Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2014

Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2014 telah dibuka mulai 1 Mac 2014 seperti yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Borang Pendaftaran SPM dan SPMU

Calon Sekolah

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdekat.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Kelayakan – SPM

Calon Sekolah

  • Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  • Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  • Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  • Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  • Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  • Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan – SPMU

  • Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2014 adalah pada 31 Mac 2014.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.