Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2008/2009

TERKINI : Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009/2010

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/2009 sudah boleh disemak melalui saluran hebahan yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi bermula hari ini 14 Julai 2008 (selepas pukul 12:00 tengahari).

Keputusan permohonan rayuan ini hanya tertakluk kepada Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf dan STPM atau setaraf yang boleh disemak melalui melalui beberapa cara berikut:

Tarikh pendaftaran untuk pemohon yang berjaya akan ditetapkan oleh pihak IPTA yang berkenaan. Mereka yang berjaya ini perlu mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA tersebut. Surat tawaran ini perlu dibawa sebagai dokumen rujukan ketika proses pendaftaran.

Semua urusan permohonan dan rayuan ke IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan menggunapakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Oleh itu para pemohon adalah diingatkan supaya tdak berurusan dengan pihak lain dalam kes rayuan kerana pihak kementerian tidak pernah melantik mana-mana agen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapat tempat di IPTA.

Keputusan rayuan ini adalah muktamad dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai, maka rayuan dianggap gagal.

Related posts:

  1. Permohonan Rayuan Ke IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  2. Keputusan Rayuan Ke IPTA Fasa 1 SPM Sesi 2008
  3. Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf
  4. Keputusan Kemasukan IPTA 2008
  5. Pelajar Baru IPTA Sesi 2008/2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , , ,
Read 485 articles by

6 Comments

  1. pemudabelia says:

    Saudara, bolehkan saudara beritahu IPTA mana yang ada menawarkan pengambilan semester ke-2?

  2. nilam says:

    pemudabelia,
    Maklumat berkenaannya akan dihebahkan di sini bila IPTA mengeluarkan iklannya

  3. hilmiz says:

    saya nak tanye ah..
    kalo kita buat rayuan..
    tp keputusan muet kita x kuar lagi ..
    agak2 boleh die terima ke..
    sebab kursus yg saya pohon di uum hanya memerlukan saya menduduki peperiksaan muet..
    cam ne tue?
    harap ah awk dapat bantu

  4. nilam says:

    Hilmiz,
    Boleh tapi anda beri bukti yang anda telah menduduki MUET dan sedang menunggu keputusannya.

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives