Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menerima seramai kira-kira 5,500 orang pelajar baru bagi sesi 2008/2009 ini. Daripada jumlah tersebut 4,650 tempat disediakan untuk lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi untuk mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama.
Manakala 600 tempat lagi untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian peringkat diploma dan baki 250 tempat untuk program Asasi Sains Pertanian.
Ini akan menambahkan bilangan mereka yang menuntut di UPM. Ketika ini ada 19,000 orang pelajar siswazah dan 7,000 orang lagi pascasiswazah sedang mengikuti pengajian di universiti tersebut.
Buat masa ini mereka yang memohon mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan di UPM boleh mula menyemak keputusan permohonan mereka menerusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan tempat serta tarikh ujian Inventori Pemilihan Pengajar Malaysia (Medsi) dan temu duga.
Surat tawaran program ijazah dijangka akan dikeluarkan akhir Jun, manakala diploma dan asasi pada awal Mei nanti. Pendaftaran pelajar baru pula dijadualkan pada 28 dan 29 Jun, manakala kuliah akan dimulakan pada 7 Julai.
Pengambilan pelajar Program Asasi UIAM adalah menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi calon-calon yang gagal dalam permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan diumumkan menerusi e-rayuan di laman web kementerian.
kenapa upm tk buka rayuan kemasukan???
nurin_90,
Cuba rujuk laman web ini http://www.esmp.upm.edu.my/ atau hubungi UPM di 03 8946 6000/6060.
bila result kemasukan ke ipta lepasan stpm akn d umumkn???
diniey,
Keputusan kemasukan ke IPTA lepasan STPM sesi akademik 2008/2009 telah diumumkan hari ini. Sila rujuk Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf.
im so worried,about my result,i got 3.58. .
saya merupakan lepasan spm 2008.
saya ditawarkan program diploma pertanian di upm..
bolehkah saya mengemukakan rayuan untuk program asasi pertanian??
jika bolah bagaimana?
sekian.
Nas Didi,
Agar sukar untuk menukar kursus yang telah ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelayakan dan kekosongan tempat. Anda tidak boleh merayu melalui UPU tetapi boleh cuba menghubungi UPM di talian 03-8946 6075 / 6069 untuk mendapatkan penjelasan.
Sekiranya saya cemerlang dalam asasi sains pertanian (gpa 4.00) bolehkah saya memohon dengan JPA untuk program ke luar negara atau saya wajib meneruskan program ijazah di UPM sahaja?
Ali,
Biasanya anda harus meneruskan pengajian di UPM bagi peringkat sarjana muda dan boleh memohon biasiswa JPA ketika itu.
Memang peluang untuk ke luar negara itu sentiasa ada samada melalui JPA atau pembiayaan lain. Biasanya pembiayaan akan ditawarkan kepada mereka yang telah mendapat tempat di IPTA/ IPTS/ universiti luar negara.
Di antaranya boleh di rujuk di bawah kategori Biasiswa dan Pinjaman.