disember 2011 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Selepas keputusan PMR 2011 diumumkan mereka yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional/Teknik (SMV/SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan mengetahui keputusan permohonan mereka. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Lepasan UPSR, PMR, SPM 2011 untuk maklumat lanjut.

24 thoughts on “Semakan Keputusan PMR 2011

  1. [...] keputusan PMR 2011 ini boleh dibuat mulai pukul 10.00 pagi melalui sekolah calon dan perkhidmatan [...]

  2. nur ezreen natasha bt.mohd zulkeflee says:

    saya ingin menyemak keputusan pmr 2011

  3. doakan saya mendapat straight A's dlm PMR . . usaha + doa+tawakal .insyaallah . amin .

  4. farah aryue says:

    macam mane nie ? dah banyak kali cari dekat internet . tak jumpe pun . saya sekarang berade di kuala lumpur . nak balik kelantan lambat lagi . ade masalah sikit . saye cube semak melalui sms . pun tak dapat . tolong lah . saye nak tahu sangat keputusan saye . thank you !

  5. sya tidak berpuas hati dengan keputusan pmr saya untuk sub. b.ing. bagaimanaah cara untuk membuat rayuan semakan semula untuk paper tersebut, tolong bantu saya.

  6. salam . . selepas dah dapat kepetusan sebenar PMR masih boleh lagi ker memohon sekolah lain ? sebab bila ingin nak buat permohonan semuanya dah tamat tempoh permohonan . tolong lah sebab saye ingin memohon mana2 sekolah .

  7. saya telah membuat semakan keputusan melalui sms , bilakah saya akan dapat keputusan saya?

  8. bagaimana hendak memohon untuk masuk ke sekolah pengajian agama berasrama penuh memandangkan tarikh permohonan ke SBP telah ditutup sebelum keputusan PMR diumumkan?

  9. saya dh check kputusan sy . alhamdullilah . ada a . hr tu saya ada memohon sekolah SMV .sy nk thu mcm mane nk semak keputusan kemasukan ke SMV . sma ada sy d trima atau x . tlg bntu sy .

  10. syaidatul ainis says:

    kenape sye minta SMV sg ptani 2 x dpt??diorang pilih budak ke??tensi0n gler..sye nk sgt g skola 2..sbb saye cenderung dalam bidang yang saye minta 2..dalam akademik saye kurang ckit la..cam ne nk buat rayuan kt skola 2..mlalui online boleh x??

  11. bagaimana nak mohon smv…..walaupun terlambat.

    • skrg ni susah sikit sebab keputusan permohonan sudah diumumkan dan ada smv.smt yg telah juga umumkan keputusan rayuan tapi cuba pergi ke smv yg ingin dipohon bertanya jika mrk masih ada kekosongan

  12. cam aner na mohon smt.,walaupon da late…

  13. Dear e-putra. Would be grateful if you could help me to get hold of Borang Semakan Semula Keputusan PMR 2012 for my daughter. Tq

  14. amirul rahim says:

    saya pnya hilang keputusan pmr kalau saya tak ada pmr tak boleh ambil pmr saya nk keputusan pmr boleh tak…..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>