Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Ambilan 2013

Pelajar UPSR 2012 yang ada membuat permohonan ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri sudah boleh membuat semakan keputusan permohonan.

Sekolah Kawalan & Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Semakan tawaran ke Tingkatan 1 ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)) Ambilan Januari 2013 bagi pelajar Tahun 6 2012  boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Semakan Sekolah Kawalan & SMKA

Sekolah Kawalan

  • Secara online di http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan.
  • Secara SMS dengan menaip MOE KWL Angka Giliran UPSR (contoh: MOE SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888
  • Semakan ini tidak termasuk sekolah di negeri Perak.

Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama

Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri;

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan tawaran ke Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan.

7 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Ambilan 2013

  1. kalau anak saya membuat rayuan ke sekolah kawalan secara manual…… bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat sama ada permohonan anak saya diterima @pun tidak…….?

  2. anyone…macam mana nak buat rayuan untuk ke sekolah kawalan tingkatan 1 013?

  3. Anak saya dapat 4A1B semua sekolah minta tak dapat…sebagai bapa sedih tengok bila anak menitiskan air mata….sbb dia minat sangat sek. Sains.Hanya Allah yg menentukan..

    • Anak saya dapat 4A1B,semua sekolah minta tak dapat…sebagai bapa sedih tengok anak menitiskan air mata melihat kawan2 telah melaporkan diri di Sek.Sains.Dia minat sangat Sains…Untuk anakku maafkan ayahanda ..ayahanda tak mampu…Semua yg berlaku dlm hidup Allah telah tentukan ..

  4. Saya dari MRSM, nak tukar ke sekolah kawalan semula . Adakah boleh ?

  5. Bilakah keputusan sekolah kawalan 2013 dikeluarkan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>