Keputusan permohonan rayuan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 boleh disemak mulai 17 November 2009.
Semakan keputusan permohonan rayuan ini boleh dibuat di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Rayuan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2009/2010. Semakan juga boleh dibuat melalui sms, caranya taip JPA PIDN No.KP (Contoh: JPA PIDN 900701085984) dan hantar kepada 15888.
Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan di laman web JPA sebelum 24 November 2009.
Surat tawaran dan dokumen perjanjian bagi pelajar yang berjaya rayuan akan diedarkan ke rumah pelajar mulai 19 November 2009. Pelajar dikehendaki mengisi Lampiran B (Surat Penerimaan/ Penolakan Biasiswa Persekutuan) sebanyak 2 salinan dan mengembalikan kedua-dua salinan ke JPA selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 November 2009 melalui pos atau faks ke 03 8881 0745.
Pelajar yang berjaya rayuan juga dikehendaki menyempurnakan 3 set dokumen perjanjian dan mengembalikan ketiga-tiga set dokumen perjanjian tersebut ke JPA sebelum atau pada 2 Disember 2009. Sila rujuk Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian Biasiswa Persekutuan bagi Pelajar Sesi 2009/2010.
Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors








alhamdullillah..setelah menghantar e-mail kepadaJPA,pihak JPA memaklumkan yang sy boleh menyemak akaun bank islam mulai 18/11/2009…kerana bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun….