Keputusan UPSR 2012

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan diumumkan pada hari Isnin 19 November 2012 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2012 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut. Keputusan UPSR mungkin boleh juga disemak dengan menggunakan perkhidmatan SMS seperti tahun lepas.

Seramai 517,139 pelajar Tahun 6 berbanding tahun lepas 497,691 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2012 telah dijalankan pada 11 – 13 September 2012 yang lalu di 8,284 pusat peperiksaan.

Keputusan UPSR 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2013 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 19 November 2012 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon-calon dengan keputusan UPSR 2012 yang cemerlang boleh cuba memohon memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Asrama Harian atau Sekolah Agama Menengah (SAM).

Calon-calon dari negeri Selangor juga boleh memohon program khas Yayasan Selangor bersama Kementerian Pelajaran, sila rujuk Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.

Sementara itu permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan telah pun ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Tingkatan 1 2013.

66 thoughts on “Keputusan UPSR 2012

  1. Kenapa ditangguh. Kes soalan bocor ke. ? Sebagai guru, haruslah bersikap amanah. Kalau dah satu sekolah semua murid jawap dan tulis dengan senada , mesti lah menimbulkan syak wasangka. Nak tolong pun, tolong lah satu dua kelas. Ini tak, kelas yang corot pun boleh score A? Nak kata cikgu yg bocor kan soalan tu bijak…hmmmm…..x pulak. Menonjolkan kebodohan sendiri.

    • Tiap2 thn sekolah di trg dpt soalan bocor. No wonder tiap2 thn the best. Heran jugak..kat sni bersepah bdk pandai. X kan tak leh celen anak trg? Apala gunanya ranking bagus tp menipu..kesian bdk2 yg lbh layak ke sklh2 men bagus dinafikan hak

      • buletinutama says:

        betol setuju sgt..kalo betul lah anak terengganu ramai sgt yang bijak pandai tiap2 tahun ramai dapt 5a..kenapa peringkat universiti jarang kita tengok anak terengganu yg bijak pandai..ni mesti kes soalan bocor cikgu terengganu ni..korang pandai yer nak tiap2 thn naik ranking..

        • kalau betol cikgu2 trg menipu buat ape bce yasin, solat dhuha n solat hajat… kan Allah dah janji siape yg berusaha dia yg dpt… berusaha juge bknnye membaca, membuat ulngkaji je.. solat, doa n bce ayt Quran pom boleh berjaya.. jgn ckp ikut mulut je… fikirlah dulu…

      • saye pn dpt 5A mase upsr dlu jgn ckp ikut sdp mulut je,,dh mmg trganu byk buat program untuk upsr..

        • AnakJati KElantan says:

          Salah satu program cara menjawap soalan bocor. Kekadang ada pelajar yg tak sedar…ingatkan guru yg buat ramalan tu spot-on…..tetapi sebenarnya dah tau dari awal lagi kertas yg bakal dikeluarkan. Biasa lah…mana ada yg mengaku tak betul. Macam -2 alasan diberi…..

      • Mentang2 negeri terengganu terbaik

    • Sharifah afiqah aina says:

      Btol .. Skolah kebangsaan bukit tinggi, kepala batas,kedah.. Telah mmberitahu jwapan bahasa english kpd smua murid tawon 6 skolah trsbut..

  2. Alorh! ingtkan esok. T.T Mujur… Phew! Kalo dh esok result keluor! Sepatutnya, den dh terjun doe dri pokok kelapa. :DD

  3. guru cemerlang ori says:

    Hari ni ada beberapa sekolah terpaksa menduduki semula kertas Sains dan BI. Kesian….Guru sepatutnya megingatkan pelajar bahawa menipu ketika menduduki peperiksaan adalah umpama menipu diri sendiri…ini tak…diajak bersubahat….kononnya nak naik kan nama sekolah..sekarang ni..siapa yg dapat malu.???

    • seronok la budak yang dr sekolah cikgu bocor soalan tu.kelas corot pun leh masuk mrsm dan sbp..patut la sekarang lepasan sbp/mrsm ada yang gagal dalam hidup..

  4. Hari ini ketika Majlis anugerah cemerlang murid-2 sekolah rendah, pegawai Kementrian cuba cover up mengatakan penangguhan keputusan upsr disebabkan masalah teknikal. Gurubesar dan guru-2 tersenyum simpul sebab punca sebenar semua dah tahu. Yg kena duduk semula kertas upsr tu….selamat berjaya. Kepada guru yg kantoi tu ..pun…berusaha lah dgn lebih gigih lagi utk naikkan nama sekolah…dengan cara yang betul.

  5. Sesiapa yang ada maklumat mengenai sekolah mana yang terlibat dalam skandal soalan bocor ini…harus didedahkan untuk dijadikan pengajaran supaya tidak berulang perkara yang memalukan ini.

  6. Esok result UPSR keluar kan… berdebar je rasa maklumlah anak sulong yg ambil exam…

  7. harap-haraplah anak sulung saya mendapat keputusan 5A…..aminnnnnnn

  8. bergetar jantung mcm nak tercabut

  9. kat sekolah kebangsaan Tok Jiring Guru Besar siap bagi arahan kat cikgu-cikgu supaya buat kelas malam bila GB dapat soalan bocor.

    • sebab guru besar tu nak dapat gelaran gurubesar "Cemerlang"……tapi melalui cara pintu "belakang"

    • tidak bernama says:

      Guru besar macam ni sepatutnya dibersarakan awal. Bukan salah guru-guru lain. Semua guru dah faham benar akan perangai guru besar macam ni.

  10. salam…ari ni result UPSR kuar…so pag2 lg aku da bgun maklum la ank ke2 aku akn dpt tau result upsr nye ari nie…sebagai ibu mmg ak berdebar2…..x sabar nk tau….berape A agak…..hehehe2

  11. ameer_bdxnakal says:

    AMEER LOVE UMI BALQIS AMIRUDDIN LOVE BALQIS and NATASYA

    HAMZI LOVE ATIKAH

    FARHAN LOVE AINIE FITRIAH

    SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN KUKUP,PONTIAN,JOHOR 82300

  12. HARAP HARAP LA DAPAT 5A

  13. UPSR is important….and do it …….goodbye…..semoga anak anda semua dpat keputusan UPSR yg mengembirakan hati ibu bapa mereka…..saya harap anak anda mendapat dan mencapai markah UPSR sebanyak 5A….

  14. Guru yg pernah mengajar di trh mengaku setiap thn dpt soalan bocor. Siapa yg membocorkannya.. Sudah tiada yg amanahkah dlm negara ni. Kasihan budak2 lain dinafikan hak… Banggakah dgn result palsu

  15. Ankku dpt 4A 1B. Yg B tu ialah BM kertas 1. x tau nak kata apa.

    • Kalau duduk kat trengganu, peluang dapat 5A tinggi. Berhijrah gi sana, x pandai pun leh dpt result best. Tapi muka kena tebal skit, klau dpt soalan bocor dan orang lain dpt tahu, buat selamba je.

  16. alham dulillah anak aku dapat 4a 1c.yang c 2 dah tentu BI, tapi tak pa la, masa percubaan hanya dapat 1a 4b. taniah anak ku

  17. anda rse kerajaan trg bnyk x abis duit untk pelajar2 n buat ape??setiap pgi bce yasin ,, smbhyg hjt,,,,smbhyg dhuha tpi negeri2 lain??x tau nk kte ape larr!!!!!

    • Calun sbp ori says:

      Trenganu banyak duit royalti minyak. Bilion-2. Gunakan skit utk beli kertas soalan upsr, plajar jawap pun senang, skolah pun suka. Negeri pun bangga……janji semua happy. Kan….kan….

      • najib razak says:

        saya setuju sgt tak patut la mcm ni..yg masuk sekolah berasrama penuh dgn mrsm tak kan yang dapat soalan bocor ni kot..kecian kat yang betul2 berusaha..kerajaan terengganu tak patut la mcam ni..patut la ranking pertama jer dlm exam upsr ke pmr ke spm..tipo rupanya

  18. Anak ku dpt 4a je,terkilan juga percubaan dpt 5a.apapn tahniah kepd era n tq pada cikgu2 mahkotasari gerik perak

  19. Ada desas-desus mengatakan….disebabkan soalan bocor keatas kertas Sains dan BI, peratus kelulusan untuk grade A telah dinaikkan dari 80% ke 85%. Ini mungkin menjadi punca kebanyakan pelajar mendapat B untuk kertas-2 ini.
    Kalau betul….terimakasih banyak-2 kepada yang terlibat dalam isu soalan bocor tu…. geramnyaaaaaa sebab dapat 4A 1B.

    • saya seorg pengawas upsr 2012 di SK. kertas BI a-z sudah bocor. hampir semua pelajr dikuarantin. RO GB PPD semua turun. calon mengisi borang meniru. dan apabila saya menanya RO, dia berkata "cikgu kita tutup sahaja kes ini, kalau tidak satu negeri kena berulang dan malu bagi negeri tersebut" tiada tindakan diambil…

  20. S@ye F!ffy.. says:

    tak adil!!!! nasib baek saye telah diubati dgn keputusan 5A…

  21. saya sngt brsyukr krana mendpt 5A dlm UPSR…tahniah kpada org laen yg juga berjya mendpt keputusn yg CEMERLANG..

  22. Anak saya selalu top dalam mata pelajaran Sains tapi disebabkan orang orang Bodoh yang membocorkan soalan maka naiklah peratus kelulusan untuk matapelajaran tersebut dan dia mendapat 4A 1B. Adakah tindakan tegas diambil untuk orang orang yg bocorkan soalan atau seperti biasa atitude TIDAK APA ….

    macam ini macam mana untuk mencapai wawasan 2020 kalau atitude sama je.

    • kalau anak didi selalu top dalam subjek sains, kenapa tak dapat A?jangan hanya nak salahkan orang lain..

    • Tak cuba guna talian hayat ke…? Ada kenalan VIP..dato-2, pegawai-2 …kalau ada, masih ada peluang utk masuk sekolah elit. Manalah tahu …rezki……

  23. Anak sy dpt 3A 2B, Yg. B tu Sains dan BM penulisan. Tak Tau la nak kata ape, tapi Alhamdulillah…

    • Anak sy pn 4a 1b bi b x puas ati katenya nk buat semakan semula bi selalu top dlm kelasnya tp xpe terima saje yg allah tetapkan

  24. Alhamdulillah, anak saya dapat 5A dengan hasil usahanya sendiri tanpa soalan bocor. Syukur….

  25. sk sri tanjung papat satu

  26. Slm. Siapa ada anak pernah hadir interview masuk Thn 1 MOZAC & MRSM? Kalau blh mohon kongsi tips persediaan2 yg perlu

  27. xpe.. saye dlu UPSR 1A.. PMR xde A.. SPM 1A.. berkat usaha saya ingin belajar.. sekarang sye umur 21.. mengambil First Degree Dekat UKM.. Amin… walaupun dlu result xsebagus nk dibanggakan..

    • Graduan tulen says:

      result buruk cam tu pun leh masuk UKM????? patutlah ranking U kat malaysia jatuh menjunam. Ni mesti guna kabel besar mohon masuk U. Patutlah graduan skarang x-de kualiti…. ramai kompeni antarabangsa pun x nak ambil.
      Harap-2 IPTA masa depan tapis calon-2 dgn tegas….kalau asyik ikut telunjuk orang yg guna kabel…nama baik sendiri juak yg tercemar.

    • tak berlagak says:

      UKM patut menubuhkan suruhanjaya bebas utk menyiasat bagaimana mamat ni dapat enroll UKM dgn keputusan ciputnya. Yg SPM dapat 6A atau 7A nak masuk IPTA pun bukan main susah…

      Kalau enrol sebab bapak kau kaya…takyah lah berlagak. Tang-2 lepas graduate..keje kat company bapak sendiri. Lagi pun…first degree….ingatkan …1st class degree.

    • nothing impossible says:

      tahniah usahe anda, 😀 yang mengomen tu tau citer sebenar ye? ohh yelakan, semua org same katekan. termasuklah kamu 😀 dude, result SPM tgl kenangan dah lepas masuk U.

  28. Alhamdulillah, anak sulung saya dah attended interview kat MOZAC koata Pengetua 20%. Ikut taklimat tadi yg mintak MOZAC 2,000+murid. Setelah ditapis drp jumlah tersebut yg dpt 5A 700+murid je. Shortlisted utk interview tadi 127 murid (50+ murid lelaki & selebihnya perempuan) utk koata 24 kekosongan je! Pengambilan tingkatan satu MOZAC 120+ murid je dimana 80% kemasukan Bhg SBP yg tentukan. Ish, tak tau la cmna, tawakkal je la, yg penting dah usaha. Cuma tadi anak saya bgtau ada beberapa murid2 yg outstanding cakap fluent english + terserlah ciri2 kepimpinannya. Bagus la ada bakal2 pemimpin Melayu coz koata Pengetua 20% mmg utk murid2 yg memiliki ciri2 kepimpinan yg berwibawa.

  29. akhirnya sya lulus jx….hahahahhah…

  30. Rahman Syahputra says:

    dapatpun 3A

  31. dennishawati says:

    hihihi knapa nie

  32. semakan semula bila kuar..lmbt bebenor

  33. result semak semula upsr lmbt bbnor

  34. cek semua balik nanti yang ada selam macam mana.

  35. debar….debar nk priksa tahun niey 2013

  36. puteri intan says:

    semoga berjaya kpada sesiape yg ambk upsr thun nie

  37. Muhammad Fauan says:

    HRAP2 LA SAYA DPT 5 A

  38. insyallah dapat 5A .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.