42 Comments

roti Said,
May 23rd, 2009 @11:48 am  

adekah kemasukan utk universiti2 yg dianggap top seperti UKM,UM,UPM memerlukan PNGK yg tinggi contohnye 3+ ?? wlaupon ade kos2 yg ditawarkn di universiti tersebut mletakkn PNGK bg sstgh subjek skrg2nye 2.00??

nilam Said,
May 25th, 2009 @7:51 am  

Roti,
Memang benar kerana syarat yang diletakkan itu adalah kelayakan minimum. Memandangkan ramai yang memohon sudah tentu mereka yang mempunyai keputusan yang lebih baik akan ada peluang yang lebih tinggi untuk terpilih.

roxy Said,
May 25th, 2009 @10:57 am  

Saya dpt 3.8 akaun matrix. layakah saya memohon architech course?
ni course yang saya minat. masa spm tak ambil pula pendidikan seni. but i’m talented in drawing

nilam Said,
May 26th, 2009 @9:24 am  

Roxy,
Anda memang layak, sila rujuk laman web UPU di Syarat Khas untuk mengetahui kelayakan setiap universiti yang berlainan.

dea Said,
May 29th, 2009 @12:08 pm  

saya pljr lepasan asasi undang2 di uitm shah alam, dan memperolehi pointer hanya 3.25.. layak kah saya memohon bg program ijazah undang-undang di ukm utk kemasukan july ini?

dea Said,
May 29th, 2009 @12:18 pm  

bg pointer 3.25, layakkah saya memohon ijazah undang2?kerana saya terlalu inginkan course ini..harap membantu.

Cruz Said,
May 29th, 2009 @6:29 pm  

Saya tidak sempat untuk menyemak dan mengubah permohonan fasa 2 lepasan matrikulasi baru-baru ini. Boleh cadangkanjalan lain untuk saya menyemak dan mengubah kursus yang dipohon. Saya harap pihak anda dapat membantu.

Cruz Said,
May 29th, 2009 @7:10 pm  

Saya terlambat untuk mengubah kursus permohonan saya bagi fasa kedua lepasan matrikulasi. Boleh tolong saya untuk cari jalan lain?

nilam Said,
May 30th, 2009 @8:40 am  

Dea,
Berikut adalah Syarat Kelayakan ke program pengajian undang-undang di UKM;

~ Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
~ Mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam semua mata pelajaran pengkhususan, bukan pengkhususan dan wajib; dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) dalam mana-mana tiga mata pelajaran pengkhususan berikut Introduction to Law I, Introduction to Law II, Introduction to Law III, Introduction to Malaysian Government and Politics, Library and Information Processing Skills atau Contemporary Global Issues.

~ Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mana-mana dua mata pelajaran bukan pengkhususan berikut Computers and Information Processing, Introduction to Social Psychology atau Economic Issues and Problems.

~ Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam MUET;

~ Mendapat sekurang-kurangnya 6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan.

Cruz,
Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan melainkan cuba hubungi UPU di talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks : 03-8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my untuk mendapatkan bantuan.
Mungkin pembaca lain tahu cara yang boleh membantu anda.

MoFiey Said,
May 31st, 2009 @6:32 pm  

sye nk tnye sket nih…

sye dpt cgpa mtrix 3.84…
koku ok gk la… tp plkn sye xjoin…
muet lak band 3 je… ok la kn…
lyk x lau sye apply frmsi ukm???
coz frmsi ukm is my 1st choice…

sye dgr kos frmsi amek dk2 poplet je…
tkut gk ni sbb da apply br nk tnye….

nilam Said,
June 1st, 2009 @11:57 am  

MoFiey,
Di antara syarat untuk memohon bidang farmasi di UKM adalah;
~ Mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pengkhususan;
~ Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (3.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran Biology, Chemistry dan Mathematics / Prepatory Mathematics
~ Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Jika anda memenuhi syarat tersebut memanglah layak untuk memohon tetapi berjaya atau tidak bergantung permohonan orang lain. Sebagai contoh katakanlah ada 50 tempat dan CGPA terendah untuk 50 orang CGPA terbaik adalah 3.70, jadi anda mempunyai harapan cerah terpilih tertakluk kepada perkara2 lain yang akan dipertimbangkan.

vunhen Said,
June 1st, 2009 @2:57 pm  

bilakah kputusan kemasukan IPTA diumumkan…??? bilakah saya boleh memohon biasiswa JPA?? TQ

nilam Said,
June 2nd, 2009 @9:50 am  

Vunhen,
Dijangkakan pada 19 Jun ini. Biasanya selepas pengumuman keputusan ke IPTA.

adam Said,
June 2nd, 2009 @9:05 pm  

salam..nilam,bila tarikh result rayuan upu?

nilam Said,
June 3rd, 2009 @8:56 am  

Adam,
Keputusan rayuan untuk lepasan STPM dan setaraf pada 10 Julai 2009 manakala untuk lepasan SPM dan setaraf pula pada 5 Jun 2009 dan 10 Julai 2009.

n Said,
June 16th, 2009 @2:58 pm  

adakah saya tidak layak untuk memasuki U jika tidak memohon untuk fasa 2 matrik tetapi telah memohon untuk fada 1.

nilam Said,
June 18th, 2009 @9:13 am  

N,
Setahu saya anda masih layak cuma peluang mungkin terjejas sebab tidak mengemaskini keputusan peperiksaan yang terbaru.

buntu Said,
June 21st, 2009 @12:32 am  

salam
sy ade kekeliruan sedikit pasal rayuan upu.
adakah semua pelajar lepasan matrikulasi/pasum dijanjikan ipta??
sebab saya ade dengar org bagi statement mcm tue.

nilam Said,
June 22nd, 2009 @12:40 pm  

Buntu,
Salam… Tidak semestinya cuma jika keputusan peperiksaan kurang cemerlang anda mungkin ditawarkan ke kursus yang tidak diminta.

r0xas Said,
July 14th, 2009 @3:56 pm  

assalammualaikum..
sy mahu bertanya…bgaimana nak memohon ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya jika saya akan mengambil spm tahun ini bulan November..dan kenapa dlm pilihan matrikulasi itu tiada pusat asasi sains universiti malaya?..

nilam Said,
July 15th, 2009 @9:27 am  

Roxas,
Salam…. Pemohonan ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi atau lebih dikenali sebagai UPU. Sila rujuk laman web UPU dan Asasi Sains Universiti Malaya 2008 untuk maklumat lanjut.

r0xas Said,
July 17th, 2009 @5:09 pm  

thanx….bgaimana sy nk memohon n bile tarikhnye?

nilam Said,
July 20th, 2009 @1:07 am  

Roxas,
Sama-sama… sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 untuk mendapatkan maklumat.

r0xas Said,
July 20th, 2009 @5:30 pm  

sy sudh melihat link tu dan masih tidak jelas..
link tu lgsung tidak ada tulis pasal pasum..
dan artikel tu ada mengatakan dkt surt khabar dh keluar iklan permohonan….
tp sy puas mencari bgaimana nak memeohon tapi masih tak jumpe..

nilam Said,
July 22nd, 2009 @10:58 am  

Roxas,
Untuk makluman pengambilan ke PASUM hanya dibuat setahun sekali dan untuk tahun ini telah pun ditutup dan mereka yang terpilih telah pun mendaftar dan memulakan pengajian. Pautan untuk permohonan pun telah tiada sebab itu anda tidak dapat mencarinya.

Permohonan ke PASUM adalah melalui UPU, ini boleh dilihat di Syarat Khas untuk program pengajian di UM.

r0xas92 Said,
July 22nd, 2009 @4:58 pm  

owh…maksudnya bila pautan link akan dibuka untuk sesi tahun depan..?tahun ini atau tahun depan?
terima kasih kerana membantu saya..

nilam Said,
July 23rd, 2009 @6:50 am  

Roxas92,
Pautan akan dibuka tahun depan, sila rujuk laman web UPU di bahagian Tarikh-tarikh Penting dan e-Borang untuk dijadikan panduan.

r0xas Said,
July 24th, 2009 @5:06 pm  

terima kasih…

nilam Said,
July 25th, 2009 @7:40 am  

Roxas,
Sama-sama…

r0xas Said,
July 28th, 2009 @4:41 pm  

satu perkara lagi…
nilam tahu tak senarai matrikulasi yang mengambil masa 2 tahun?
kalo boleh saya mahu mengelak dari memohon matrikulasi yang mengambil masa 2 tahun..

nilam Said,
July 30th, 2009 @10:59 am  

Roxas,
Penentuan samada masuk matrikulasi Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT) akan dibuat oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010 untuk maklumat lanjut.

r0xas Said,
July 30th, 2009 @2:55 pm  

maksudnya,sesebuah matrikulasi mempunyai 2 jenis iaitu program 1 tahun dan 2 tahun?

nilam Said,
July 31st, 2009 @9:05 am  

Roxas,
Ya hampir semua dan keputusan SPM yang diperolehi nanti akan menentukan samada anda akan mengikuti PST atau PDT, bukan bergantung kepada kolej matrikulasi mana yang anda mohon.

r0xas Said,
August 3rd, 2009 @5:13 pm  

terima kasih

nilam Said,
August 4th, 2009 @8:43 am  

Roxas,
Sama-sama.

pening Said,
October 15th, 2009 @5:21 pm  

cmne klu sy nk quit pasum,pastu nk msuk mktab
boleh tak???
quit pasum lepas sem1,n boleh tak sy apply untuk mktab??
harap dpt mmbantu

nilam Said,
October 18th, 2009 @9:03 am  

Pening,
Saya tidak begitu pasti tapi sebelum berhenti semak dahulu syarat kelayakan masuk dan tarikh pengambilan ke maktab dahulu. Di samping itu semak juga jika ada sebarang denda atau perkara lain berkaitan jika anda keluar daripada PASUM. Ini bagi mengelakkan daripada silap membuat keputusan.

peningx Said,
December 4th, 2009 @7:03 pm  

sy ingn brtnya, brapakh pointer minima semasa di sem 1(pasum) untuk saya mendapat 3.5++… bagaimana cara sy boleh menjadi seorg guru selepas pasum apkah kelayakanya?

nilam Said,
December 22nd, 2009 @9:02 pm  

Peningx,
Sekurang-kurangnya 3.50 juga. Selepas PASUM anda boleh memohon program Ijazah Pendidikan atau mengikuti mana-mana program Ijazah. Selepas tamat dengan ijazah anda boleh memohon KPLI.

dila Said,
January 9th, 2010 @6:37 pm  

num pin mtrik sy da hlang…num pin 2 pntg x utk permhnn fasa 2??

zati Said,
January 16th, 2010 @12:38 am  

i have a question to ask , what if i didn’t fill the entry forms in phase 1? can i fill the entry form in phase 2? for the entry to ipta for the spm candidate for year 2009..

Colin Iba Said,
March 13th, 2010 @2:51 pm  

adakh kita perlu memilih universiti yg kita inginkan dalam pemohanan upu tersebut???dan bilakh kita boleh semakan keputusan UPU Fasa 2

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved

Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.