Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2014 telah dibuka mulai 1 Mac 2014 seperti yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Borang Pendaftaran SPM dan SPMU
Calon Sekolah
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Kelayakan – SPM
Calon Sekolah
- Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
- Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Calon Persendirian
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
- Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
- Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
- Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
Syarat Kelayakan – SPMU
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2014 adalah pada 31 Mac 2014.
- Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.
Maklumat
- Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2014 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
- Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
- Alamat dan nombor telefon Jabatan Pendidikan Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia.