Program Biasiswa Maybank ini akan memberi biasiswa penuh kepada para pelajar yang layak untuk belajar di mana-mana institut pengajian tinggi awam atau swasta di Malaysia. Biasiswa ini sesuai dipohon oleh mereka yang sedang menunggu keputusan SPM 2011.
Penerima biasiswa ini akan ditanggung sepenuhnya dari peringkat pengajian pra universiti sehingga ke peringkat ijazah yang merangkumi yuran pengajian, penginapan, komputer riba dan elaun. Mereka juga diberi latihan persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan sebelum diserap bekerja dengan Maybank.
Kelayakan Memohon
- Berumur tidak lebih dari 18 tahun.
- Memperolehi sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan percubaan SPM atau setaraf.
- Pendapatan keluarga tidak melebih RM120,000 setahun.
- Mempunyai pengalaman memimpin di dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Mempunyai keinginan yang tinggi untuk kerjaya yang mencabar dan memuaskan selepas tamat pengajian.
- Pemohon bukan penerima mana-mana biasiswa atau tajaan dari mana-mana organisasi atau yayasan.
Permohonan
- Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar secara emel kepada scholarship@maybank.com.my
- Syarat dan borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohoan Biasiswa.
- Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi samada melalui emel atau/dan telefon.
Tarikh Tutup
Permohonan Biasiswa Maybank ini akan ditutup pada 18 Februari 2012.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan biasiswa ini sila hubungi pihak Maybank melalui saluran berikut;
- Resourcing Centre, Group Human Capital, 44th Floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
- Emel : scholarship@maybank.com.my
- Facebook : http://www.facebook.com/Maybank
- Laman web : http://www.maybank.com.my/corporate-profile/scholarship
Permohonan Biasiswa Luar Negara Maybank 2012 telah dibuka dan akan ditutup pada 22 April 2012 nanti.
can spm leaver 2011 apply this scholarship?
boleh, guna keputusan peperiksan percubaan untuk memohon
kalau takde school testimonial boleh tak?
kalau sekolah belum keluarkan takpe
Kalau nk amik medic or science boleh ke amik scholarship nie..mne la tau yg nie utk banking n accounting shj..
boleh utk semua bidang
klau result trial 4A je bole x
rasanya x
knapa sy x tau?:(dah xleh apply..
salam…saya dapat 7A dalam Trial,sebelum ni saya xdpat apa2 information pun pasal ni,tapi orang Maybank call saya,dan saya masih boleh buat permohonan selepas tarikh tamat permohonan.tolong saya dapatkan segala maklumat lengkap tentang biasiswa ni,saya perlukan biasiswa ni sangat2!
salam… semua maklumat dan link yg berkaitan ada di atas
bila permohonan biasiswa akan dibuka semula bagi kemasukan 2012..???
ini memang utk permohonan kemasukan 2012
tawaran permohonan biasiswa ini biasanya dibuka sekali setahun
biasiswa untuk lepasan matrikulasi xda kew??
[…] Permohonan Biasiswa Dalam Negara Maybank 2012 […]
ada apa2 biasiswa yg masih lagi buka untuk lepasan matrikulasi?thanks.
erm,,law nk mhon skrg da trlambat yea??