Tambahan 1,246 Pelajar CGPA 2.8 Ke Atas Dapat Tawaran IPTA

Seramai 1,246 pelajar tingkatan enam dan matrikulasi yang memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas akan ditawarkan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini tambahan daripada keputusan permohonan yang telah diumumkan sebelum ini.

Surat Tawaran

Surat tawaran kemasukan ke IPTA bagi 1,246 pelajar ini akan dikeluarkan pada pertengahan Ogos nanti.

Tawaran ini diberi berdasarkan kepada kekosongan yang masih ada di IPTA. Bidang kursus dan universiti yang ditawarkan adalah muktamad dan berkemungkinan besar lain dari yang dipohon.

Pendaftaran

Tawaran Tambahan ke IPTA

Pendaftaran masuk adalah sama dengan para pelajar baru yang lain iaitu pada 1 dan September 2012.

Maklumat

Bagi pelajar yang mendapat CGPA bawah daripada 2.8, mereka perlu menunggu proses rayuan selesai kerana ia bergantung kepada kekosongan yang ada selepas penerimaan tawaran pelajar baru.

Jumlah pelajar yang mendapat CGPA 4.0 pada tahun ini adalah 3,800 pelajar, lebih ramai dari tahun-tahun sebelum ini. Oleh itu persaingan memasuki IPTA menjadi semakin sengit, walaupun syarat minimum masuk ke universiti ialah memperoleh CGPA 2.0 tetapi belum tentu ada tempat.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan tawaran kepada 1,246 pelajar tingkatan enam dan matrikulasi ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767, Helpline 03 8870 6777, Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : [email protected]

Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

12 thoughts on “Tambahan 1,246 Pelajar CGPA 2.8 Ke Atas Dapat Tawaran IPTA

  1. DiplomaBoy says:

    yang ada Diploma dan nak sambung ijazah, jangan mimpi lah nak dapat. haha, keutamaan pengambilan ijazah di IPTA hanyalah pelajar tingkatan 6 dan matriks.

    so yang ada diploma tu, kerja la dulu 3-4 tahun, nanti ekonomi dah kukuh baru sambung ijazah. Jangan mengharap sgt, biasa org ambik diploma ni dia kerja dulu lepas abis blajar..dah ada pengalaman baru dia sambung ijazah.

    P/S: igt, ijazah tu hanya lah sijil sebagai syarat je, dapat tak dapat kerja, tu bergantung pada rezeki. Kalau stakat blaja tinggi2 pastu nak kerja kuli @ makan gaji, bek x paya. Tgk aku diploma shj pun buka bisnes sendiri.

    • diploma sahaja sekarang ni tak cukup nak dapat kerja yang bagus berbanding lepasan degree/masters.selagi boleh blaja teruskan usaha jangan setengah jalan sahaja. sape yang tak mau yang terbaik untuk diri sendiri kan?lagipun tak semestinya nasib kita baik macam orang lain yang kerja sendiri tu..so kita usaha dan berdoa la yang terbaik :)

  2. sy nk tnye kalau dapat nak chek kt mne ea???

  3. sy nak tnye,kalau dapat tawaran ni nak chek kt mane ea???

  4. Mcam mana nk cek kte dpt surt tawarn pertengahan ogos ni? Upu minggu ke-3 september?

  5. upu minggu ke 3 tu untuk kes rayuan punye..tapi yg ney,x twu plak..kat mna nk check ney

  6. Yeke cik suraya nih..1246 ni bkn kes rayuan ke?

  7. Yeke cik suraya nih? Yg ni bkn kes rayuan ke?abs die ikt yg permohonan kte dlu? Ps2 result rayuan kuar lak? Tkkan bertindih?

  8. yg kes rayuan 2 backup if tawaran cgpa 2.8 ke ats pn kite x dpat..sy pn x twu sgt..still confuse..pertengahan blan 8 bru dpat tawaran ney..yg rayuan 2 mggu ke 3 blan 9 kan…

  9. Anak Rantau says:

    Tawaran kedua (khusus buat lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi) yang mempunyai PNGK 2.8 ke atas dan melepasi syarat am Universiti boleh disemak mulai Jumaat 10 Osog 2012 jam 12.00 tengahari melalui http://www.upu.mohe. Tawaran ini adalah muktamad dan berdasarkan kepada kekosongan tempat dan berkemungkinan di luar pilihan calon. Sebarang permohonan untuk bertukar Universiti mahupun bertukar kursus tidak dibenarkan sama sekali.

  10. […] Asasi, dan yang setaraf dengannya yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau CGPA 2.8 dan ke atas tetapi tidak mendapat tawaran UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) […]

  11. […] ini tidak ada maklumat samada keputusan permohonan rayuan ini hanya untuk calon yang mempunyai PNGK / CGPA 2.80 dan ke atas atau untuk semua calon yang ada membuat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>