Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009

TERKINI :

Permohonan kemasukan ke kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pengambilan sesi 2009/2010 untuk bakal lepasan SPM 2008 telah pun dibuka mulai 1 Julai 2008.

Kolej Matrikulasi PahangProgram Matrikulasi ini hanya terbuka kepada semua pelajar bumiputera warganegara Malaysia. Manakala pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan boleh juga memohon.

Pemohon juga mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2009 untuk layak memohon.

Bagi pelajar yang berminat memasuki kolej matrikulasi mereka perlulah mengambil satu daripada pakej matapelajaran dalam peperiksaan SPM tahun 2008 iaitu Pakej Matrikulasi Sains atau Pakej Matrikulasi Perakaunan.

Bagi mengikuti Matrikulasi Sains pelajar perlu mengambil matapelajaran berikut;

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN
  • Fizik atau Biologi

Bagi mengikuti Matrikulasi Perakaunan pelajar perlu mengambil matapelajaran berikut;

  • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan DAN
  • Mana-mana dua matapelajaran berikut;
    Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ mata pelajaran teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan).

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Sains ialah seperti berikut :

  • 6C Bahasa Melayu
  • 6C Bahasa Inggeris
  • 4B Matematik
  • 6C Matematik Tambahan
  • 6C Kimia
  • 6C Fizik ATAU Biologi

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Perakaunan ialah seperti berikut :

  • 6C Bahasa Melayu
  • 6C Bahasa Inggeris
  • 6C Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Kimia
  • 6C Mana-mana dua matapelajaran berikut;
    Prinsip Perakaunan
    Ekonomi Asas
    Perdagangan
    Sains
    Sains Tambahan
    Fizik
    Kimia
    Biologi
    Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Permohonan bagi program Matrikulasi boleh dibuat melalui internet di Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi KPM Sesi 2009/2010. Sebelum mengisi borang permohonan pelajar perlulah mendapatkan Nombor Pengenalan Individu.

Nombor Pengenalan Individu ini boleh diperolehi samada melalui sekolah atau mendapatkan sendiri melalui ATM Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM6.00.

Tarikh tutup permohonan adalah 10 Oktober 2008.

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2008
  2. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Kolej Matrikulasi Perlu Dimantapkan
  4. Penajaan Tambahan Pelajar Lepasan SPM 2007
  5. SPM 2007

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 483 articles by

207 Comments

  1. hanna says:

    broNTokvirusTerminate,
    sye rase kn sbb bi awk
    awk xdpt trma..
    syrt kelykan bi msti 6c..
    btul ke nilam.??h

  2. nilam says:

    Hanna,
    Memang betul syarat minimun 6C tetapi ada seorang kawan pembaca di sini yang tidak mendapat 6C untuk Fizik tetapi dapat tawaran Sains Fizikal.

  3. zika says:

    best ek dpat matrik?

  4. atiqah says:

    salam…
    lau x bwat semakn 2k kali yg ke-2, x pa2 ka ?

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives