TERKINI : Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2010
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2009 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2010. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
- Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
- Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
- Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
- Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
- Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.
Pemilihan
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4.
- Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau katalaluan.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
- Pemohon perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
- Permohonan Ke Tingkatan 4,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
- Permohonan Ke Tingkatan 4,
- Cara memohon nombor pin atau katalaluan;
- Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009 dengan percuma.
- Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.
Maklumat
- Borang permohonan online boleh didapati di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4.
- Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03-26903765.
- Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
Tarikh Tutup
Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2009.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



bilakah keputusan kemasukan ke mrsm 2010 akan kluar??
mcm mna nak buat rayuan jika hari tu xsmpt nak nak daftar???
adakah pelajar yang mendapat markah yang rendah ukkm masih mempunyai peluang untuk belajar di mrsm
assalamualaikum…
kelayakan pelajar untuk masuk ke mrsm dinilai dari segi ape selain kputusan yang cmerlang dlm pmr??..
Khaleeda dan Zahra Al-Attas,
Salam… Maklumat mengenai perkara ini ada dinyatakan di laman web MARA di bahagian Soalan Lazim – Kuota. Walaupun begitu ada juga yang memberitahu mereka pernah mendapat kedua-dua tawaran. Perkara yang terbaik adalah dengan dapatkan pengesahan dengan pihak MARA terutama mereka yang mendapat tawaran ke SBP tetapi lebih minat ke MRSM.
Random,
Anda dinasihatkan menghubungi terus MRSM asal anda atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3392/3765.
Syamil,
Semakan semula keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan. Oleh itu anda telah terlewat untuk membuat semakan. Risiko yang diambil adalah keputusan semakan semula akan diguna sebagai keputusan muktamad walaupun ia lebih rendah daripda keputusan asal.
Syinjie,
Satu maklumat yang baik untuk pembaca lain, anda membuat permohonan pada tahun bila?
Bahasa,
Memang benar, ada segelintir pembaca yang memberi komen dengan menggunakan slanga.
Nisa, FaSha, Dak Blurr dan eMo gUrLz,
Salam… Biasanya pada minggu pertama bulan Februari.
Izzati,
Salam… Peluang itu memang ada.
Liaa dan Pelajar Cemerlang,
Salam… Permohonan ke SBP dan Teknik tidak berkaitan dan tidak mempengaruhi antara satu sama lain.
Keputusan permohonan ke SMT telah diumumkan sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.
Polian1004,
Sepatutnya sama dengan sekolah2 lain. Memang benar SMS Seri Puteri adalah sekolah pelajar perempuan sahaja. Laman web mereka adalah http://seriputeri.edu.my/.
ShacAZ47,
Salam… Semakan boleh dbuat secara online di pautan yang akan dinyatakan di laman web MARA. Keputusan dijangka akan diumumkan pada awal Februari nanti. Biasanya ada 3 kali pengambilan iaitu di antara bulan Februari sehingga April. Tarikh kemasukan biasanya seminggu selepas keputusan diumumkan.
Zahra Al-Attas,
Salam… Pada kebiasaannya memang tidak boleh tukar ke SBP lain melainkan atas alasan kesihatan atau anda mempunyai saudara kembar di SBP tersebut.
Syaheera,
Peluang anda akan sikit terjejas kerana tidak mendapat 8A tetapi masih ada harapan. Andaikata gagal mendapat tawaran anda boleh membuat rayuan. Pautan ke laman web MRSM ada dinyatakan di atas.
Lalalu,
Benar.
Ingin Tahu,
Biasanya pada awal bulan Februari. Tiada permohonan baru yang diterima sekarang.
Zulqi,
Peluang anda tidak sebaik mereka yang mendapat markah yang tinggi.
Miss Polka Addict,
Salam… Sila rujuk penjelasan di Soalan Lazim.
adakah pelajar 8a pergi ke mrsm utk pengambilan pertama atau pergi mengikut keputusan ukkm??
tahniah kpada sume candidate yg dpt keputusan yang cemerlang lam pmr09..harap2 kte sume berjaya dimasukkan ke mrsm masimg2….gud luck..pray 4 me 2..
x phm lala
mrsm organize bnde nih
aduh
wt owg debar
semakan bleh dibuat pada 1 FEB nih…
Gud luck.. ^^
Ana,
Berdasarkan merit keseluruhan iaitu termasuklah keputusan peperiksaan dan keputusan UKKM.
Nadd,
Ya insyaAllah, semoga anda akan berjaya.
Hehe,
Ya dijadualkan pada 1 Februari nanti, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2010.
cmne nk wt rayuan??
ade e-rayuan x??
plizz2!!
agak sedih jdi pompam..
kne keje lebih2 keras banding laki2..
kuota dorg xstraight a pon leh dpt..
huh!!
boleh ke kalau baru nk memohon sekarang?
yeh!!!!alhamdulillah….aq dpt mrsm kat felda trolak,perak……wlopown jauh dr umah..,tp x pe r….
klu nk wt rayuan mrsm nk online je ke or hntr surat?
mne lbey bgos?
Assalamualaikum,
Saya telah membuat rayuan untuk kemasukan ke MRSM.
Bilakah keputusan rayuan tersebut akan dikeluarkan?Saya sangat berharap agar diberi peluang untuk belajar di MRSM.Saya juga telah mendapat 9A dalam ujian PMR yang lalu…walaubagaimanapun,saya berharap pihak tuan dapat menerima rayuan saya…assalamualaikum..
hi,
bolehkah saya memohon sekarang untuk MRSM.
하피사 사랑 기광 , Sol dan Rakunatha,
Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2010 telah pun ditutup. Biasanya selepas tarikh tutup tiada permohonan baru yang akan diterima. Walaupun begitu mereka yang ada memohon tetapi tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan, sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA
Lalalu,
Rayuan melalui laman web telah tiada, oleh itu hanya melalui surat rayuan.
Ira,
Salam… Pada kebiasaannya ada tiga pengambilan bagi MRSM dan ambilan yang kedua biasanya dalam bulan Mac. Banyakkan berdoa, insyaAllah anda akan mendapat tawaran.
salam nilam,
sy nk ty. bila lak intake baru MRSM tahun nih?
Salam En. Nilam. Saya nak tanya berkenaan dengan keputusan rayuan kali ketiga kemasukan ke MRSM. Bila agaknya boleh buat semakan?
assalamualaikum..hai,sy skrang form 3 d sm all saints,kota knabalu,sbh…sy ingin memohon msk ke mrsm..stakat ni kputusan exam agak memuaskan..tp,sy tkt kalau2 sy xdpt lkukan yg trbaik nti smsa pmr….hrp2 sy dpt pluang ke mrsm..sy ingin mntk pndapt anda utk msk ke mrsm yg trbaik d malaysia..bleh kan?
Salam…. insyaAllah boleh. Pastikan anda membuat permohonan bila dibuka dalam bulan September nanti.
assalamualaikom,,,erm nie nk tye…
cm mne plak klau math n sn dpat B??????
salam….bagaimana nak mohon untuk mengajar di situ?saya ader degree dalam pengajian islam..tlg jawab soalan saya..saya berminat dalam pendidikan….
salam,
saya student SMK DESA KENCANA,budak tingkatan 3,sekolah bahagian pendalam.disini saya ingin menanyakan satu soalan.kalau kawasan pendalaman berapa keputusan PMR yang diterima setakat ini?saya harap kepada ahli MRSM dapat membantu saya.
salam.
salam,
saya harap ada yang dapat memahami kehendak soalan saya.
salam.
borang kemasukan u 2011 nyer bile ek?!…
salam,ok,terima kasih atas jawapan yang anda berikan.salam.
sye dapt 5a 3b dalam trial pmr..a sye mt n sn…agk2 bolh x msok mrsm???
Bergantung kepada syarat minimum yang akan ditetapkan oleh pihak MARA.
sy keliru, kalau nak buat permohonan, adakah mereka menggunakan keputusan semester 1 / percubaan pmr???? macam mana pulak kalau science dpt b, tp math a dlm trial ?
bila borang untuk ..mrsm tahun 2011 akan keluar
macam mana kalau mohon dua2 sbp ngan mrsm ? boleh ke macam ni? ada effect apa2 tak nanti semasa proses pemilihan ?