SPM Kekal 10 Mata Pelajaran

TERKINI: Calon SPM boleh ambil maksimum 12 mata pelajaran.

Semenjak dari tahun 2010 calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan mengambil 10 mata pelajaran sahaja. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan calon SPM mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran kerana ia tidak menepati matlamat sebenar Kementerian Pelajaran. Matlamat sebenar adalah supaya pelajar lebih fokus pada mata pelajaran utama dan ia juga akan memudahkan guru membimbing mereka.

SPM 10 Mata Pelajaran

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini memang ada pelajar yang ambil sehingga 15 dan 20 mata pelajaran tetapi sejak dua tahun lepas Kementerian Pelajaran tidak benarkan lagi kerana mahu pelajar lebih fokus pada mata pelajaran utama.

Baru-baru ini seorang guru mencadangkan kerajaan membenarkan calon SPM terutama dalam bidang Agama Islam mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran supaya mereka boleh mengambil mata pelajaran dalam bidang Sains agar dapat membuat lebih pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perkara ini perlu dikaji secara terperinci kerana bimbang ia akan membebankan pelajar terutama untuk mendapatkan pendidikan bagi mata pelajaran tambahan.

Menurut beliau kalau 10 mata pelajaran, mudah untuk guru membimbing dan pelajar juga tidak perlu belajar di luar untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi mata pelajaran lain. Mungkin pelajar dalam bidang Agama Islam lebih terbatas kerana tidak boleh ambil subjek lain, ini akan diteliti secara mendalam oleh pihak Kementerian Pelajaran.

One thought on “SPM Kekal 10 Mata Pelajaran

  1. […] Yassin telah menegaskan bahawa jumlah mata pelajaran yang dibenarkan untuk peperiksaan SPM cuma 10 sahaja semenjak 2010. Walaupun begitu Kementerian Pelajaran sebenarnya memberi kelonggaran kepada calon […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.