Permohonan Ke IPTA Sesi 2008

TERKINI : Sila rujuk Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010.

Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semua calon sudah tentu telah memikirkan langkah seterusnya dalam menentukan masa depan mereka.

Ketika ini permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Sesi Akademik 2008/2009 telah pun di buka. Calon-calon adalah diingatkan supaya mengemukakan butir-butir asas seperti nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran peperiksaan serta kata laluan sewaktu membuat permohonan, manakala data lain akan diperolehi menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Maklumat peribadi pula akan diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesahkan beberapa status seperti jantina, kaum dan agama. Bagi aktiviti kokurikulum pula, segala maklumat mengenainya akan diperolehi menerusi perkongsian pintar dengan Kementerian Pelajaran.

Dasar pengambilan pelajar bagi mengikuti program diploma atau asasi dan ijazah adalah secara meritokrasi iaitu dengan mengambil kira 90 peratus markah bagi akademik dan 10 peratus lagi bagi kokurikulum.

Bagi program diploma dan asasi, pemohon mestilah memenuhi beberapa syarat antaranya warga negara dan memiliki kelayakan dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu. Calon juga perlu mengisi lapan pilihan program pengajian mengikut keutamaan dalam permohonan. Ini bertujuan memberi lebih peluang kepada calon memilih program pengajian.

Kaedah penyediaan merit bagi lepasan STPM atau setaraf pula adalah berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang digunakan untuk menyeragamkan kelayakannya dengan matrikulasi. Mengikut sistem berkenaan, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik, termasuk Pengajian Am.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi menjangkakan akan menerima 150,000 permohonan daripada lepasan SPM 2007 iaitu satu pertiga daripada keseluruhan calon menduduki peperiksaan itu. Sebanyak 13 IPTA yang menawarkan program pengajian kepada kepada pemohon Lepasan SPM atau setaraf bagi Sesi Akademik 2008/2009. IPTA berkenaan adalah seperti berikut :-

Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM atau setaraf ini adalah melalui melalui Aplikasi Dalam Talian. Oleh itu maklumat lanjut dan permohonan kemasukan boleh didapati di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf. Tarikh tutup menghantar permohonan adalah pada 25 Mac 2008.

Sementara itu permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, STAM atau setaraf boleh dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut :-

  1. Lepasan STPM 2007
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan STPM Tahun 2007 sebagai kelayakan masuk.
  2. Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi Akademik 2007/2008 sebagai kelayakan masuk.
  3. Lepasan Diploma/Setaraf
    • Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma IPTA/ IPTS/ Politeknik; ATAU
    • Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2006 atau sebelumnya ; ATAU
    • Pemohon yang menggunakan kelayakan Matrikulasi yang diambil pada Sesi Akademik 2006/2007 atau sebelumnya ; ATAU
    • Pemohon yang menggunakan kelayakan STAM yang diambil pada tahun 2004 atau sebelumnya; ATAU
    • Pemohon yang menggunakan kelayakan Sijil Tampalan STPM; ATAU
    • Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA sebagai kelayakan masuk ke IPTA.
  4. Lepasan STAM 2007, 2006, 2005
    Pemohon yang mengemukakan kelayakan STAM Tahun 2007/ 2006/ 2005 sebagai kelayakan masuk

Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, STAM atau setaraf ini adalah melalui melalui Aplikasi Dalam Talian. Oleh itu maklumat lanjut dan permohonan kemasukan boleh didapati di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 Program Pengajian Lepasan STPM, STAM dan setaraf. Tarikh tutup menghantar permohonan adalah pada 24 Mac 2008 kecuali Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi Akademik 2007/2008 telah pun ditutup.

MAKLUMAN :

Reblog this post [with Zemanta]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
79 Comments Post a Comment
  1. cha says:

    saya lepasan sijil dari politeknik,bolehkah jika saya terus memohon ijazah sarjana muda

  2. nilam says:

    cha,
    Saya tidak pasti tetapi mungkin anda boleh menyemak laman web IPTA berkenaan kelayakan kemasukan ke kursus ijazah yang ada kaitan dengan bidang pengajian sijil anda.

  3. NIZAM says:

    NILAM BILA NYA KUAR PENGAMBILAN DISEMBER??SUDAH MASUK BULAN 9 NI…TAKUT TERLEPAS JE NANTI…

  4. nilam says:

    Nizam,
    Pengambilan Disember 2008 telah pun dibuka, sila rujuk Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009.

  5. ctyati says:

    juz try..hehe

  6. ctyati says:

    salam…
    kalau nak taw syarat kemasukan UM lepasan spm..camne?
    i mean…dier nak gred cmne?..

  7. nilam says:

    ctyati,
    Salam… syarat untuk memohon memasuki UM bagi lepasan SPM boleh disemak di Prerequisites for Foundation Studies.

  8. aqilah says:

    salam saya lepasan STPM 2008/2009 saya tidak mendapat tempat di mana2 u,boleh x saya memohon untuk sesi kemasukan 2009/2010?keputusan saya cukup makan aje p.AM (C),BM(C),SEJ(C+),P.PERNIAGAAN(C)
    SAya berharap sangat dapat masuk u

  9. achik91 says:

    kalau boleh masukkan gambar universiti2 untuk memberi semangat kepada pelajar.sila terangkan sekali cara untuk apply ke luar negara

  10. mira says:

    borang upu bagi lepasan stpm 2fokus kpada semua universiti ker?lau upsi die termasuk dlm borang upu juga ker???

  11. nilam says:

    Aqilah,
    Memang boleh memohon dan pastikan anda memilih pengajian yang sesuai untuk mencerahkan peluang memasuki universiti.

    Achik91,
    Terima kasih dengan cadangan itu, akan dipertimbangkan.

    Mira,
    Ya untuk semua IPTA tetapi tidak termasuk UPSI.

  12. intan says:

    tolong saya bg tau mana2 universiti yang masi membuka tawaran bagi pelajar yang ingin menyambung pendidikan jarak jauh? bagi sesi 2009……..

  13. intan says:

    ada lg tak permohonan yang masi dibuka untuk pengambilan pelajar jarak jauh?

  14. ahKIJ says:

    SY LEPASAN SKM(SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)…SY LAYAK KE UNTUK SAMBUNG STUDY LAGI..?SY TERINGIN NAK SAMBUNG STUDY..BUT X DIDEDAHKAN DENGAN APE2 PON..KLU LAYAK..BOLEH BAGITAHU BAGAIMANA CARANYA..?>COZ SY XAMBIL SPM

  15. ahKIM says:

    SY ADE KELULUSAN JURUTEKNIK KOMPUTER LEVEL 2&3(SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)…SY NAK TAHU…SY MASIH BOLEH SAMBUNG STUDY LAGI KE X OR JUST SAMPAI SINI SHAJA..??SEBAB SY TIDAK MEMILIKI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA..HARAP ABNG BOLEH BANTU SY KERANA SY HENDAK BELAJAR LAGI.

  16. animkechik says:

    salam..

    adk sy ambk bidang lektrik domestik. dh ade sjl tahap 1&2 dr giat mara. br abs sijil (pw4) kt ikm. skrg nk smbg lg. klau leh nk msk intake jan 2009. smpt la ke nk mohon. ade cdngn x smbg kt mane yg elk utk course die nie.. klau leh nk cr tmpt blaja yg ade peluang keje trs lps abs. n yg pastinya, lebih byk praktikal la dr teori.. mntk tlg bg ckit nasihatnye..

    thanks..

  17. joyah says:

    Saya nak tanye!!!
    Bile borang permohonan kuar utk lepasan stpm/setaraf bagi sesi 2009/2010??
    Tolong saya, sy perlu th..
    Terima kasih..

  18. nilam says:

    ahKIJ dan ahKIM,
    Tahniah kerana anda mempunyai minat untuk terus belajar. Saya difahamkan lulusan Sijil Kemahiran Malaysia diterima masuk ke beberapa institut antaranya Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Politeknik untuk melanjutkan pelajaran.

    Sila hubungi IKM di Bangunan Medan MARA, No 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur, Telefon 03-2691 5111 dan pihak politeknik di Bahagian Pengambilan Pelajar, Sektor Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 5, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya Telefon 03-8883 6523.

    Animkechik,
    Permohonan ke IKM sesi Januari 2009 telah pun ditutup baru-baru ini. Walaupun begitu cuba berbincang dengan bahagian Kaunseling MARA berkenaan peluang-peluang melanjutkan pelajaran terutama yang menyediakan lebih latihan praktikal. Di samping itu jika ada sesiapa yang boleh memberi maklumat berkenaan perkara ini amatlah dialu-alukan.

    Joyah,
    Iklan permohonan bagi lepasan STPM dan setaraf dengannya dijangka akan keluar pada bulan Januari 2009 nanti. Sila kerap kunjungi blog ini atau terus ke laman web MOHE untuk mendapatkan maklumat terkini.

  19. bluRR says:

    Nak tanya boleh??? Erm kalau i dpat P.am c- dpt ker msk IPTA?? Tapi yang lain dapat b b+ c+….:(. Dan dpt aply lg ker UPU w/pun i dh lpasan STPM 2007??

  20. vanco says:

    salam…..
    saya lepasan diploma politeknik… saya nak tahu bagaimana ingin memohon ke utem dan uitho bagi intake 2009 dan bila borangnya akan dikeluarkan

  21. sam says:

    Saya pelajar lepasan IPTS yg bakal menamatkan pengajian pd feb 2009…
    Saya masih blm menjalani MUET…
    Adakah saya boleh memohon kemasukan IPTA sesi 2009?
    Atau perlu menunggu setahun lg?
    Saya bercadang mengambil MUET sesi pertengahan thn 2009…

  22. nilam says:

    bluRR,
    Syarat am universiti;
    - Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat
    kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian
    Bahasa Melayu kertas Julai; dan
    - Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP
    2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dalam
    peperiksaan STPM ; atau
    - Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam
    peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
    - Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
    Malaysian University English Test (MUET).

    Anda perlu juga merujuk kepada syarat khas universiti berkaitan dengan pengajian yang anda ingin mohon.

    Lepasan STPM 2007 juga boleh memohon.

    Vanco,
    Bagi pengambilan Julai 2009, permohonan perlulah dibuat melalui Kementerian Pengajian Tinggi, sila rujuk Soal Jawab Permohonan Ke IPTA Sesi 2009 dan Tarikh Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010 untuk maklumat lanjut.

    Sam,
    Setahu saya syarat am universiti memerlukan pemohon mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk memasuki IPTA. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03 8883 5801/5802.

  23. f-one-r says:

    saya merupakan pelajar lepasan spm 2008.. dan saya berminat untuk menyambung pengajian ke UIA (harapnya diterima..)

    saya nak tanya.. apakah kriteria2 yang diperlukan untuk masuk ke UIA?? dan boleh tak berikan senarai kursus pengajian yang disediakan oleh UIA??

    terima kasih…

  24. anba says:

    anyone have university code in malaysia……………..

  25. nilam says:

    f-one-r,
    Sila rujuk Syarat Khas Kemasukan Ke IPTA untuk mendapatkan maklumat tersebut.

    InsyaAllah anda akan berjaya masuk UIAM.

    Anba,
    Kod Universiti yang disediakan oleh BPKP adalah seperti berikut;
    M = UM
    P = UPM
    B = UTHM
    Q = USIM
    C = UTeMM
    R = UNIMAP
    D = UDM
    T = UTM
    E = UiTM
    Y = UIAM
    G = UMT
    Z = UPNM
    J = UMP

  26. sofea says:

    sy pljr stpm 2007..sy nak tnya bgaimna cra hndk memohon kmskn ke ipta untk sesi 2009?

  27. nilam says:

    Sofea,
    Untuk memohon kemasukan ke IPTA untuk sesi akademik 2009/2010 sila rujuk Tarikh Permohonan Ke IPTA Sesi 2009/2010.

  28. syera says:

    unimap dan ump ada x kemasukkan sesi disember

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.