Peperiksaan STPM 2010

Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2010

Seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini 23 November sehingga 16 Disember 2010. Daripada jumlah itu, 47,369 orang merupakan calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

Calon-calon yang terlibat digalakkan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2010 untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Sebagai langkah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh peperiksaan itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian telefon 03-61302666/ 61303606/ 61352035/ 61352390/ 61352316. Bilik Gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang sepanjang Isnin hingga Jumaat dalam tempoh peperiksaan STPM berlangsung.

Di samping itu calon-calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat itu jika berlaku bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan calon sampai ke pusat peperiksaan yang sepatutnya.

MPM turut mengingatkan calon supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC1 dan LPKC2) sepanjang peperiksaan di samping menyemak nama pusat peperiksaan. Bagi yang tidak menerima atau kehilangan LPKC1 atau LPKC2, calon-calon boleh melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my untuk mencetak butir pendaftaran mereka dan menggunakannya sebagai tiket menduduki peperiksaan.

One thought on “Peperiksaan STPM 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Peperiksaan STPM 2010: Seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah… http://bit.ly/hWszHW […]