59 Comments

zeri_90 Said,
April 17th, 2008 @10:30 pm  

bile nk semak kputusn msuk asasi ni?
tak sbr menunggu ni…

nilam Said,
April 18th, 2008 @11:14 am  

zeri_90,

Semakan panggilan temuduga untuk beberapa IPTA telah mula boleh di buat di laman web Kementerian Pengajian Tinggi. Walaubagaimana pun keputusan masuk tidak dinyatakan bila boleh disemak.

Tetapi jika ingin mengetahui status permohonan, anda boleh menghantar sms ke 32020 @ 33310 @ 32300 dengan menaip SMS UPU .

HANIFF Said,
April 18th, 2008 @3:11 pm  

Anda boleh menyemak status permohonan kemasukan ke IPTA dengan menaip UPUNo Kad Pengenalan/MyKad dan hantar ke nombor 32020/ 33310/ 32300). Setiap mesej SMS akan dikenakan bayaran RM0.50 – RM0.60

rngz Said,
April 26th, 2008 @9:51 pm  

cmne pengkelasn jrusn mtrk dbuat? sya mntk jrusan sains…pas2 dpt sains fzikal…

reortta Said,
July 2nd, 2008 @2:04 pm  

bilakah permohonan kemasukan asasi sains UM bagi tahun 2009/2010 utk pelajar lepasan spm akan dibuka?

nilam Said,
July 3rd, 2008 @11:37 am  

reortta,
Saya kira anda akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.

Permohonan perlulah dibuat melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi. Ianya terbahagi kepada dua fasa, Fasa 1 biasanya dibuka pada pertengahan bulan November sehingga 31 Disember. Fasa 2 dibuka pada tarikh keputusan SPM diumumkan dan tutup 10 hari kemudian.

kakashi Said,
July 17th, 2008 @6:24 pm  

bile pengambilan 2007/2008 sesi kedua?

nilam Said,
July 18th, 2008 @8:11 am  

kakashi,
Semua pengambilan asasi sains bagi sesi 2007/2008 telah ditutup.

adik Said,
December 12th, 2008 @4:17 pm  

salam..ade kekeliruan dalam fikiran saya…
ade ke borang khusus untuk kemasukan ke pusat asasi??
ataupun borang kemasukan upu itu same dengan borang pusat asasi?
betul2 keliru…

nilam Said,
December 15th, 2008 @6:12 pm  

Adik,
Salam… permohonan untuk memasuki Pusat Asasi Sains perlu dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi @ UPU.

LAILA Said,
December 16th, 2008 @11:32 pm  

assalamualaikum,saya merupakan pelajar yg menduduki SPM tahun ini.bagaimana dan bila masa untuk saya memohon Asasi Sains UM dan juga termasuklah program asasi anjuran UIA? adakah saya kena beli nombor pin di BSN untuk selain matrikulasi KPM juga?Buat masa sekarang saya hanya telah mengisi kemasukan fasa 1 bagi UPU dan matrikulasi KPM.

nilam Said,
December 23rd, 2008 @5:21 pm  

Laila,
Waalaikumsalam… pengambilan Asasi Sains UM dan Asasi UIA dilaksanakan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau dulu dikenali sebagai UPU. Jadi anda telah pun buat apa yang perlu.

Sila rujuk Syarat Khas Kemasukan Ke IPTA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

syahilaamira Said,
January 18th, 2009 @6:53 pm  

maksudnya, kalau sy mahu apply pusat asasi UM, sy cuma perlu daftar untuk kemasukan IPTA online sahaja?nanti pusat asasi UM akan pilih daripada situ?

nilam Said,
January 19th, 2009 @3:07 pm  

Syahilaamira,
Ya dan pastikan anda memilih asasi sains UM sebagai pilihan pertama daripada lapan pilihan yang diperlukan.

syahilaamira Said,
January 22nd, 2009 @1:04 pm  

ohh ok…jd sy skrg perlu tgg fasa 2 dan tulis pilihan2 sy?
lega sy dgr..huhu. :) sbb sy xapply utk matrics tahun lps..jd sy agak risau sy xdpt peluang langsung buat matrics.terima kasih..

nilam Said,
January 22nd, 2009 @3:34 pm  

Syahilaamira,
Ya betul, sama2.
Permohonan ke Matrikulasi adalah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala permohonan ke Asasi UM, Asasi UiTM, Asasi UIAM diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Shahrul Said,
February 2nd, 2009 @11:19 pm  

Salam. Boleh ke saya apply PASUM tanpa melalui UPU? Tolong saya.

nilam Said,
February 3rd, 2009 @3:21 pm  

Shahrul,
Salam… setahu saya hanya boleh mohon melalui UPU sahaja tetapi jika inginkan kepastian cuba hubungi pihak UM.

Sarrah Said,
February 4th, 2009 @1:12 am  

Assalamualaikum.

Nak tanya, kan dlm borang pmohonan tu kita kne buat 8 pilihan..
boleh tak saya buat 8 pilihan tu semuanya kursus dan universiti yg sama sahaja?
(mksudnya kalau sy mohon asasi sains hayat um, jadi semua 8 slot tu saya isi benda sama..)

nilam Said,
February 4th, 2009 @8:48 am  

Sarrah,
Waalaikumsalam,
Tidak boleh kerana anda wajib mengisi Pilihan 1 hingga Pilihan 4 program pengajian yang berbeza mengikut keutamaan.

syahilaamira Said,
February 4th, 2009 @10:56 am  

apkh subjek yg tdpt dlm asasi sains fizikal dan hayat?

nilam Said,
February 4th, 2009 @10:42 pm  

Syahilaamira,
Maaf saya tidak tahu, harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

lailah Said,
February 21st, 2009 @10:52 am  

salam.. sya ada sorang kawan ni.. dia nk mohon asasi sains hayat kt uiam..
problem is.. dia ne non-muslim.. x amik pendidikan islam or pendidikan al-quran & as-sunnah.. so boleh ker dia mohon masuk uiam??

nilam Said,
February 23rd, 2009 @10:54 pm  

Lailah,
Salam… Asasi Sains Hayat di UIAM hanya dibuka kepada Bumiputra dan mendapat kepujian dalam salah satu matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah adalah di antara syarat khas kemasukan.

asywaq Said,
February 25th, 2009 @12:55 am  

salam…apa syarat khas utk pengajian asasi pengajian islam dgn sains dan asasi pendidikan islam??? boleh ke pelajar aliran sains sertai program ni??? terutama bg mereka yang tidak mengambil sebarang matapelajaran agama…

nilam Said,
February 25th, 2009 @5:29 pm  

Asywaq,
Salam… Pelajar sains boleh sertai kedua-dua program asasi tersebut asalkan memenuhi syarat-syarat khas program.

Syarat Khas kedua-dua program Asasi Pengajian Islam Dengan Sains dan Asasi Pendidikan Islam adalah;

1. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi;
2. Mendapat kepujian dalam salah SATU mata pelajaran berikut:
* Pendidikan Islam
* Pendidikan AI-Quran dan As-Sunnah
* Pendidikan Syariah Islamiah
* Tasawwur Islam
3. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan
4. Mendapat kepujian dalam TIGA mata pelajaran berikut:
* Fizik
* Kimia
* Biologi
* Matematik Tambahan
* Sains Tambahan
* Sains Pertanian
* Teknologi Maklumat
* Geografi
* Matematik
5. Lulus Bahasa Inggeris

sya Said,
March 4th, 2009 @8:16 am  

hye..sy lepasan spm2009 n sy berminat utk jd seorg arkitek.ape kursus yang boleh sy ambil agar kursus yang sy ambil itu boleh menjurus kpd bidang arkitek?
apa cara2nya?

pingi Said,
March 5th, 2009 @9:23 pm  

as’kum..
sya nak tanya bagaimana nak mohon untuk rpkj tu..sama dengan monbukagakusho tu ke?..terima kasih..

fara Said,
March 25th, 2009 @7:50 am  

hye .. saya pelajar lepasan spm 08 .. saya nak tanya mengapa sukar sekali untuk memasuki ke pasum sedangkan ada yang memperolehi keputusan yang cemerlang ..

nilam Said,
March 25th, 2009 @2:48 pm  

Sya,
Di antara program yang anda boleh ambil sebagai contoh adalah Sarjana Muda Sains (Senibina) di UiTM, Asasi Alam Bina di UM, Diploma Senibina di UTM dan Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar di UIAM.

Pingi,
Melalui JPA tetapi tahun ini saya tak terbaca pula pengumuman mengenainya. Setakat ini yang ada adalah Tawaran Biasiswa Monbukagakusho itu sahaja.

Fara,
Sebab terlalu ramai yang memohon dan tempat pula terhad.

sue Said,
April 12th, 2009 @4:10 pm  

salam,
nk tnye, btul ke susah nk score kt pasum nie eh?
sbb sy dpt byk pndapat yg brbeza. ade yg kate snang nk score..ade yg kte susah.
adkah kptusan 7A 3B lyak tuk ke pasum?

whateva Said,
April 12th, 2009 @11:13 pm  

salam..nk tnye ckit…pe subjek tuk pengajian islam sengan sains ye..sye nk tw2 sgt2…tlg eh..lagi satu..pe bdg pekerjaan dye eh…plizz ye…thx yaa..

whateva Said,
April 13th, 2009 @2:18 am  

ade spe2 y amik bdg pengajian islam dengan sc….cite la kt sye sal bdg 2..tw2…

noorul Said,
April 13th, 2009 @9:35 pm  

adakah asasi sains hayat di UM lebih susah berbanding di IPTA lain dari segi peperiksaan dan silibus pembelajaran? contohnya jika saya apply asasi sains hayat di UM, dan saya ingin buat pergigian, berapa saya kena score utk dpt sambung buat pergigian? betulkah pelajar UM akan bercompete dgn plajar ipta lain dan matriks dlm peperiksaan? saya kurang faham.. terima kasih..

kim Said,
April 17th, 2009 @11:42 am  

saya br je buat semakan ke matrikulasi tpi malangnye x dapt. sya x faham lah kenapa saya x dpt sedangkan sya score 8A dlm sPM, Dan kawan syaa yang dapat 5A dpat pulak matriks.. huhuhuhu.. sedihnya. dahlah kalau buat rayuan pun x confom kena pilih..

nilam Said,
April 18th, 2009 @4:44 pm  

Sue,
Salam… Susah senang bergantung kepada individu. Setahu saya minimum mesti 9A.

Whateva,
Salam… anda boleh semak di laman web PASUM atau pembaca lain boleh membantu.

Noorul,
Susah senang memang bergantung kepada individu tetapi jika dari segi peperiksaan dan sukatan pelajaran serta CGPA untuk sambung pengajian pergigian mungkin mereka yang ada pengalaman boleh memberi komen.
Mereka yang tamat PASUM, Asasi UiTM dan Matrikulasi KPM akan bersaing untuk merebut tempat ke IPTA bukannya dalam peperiksaan.

Kim,
Pengambilan Matrikulasi adalah berdasarkan mata merit, mungkin mata anda tidak mencukupi.

sue Said,
April 18th, 2009 @9:08 pm  

ohh..tidakk.. 9A syrt minimum ke?? sedey ar cmtu,,
tp kan..ade senior2 yg dpt 6a tp dpt msuk… da tkar da eh skang?

nilam Said,
April 21st, 2009 @7:48 am  

Sue,
Jangan terlalu sedih sebab syarat minimum itu bergantung kepada bilangan pemohon pada setiap pengambilan. Cuma sekarang semakin ramai yang cemerlang memohon.

Amirul Said,
April 29th, 2009 @10:00 am  

saya keliru untuk memilih asasi atau matrikulasi,tolong saya??

nilam Said,
April 30th, 2009 @7:49 pm  
freakila91 Said,
May 1st, 2009 @3:18 pm  

sy tak dpt tawaran masuk ke pusat asasi. blh x sy buat rayuan?

nilam Said,
May 2nd, 2009 @1:03 pm  

Freakila91,
Sudah tentu boleh, sila rujuk pautan ke e-Rayuan di Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan SPM & Setaraf.

anonymous Said,
May 4th, 2009 @11:11 am  

bleh tak kita menukar asasi slain daripada yg tlah ditawarkan kpd kita?

nilam Said,
May 5th, 2009 @8:08 pm  

Anonymous,
Agak sukar, sila rujuk komen pembaca lain mengenai perkara ini di sini.

tie Said,
May 15th, 2009 @11:08 pm  

berapa gred minimum untuk meneruskan pengajian di UM selepas asasi sains hayat?
betol ke 4.00 sahaja untuk perubatan?
kalau tak mencapai 4.00…boleh smbung pilihan pe lagi?

nilam Said,
May 16th, 2009 @8:22 am  

Tie,
Memang benar untuk masuk ke bidang perubatan perlu dapat 4.00 tetapi ini bergantung kepada persaingan semasa pengambilan tersebut. Jika tidak berjaya mendapat 4.00 anda masih berpeluang untuk memohon pelbagai bidang lain termasuklah pergigian, farmasi, sains bioperubatan, pengimejan perubatan dan banyak lagi.

rija Said,
August 10th, 2009 @10:36 am  

saya harap saya dapat tawaran daripada universiti sains malaysia selepas saya tamat spm tahun ini…………………….

nilam Said,
August 11th, 2009 @1:13 pm  

Rija,
Dapat keputusan yang cemerlang akan mencerahkan peluang anda.

farhan Said,
August 18th, 2009 @6:42 pm  

saya adalah pelajar spm tahun2009… bagaimana prises untuk memohon ke pusat asasi sains um bgi bidang sains fizikal?

nilam Said,
August 20th, 2009 @9:02 am  

Farhan,
Permohanan ke Pusat Asasi Sains UM (PASUM) perlu dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi atau lebih dikenali sebagai UPU. Sebagai panduan sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi dan laman web rasmi kemasukan ke IPTA.

sheila Said,
January 10th, 2010 @4:50 pm  

sy terlepas memohon asasi sains UM utk fasa 1? boleh kah sy mmbuat pemohonan pada fasa 2 nanti? adakah fasa 2 hanya lah confirmation utk sesiapa yg telah memohon pada fasa 1 dulu?

sheila Said,
January 10th, 2010 @6:55 pm  

under asasi sains hayat UM kan,do we study subjek fizik also? wad r the subjects we study under asasi sains hayat UM?

eshvir Said,
February 8th, 2010 @7:06 pm  

saya nak tanya, asasi sains di um memang tak terbuka untuk bukan bumiputra kan

nazreene Said,
February 12th, 2010 @9:44 am  

Assalamualaikum

Anak saya akan memduduki peperiksaan SPM tahun ini. Saya ingin tahu apa yang saya perlu buat untuk memohon kemasukan ke Puasat Asasi UM

1992 Said,
March 4th, 2010 @10:34 pm  

ketika memohon asasi sains di um terdapat tiga pilihan iaitu sains hayat,sains fizikal dan alam bina sahaja.jadi bagaimana untuk pelajar yang ingin mengikuti rancangan persediaan khas jepun?adakah dia perlu memilih antara 3 pilihan di atas-sains hayat,sains fizikal dan alam bina?

nilam Said,
March 5th, 2010 @12:01 pm  

Sheila,
Anda masih boleh membuat permohonan semasa fasa 2 ini walaupun tidak membuat sebarang pendaftaran semasa fasa 1. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM 2009 Fasa 2.
Saya tidak mempunyai maklumat mengenai mata pelajaran yang diajar di Asasi UM.

Eshvir,
Memang benar.

Nazreene,
Salam… Syarat minima memang hanya kepujian untuk mata pelajaran yang ditetapkan tetapi memang diketahui bahawa untuk memasuki Asasi UM perlu mendapat A+ atau A untuk semua mata pelajaran tersebut. Oleh itu mereka yang berminat perlu cuba mendapatkan keputusan yang terbaik yang boleh masa SPM nanti.

1992,
Permohonan Rancangan Persedian Khas Jepun tidak melalui UPU sebaliknya melalui JPA. Anda boleh cuba menghubungi pegawai JPA Noor Hidayu Bt. Hashim di talian 03 8885 3431 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

ESHVIR Said,
March 13th, 2010 @8:01 pm  

BAGAIMANA DENGAN ASASI LAIN MACAM ALAM BINA

mira Said,
March 13th, 2010 @8:14 pm  

salam abg nilam..saya plajar lepasan spm_09..saya mmang minat dlm bdang perubatan..tp memandangkan saya x dpt memenuhi syarat klayakan jadi saya nak tanye pada abg nilam ape lg bdang yg ptut saya amik..??dan msih blehkah saya amik bdang yg berkatan dgn sains atau perubatan..??saya hrp abg dpt tolong saya..

sudu Said,
March 16th, 2010 @7:34 am  

saya mndpt 3a,6b dan 2 c dlm spm…
sy mndpt A+ untuk matematik,C+ untuk fizik dan bio serta B untuk kimia..
layakkah saya memohon progran asasi???atau haruskah saya memohon program diploma??
manakah yang lebih baik??

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved

Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.