Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menawarkan 3,500 tempat kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti 15 program bagi sesi 2008/2009 ini.
Pada sesi kali ini sebanyak lebih 60,000 permohonan daripada para lulusan SPM 2007 telah diterima. Ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya seramai 50,000 lulusan SPM telah memohon.
15 program asasi di UIAM merangkumi;
- Asasi Undang-undang
- Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
- Asasi Sains Kemanusian
- Asasi Bahasa Inggeris
- Asasi Bahasa Arab
- Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
- Asasi Kejuruteraan
- Asasi Perubatan
- Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar
- Asasi Sains Hayat
- Asasi Sains Fizikal
- Asasi Farmasi
- Asasi Pergigian
- Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
- Asasi Kejururawatan
Calon-calon yang berjaya untuk mengikuti program di atas dijangka akan diminta untuk datang mendaftar pada 10 Jun 2008 ini.
Program Asasi UIAM dijalankan selama satu hingga dua tahun bergantung kepada program yang diikuti. Setelah tamat dan lulus program asasi ini mereka akan ditawarkan untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di UIAM.
Sebagai contoh lulusan Program Asasi Bahasa Arab boleh memilih untuk mengikuti pengajian;
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian), atau
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam Bahasa Arab dan Kesusasteraan.
Lulusan Program Asasi Bahasa Inggeris pula berpeluang mengikuti pengajian;
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian), atau
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan
Lulusan Program Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam pula boleh memasuki pengajian;
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) (Kepujian), atau
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) (Kepujian), atau
- Ijazah Sarjana Muda Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam (Kepujian) dalam tiga bidang, iaitu Fiqh dan Usul al-Fiqh, Qu’ran dan Sunnah, serta Usul al-Din dan Perbandingan Agama
Lulusan Program Asasi Kejuruteraan pula boleh mengikuti pengajian;
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), atau
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
Maklumat lanjut tentang pengajian ijazah pertama bagi lulusan Program Asasi yang lain boleh didapati laman web Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sebagaimana yang ramai sedia maklum pelaksanaan pengajian UIAM banyak menekankan pendidikan berteras Islam di mana pelajar didedahkan nilai serta cara hidup Islam secara teori dan amali.
Pengambilan pelajar Program Asasi UIAM adalah menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi.
Popularity: 26% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Related posts
Sponsors








No Comment
Random Post
Leave Your Comments Below