Permohonan Biasiswa JPA Ijazah Lanjutan Program Pelajar Cemerlang 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa bekas pelajar-pelajar tajaan JPA dan Majlis Raja-Raja yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk memohon biasiswa mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Profesional di dalam dan luar negara bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC).

Bidang Tajaan

Penajaan yang diberikan di bawah PPC ini adalah bagi mereka yang akan mengikuti pengajian siswazah di dalam bidang berikut sahaja:

  1. Bidang Sains dan Teknologi (selain dari bidang perubatan, pergigian, farmasi)
  2. Bidang Sains Sosial dan Sastera;
  3. Bidang Profesional (Bidang Pengajian di Dalam dan Luar Negara ACCA/CIMA)

Permohonan Biasiswa JPA Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Profesional) Dalam & Luar Negara Program Pelajar Cemerang

Syarat Permohonan

Syarat Umum

  1. Pelajar telah ditaja oleh JPA/ Majlis Raja-Raja di dalam Skim Biasiswa semasa mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.
  2. Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun sebaik sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Profesional.
  3. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian di peringkat ijazah pertamanya.

Syarat Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik Untuk Pengajian Di Dalam Negara
  1. Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti dalam negara selain daripada Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT dalam negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
  2. Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT dalam negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
  3. Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/ kedoktoran di IPT dalam negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
Kelayakan Akademik Untuk Pengajian Di Luar Negara
  1. Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti dalam negara selain daripada Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT luar negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
  2. Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT luar negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
  3. Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/ kedoktoran di IPT luar negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.

Universiti

  1. Bagi pengajian di dalam negara, penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja dan bidang pengajiannya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  2. Bagi pengajian di luar negara pula, penajaan akan diberikan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan serta berjaya mendapatkan tempat dalam kelompok 20 universiti terbaik dunia mengikut bidang pengajian yang ditetapkan.
  3. Bagi bidang-bidang professional, pelajar-pelajar perlu menyemak senarai kelayakan dengan Badan-badan Profesional Malaysia seperti senarai berikut tertakluk kepada institusi pengajian yang dinyatakan di atas:
    • Lembaga Arkitek Malaysia
    • Lembaga Juru ukur Tanah
    • Lembaga Jurutera Malaysia
    • Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah
    • Institut Akauntan Malaysia
    • Lembaga Perancang Bandar Malaysia
    • Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
    • Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang Malaysia
    • Majlis Veterinar Malaysia
  4. Senarai universiti yang dinyatakan adalah masih tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  5. Setiap pemohon perlulah merujuk kepada JPA terlebih dahulu bagi memastikan bidang dan tempat pengajian yang dipohon telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia.
  6. Syarat-syarat lain tertakluk kepada dasar sedia ada yang berkuatkuasa termasuk syarat-syarat tawaran penajaan.

Permohonan

  1. Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.
  2. Dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan perlu dihantar kepada JPA setelah permohonan secara online dilengkapkan:
    1. Salinan kad pengenalan;
    2. Semua salinan transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah;
    3. Plan of study;
    4. Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi untuk pengajian peringkat Sarjana (Unconditional Offer);
    5. Dokumen lain bagi pembuktian keputusan Kelas Pertama (sekiranya tiada catatan di atas Skrol Ijazah – bagi yang berkenaan)
  3. Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau Ketua Kampung / Penghulu. Bagi pelajar yang telah berada di luar negara pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Pegawai Penasihat Latihan / Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia yang juga dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
  4. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya.
    Sila catatkan Dokumen PPC di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa untuk peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Profesional) di Dalam dan Luar Negara bagi Program Pelajar Cemerang ini akan ditutup pada 20 Julai 2012.

Hak JPA

  1. Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, JPA tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  2. JPA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan biasiswa yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
  3. JPA berhak menarik balik tawaran biasiswa sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Maklumat

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program penajaan PPC ini, sila rujuk Garis Panduan Permohonan Biasiswa untuk peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Profesional) di dalam dan luar negara bagi Program Pelajar Cemerang atau sila hubungi :-

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan
    Aras 5, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya
    Tel. : 03-8885 3564
    Faks. : 03-8889 2170
    E-mel : penawaranlsp@jpa.gov.my

4 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA Ijazah Lanjutan Program Pelajar Cemerlang 2012

  1. BLH SY TNYA..BIASISWA JPA UNTUK LEPASAN STPM DAN SETARAF DIBUKA BILA YE..HARAP ADA INFO…

  2. Terrence Lai says:

    I tried on both jpa.gov.my and esilav2.jpa.gov.my, cannot find the online application forms for PPC. Also email address (penawaranlsp@jpa.gov.my) is full and wouldn't receive my email enquiry.

  3. My son had obtained 9A’s in SPM exam year 2012, just last week, and he has no ideas where to go to get a government scholarship to pursue his studies in higher education oversea. Pls advice me what should I do, as myself is just an ordinary government servant with no extra savings to accommodate his expenses & the education fees.

    • you should check http://esilav2.jpa.gov.my/ frequently for jpa scholarship.

      For JPA, usually you'll have to apply online, and attend an interview in putrajaya.

      if your son is interested in studying in Germany, France, Japan or Korea, the application has already closed a week ago, but maybe you can try and reach the contact person for further details and see if they can still accept.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.