Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi Jun/Julai perlu dibuat secara dalam talian melalui UPU. Semasa membuat permohonan di bahagian Pilihan Program Mengikut Keutamaan hanya kod kursus dan nama kursus sahaja yang dinyatakan, nama universiti tiada.
Sebenarnya huruf pertama di kod kursus itu adalah kod universiti. Bagi memudahkan rujukan berikut adalah kod universiti tersebut;
Kod | Universiti | |
A | UPSI | |
B | UTHM | |
C | UTEM | |
D | UDM | |
E | UiTM | |
G | UMT | |
H | UMS | |
J | UMP | |
K | UKM | |
L | UMK | |
M | UM | |
P | UPM | |
Q | USIM | |
R | UNIMAP | |
S | USM | |
T | UTM | |
U | UUM | |
W | UNIMAS | |
Y | UIAM | |
Z | UPNM |
Maklumat yang lebih terperinci termasuk latar belakang IPTA, senarai program yang ditawarkan, syarat khas setiap program dan kod kursus mengikut program pengajian lepasan SPM, STPM dan Diploma Pendidkan boleh didapati di laman web e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.
untuk pengetahuan nilam dan kawan-kawan spm 2009 yang lain, selain kerajaan jepun, kerajaan china juga ada menawarkan biasiswa untuk belajar di taiwan. saya berasa terpanggil untuk memaklumkan perkara ini sebagai perhatian kawan-kawan bukan bumiputera khususnya kaum cina kerana biasiswa ini memberi kelebihan kepada pelajar yang boleh bertutur bahasa mandarin.
maklumat lanjut:
http://www.biasiswascholarship.com/2010/03/taiwan-scholarship-2010.html
jika perlu, nilam boleh post kan tentang perkara ini
Khairul,
Terima kasih dengan maklumat tersebut dan ePutra memang ada sebut mengenainya juga. Sila rujuk di Biasiswa.
assalamualaikum..
saya nak tau ape kelebihan dan kekurangannya jika masuk terus ke universiti tanpa mengambil stam atau stpm dulu dlm apa shja bidang?
aslmkum..sya bekas lepasan stpm..dan skunk sdg menunggu keputusan…cikgu sya ckap klebihan bgi plajar yg m'gmbil stpm sblm msuk u,iaitu slpas m'dpt tawaran ke mna2 u..plajar lpsan stpm hnya akn m'gulang kmbali apa yg tlah dpelajari d skolh smsa di tngkatan 6..contohnya,sekiranya anda m'ambil subjek b.melayu smasa d tingkatan 6..dan m'dapat jurusan sbjek b.melayu d u..anda hnya akn blajar kmbali sbjek t'sebut shja..hal ini b'mksud anda sudah tahu pa yg harus dpelajari d u nnti..hrap dpt m'bntu..^_^
salam..nk tny kalau sy mhon uthm jrusan tknologi mklumat,tetapi xlyak..adkah sy akn dpt twran dri u lain..cnth ny udm..sbb syrat klyakan di udm sy lepas..