Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2011

Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berkelayakan dipelawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memohon Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Syarat Am

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1976.
  3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan (DP) Julai 2011.
  2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
  3. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011.
  4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
    • Maklumat Permohonan
    • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    • Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga

  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI yang akan diadakan pada 30 April 2011.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22 April 2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 20 Mei 2011 13 Mei 2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my atau rujuk Semakan Panggilan Temuduga MEdSI 2011.
  5. Temu duga DPLI akan diadakan dari 18 Mei sehingga 25 Mei 2011.
  6. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Universiti Dan Pengkhususan

Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program pendidikan dan pengkhususannya;

IPTA Pengkhususan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Bahasa Inggeris (TESL)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – Pelancongan 

– Bahasa Kadazan / Dusun

– Bahasa Iban

– Bahasa Inggeris  (TESL)

– Ekonomi Rumah Tangga

– Perdagangan & Keusahawanan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Bahasa Inggeris (TESL) 

– Perdagangan & Keusahawanan

 

Tarikh-tarikh Penting

28 Februari 2011 – Permohonan dibuka
14 Mac Permohonan ditutup
18 Mac – Tarikh akhir hantar dokumen
22 April – Semakan Ujian MEdSI
30 April Ujian MEdSI
20 Mei13 Mei – Semakan Temu duga
25 Mei – 1 Jun18 – 25 Mei – Temu duga
Jun/Julai – Keputusan Permohonan

Tarikh di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat terkini.

Tarikh Tutup

  1. Tarikh tutup permohonan Diploma Pendidikan sesi Julai 2011 ini adalah 14 Mac 2011.
  2. Tarikh akhir penerimaan dokumen sokongan adalah 18 Mac 2011.

Maklumat

  1. Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja sila rujuk laman web UPU untuk maklumat yang lebih terperinci.
  2. Alamat, nombor telefon, e-mel dan laman web IPTA yang berkenaan boleh diperolehi di Senarai IPTA.
  3. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010 sebagai panduan.
  4. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian Hotline UPU 03 8883 5858 atau talian Helpline UPU 03 8883 5848 atau talian am UPU 03 8883 5801/ 5802 atau talian faks UPU 03 8889 4260 atau emel: upu@mohe.gov.my
  5. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.


107 thoughts on “Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2011

  1. salam, kplspm bila kua ye?

  2. bila ye dah bole beli no pin kat bsn tok kplspm? dengar cite dah kua..

  3. hamba allah says:

    diploma seni lukis xde ke?

    klo sy xkonvo lg bleh mhon x?

    buat mse ni uitm hnye kuarkan mini trnskrip je..tnsionye..

  4. salam..sya nk tanya…sebahagian kami lepasan ijazah belum lagi konvo dan hanya mempunyai transkrip sementara shj..bole ke permohonan DPLI kami diterima?

  5. Shuhadah Jainal says:

    salam, kplspm ntk lepasan spm 2010 ( bg yg lahir thn 1993) : sye nk tnye:
    1) cmne nk isi online atau manual??
    2) bile tarikh keluar borg dn tarikh tutup permohonan??
    3) syarat2 kemasukan nye cmne??

    tolong lar bg feedback kp sye yer..sbb sye nk sgt mohon jd guru.. please??

  6. saya dah call upu, skarang ni ramai sgt masuk online utk isi dpli tu, so website diorg jam. psl tu la saya xdpt nk register sejak smlm…..kna tggu xramai org online la ni…

  7. ape beza no pn dpli ngan kplspm

  8. xde untuk subjek math ke??da bli numb pin, tp kos sume xde kaitan dengan yg ditawarkn.pening la camni.

  9. mayagstt says:

    problem isi online ni, dia kata kata laluan saya tak sama dgn pgsahan kata laluan atau telah dimohon sebelum ini, sedangkan saya belum send lagi permohonan saya.mcmane?sapa nak jawab?

  10. jemmm~~letih dh mencuba blum pape dh kata laluan tak sah..

  11. penat dah try….cbe esok la plak…huk3…

  12. putriqam says:

    aduh…nape asyik keluar salah kata laluan ni..tensennye…

  13. Salam, saya pilih bahasa inggeris UIA, nnt nk hantar ke mana ek, ke HEP UIA ke, Pendaftar HEP UIA ke, Hantar ke dekan fakulti bahasa ke? kompius gler ni..

    • kte kne htr by hand ke or post je?

    • sy pn pilih BI d uia. rasanya nnt kita kena pi admission and record uia….tanya kt kaunter….rindunyer ngan uia…huhu…harap berjaya diterima….buat kali ke dua masuk uia….amin…..

    • Yelah, saya pilih UPSI, alamat UPSI pun tak dinyatakan. Nak hantar kat mana alamat nie?…. Boleh tak apply dua IPTA?

    • kne htr by hand ke or post je?

      • ازليا Ů…Ř­Ů…ŘŻ نازلي says:

        PENGENALAN

        PENUBUHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

        Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

        LOKASI KAMPUS

        Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris terletak di kawasan bandar Tanjong Malim iaitu di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Negeri Selangor Darul Ehsan.

        MAKLUMAT LANJUT

        Sebarang maklumat lanjut mengenai pengambilan/kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bolehlah melayari Laman Web atau mengemukakannya dialamatkan seperti berikut :

        Pendaftar
        Bahagian Hal Ehwal Akademik,
        Universiti Pendidikan Sultan Idris,
        Jalan Slim,
        35900 Tanjung Malim,
        Perak.
        No. Tel : 05-450 6932/6929
        No. Faks : 05-4582670
        Laman web: http://akademik.upsi.edu.my

        FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

        Pada tahun 2011 ini, UPSI akan menawarkan program Diploma Pendidikan (DP) seperti berikut:

        Pelancongan – Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
        Ekonomi Rumah Tangga – Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
        Perdagangan dan Keusahawanan – Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
        Bahasa Inggeris – Fakulti Bahasa dan Komunikasi
        Bahasa Iban – Fakulti Bahasa dan Komunikasi
        Bahasa Kadazan/Dusun – Fakulti Bahasa dan Komunikasi

        SISTEM AKADEMIK

        Diploma Pendidikan UPSI mengamalkan Sistem 2 semester

        • ازليا Ů…Ř­Ů…ŘŻ نازلي says:

          kalu dkt tu rajin g la hantar..yg jauh tu pos ja kt almt diats

    • Salam… kena confirmkan dgn U berkenaan la kot… Kat atas tu di bawah tajuk MAKLUMAT ada link senarai IPTA yg ada alamat, no. telefon dsbnya…

  14. aah.. boleh apply 2 u x? sikit sgt kos di tawarkan..

  15. iffah ins says:

    assalam… nk tanya ni.. bila saya boleh beli no id maktab untuk sesiapa yg berminat untuk menjadi guru bagi pelajar lepasan spm 2010???

  16. iffah ins says:

    salam… saya nk tanya bila no id maktab boleh dibeli kat bsn untuk sesiapa yg berminat untuk menjadi guru bagi pelajar lepasan spm 2010???

  17. nak tanya kalau kita belum konvo bleh apply x?blajar dh abis..

  18. Salam
    Nak tanya, saya currently ada dgree in math education. So which one yg patut saya apply, DiplomaPLI atau Guru Sandaran Terlatih? Thanks.

  19. sy nak tanye.. kalau parent sy takde sijil kelahiran cmane ea? sebab dorang lahir sebelum merdeka lg. sy nak apply uitm tp di sebabkan parent sy takde sijil kelahiran,mcm tak terlaksana pulak nak apply uitm. tolong jawab yer. tq

  20. maaf bertanya, macam mana nak hubungi UPU.
    pelajar tahun akhir(semester akhir) boleh mohon?

  21. ape yg dimaksudkan dgn surat akuan majikan (jika berkaitan)?surat nie just tuk pemohon yg keje ngn gov je ke?

  22. nk tnya…kalau skang sy part 6 (sem last)..sy boleh start aply DPLI ker????????????….ke kna tngu abis dlu, or grad??konfius….tlg balas sapa tau….. ^!^

  23. cgpa kene at least 2.75. kalau cgpa 2.70 camne? xleh consider ke?

  24. azuana hanapa says:

    kalu siapkan smua proses..mau hntar ke mn ya borangnya?kena hntar ke universiti pilihan ka?

  25. tumpang lalu…nak tanya nih…..Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat tu kena mintak senat universiti sahkan ker? plezzz kepada sesiapa yang tahu…inform me ok

  26. kpli ada kuar tahun ni x

    • Mungkin ada

    • Mebi x coz slalunya da kuar iklan bln 5 or 6 ni..puasa ngan raya pun nk dkat da..dgar cite kpm tgh sediakn modul bru utk kpli..kpli pasni tempoh blaja dia 1 taun setengah bkn 1 taun lg dah..elaun pun akan di cut ckit..mebi akan kuar bln januari 2012 nti plak ambilan baru..

  27. Kenapa tidak tawaran Subjek sains ?????????????

    • saintis oficer says:

      sekarang ni aku rasa diorg dah perlukan org2 sains ni..dah berlambak kor org sains ni..so dulu masa spm baik amek sastera..lg cerah masa depan..org sains selalu jadi org bawahan

  28. aku geram giler call diorg x angkat2 ni…
    so, aku nk tanye pendapat korang la…
    bagi sape2 yg da isi, no 41, mase isi dia tanye lain2 pngk (aku pon tls la pngk matrik aku)
    tapi, lepas abis isi n tekan sah hantar, aku pon print, kt no 41 2 jadi lain plak, jadi JIKA LAIN2 SILA NYATAKAN.

    so, aku pon was2 la, ape bende ni… nk call diorg tanye, abes no aku call, xde yg angkat…
    please help me…
    TQ

  29. akak intan berlian says:

    saya ade ijazah sarjana muda kejururawatan UM..agak kursus aper yg sesuai dgn saya untuk jadi cikgu ni..kalo ekonomi rumah tangga boleh tak sbb saya ni pandai masak, pandai kemas rmh,pandai jaga anak2..suami saya selalu puji saya dalam menguruskan keluarga..lagipun saya dah bosan jadi nurse hospital kerjaan..asyik kena hina jer..gaji pon ckit..nak g arab pon takut laki curang..lagipun kerja cikgu leh balik awal, kerja separuh hari jer..gaji byk gak dengan elaun yg mcm2 dan juga kerajaan selalu bagi bonus dan ganjaran kat cikgu ni..mcm mana ya..saya mmg minat nak jadi cikgu dari dulu lg tapi dulu saya tak layak masuk maktab..so saya amek diploma kejururawatan then dari diploma saya sambung degree..kalo tak ijazah sarjana muda kejururawatan dari UM yg saya ader ni mmg xder guna langsung..nak jadi pengawai jururawat mcm xder kekosongan jer..tolonglah saya

  30. selamat pagi, bilakah, KPLI-SR akan ditawar untuk permohonan?
    terima kasih

  31. saya telah menduduki stpm 2009 &2010.tapi kuputusan stpm2009 lebih baik drpd keputusan stpm 2010.jadi saya ingin memohon upu utk melanjutkan pelajaran saya di u.jadi saya telah menghubungi pihak urusan pengambilan pelajar untuk menukarkan kategori saya.dah banyak kali menghubungi pihak tersebut tapi mereka menyatakan bahawa saya perlu tunggu.hari ini pun dah tarikh 22 dan tarikh tutup pula 4.4.jadi saya tidak tahu tindakan saya seterusnya.

    • Cuba call semua nombor UPU ni atau faks atau emel mereka…. Hotline : 03-8883 5858 Helpline : 03-8883 5848 Talian Am : 03-8883 5801/5802 Faks : 03-8889 4260 E-mel : upu@mohe.gov.my

  32. Zuliana Saripan says:

    Saya pon ade soalan… saya cume ade Diploma electrical engineering.Saya minat betul nak jd guru matematik, sekarang saya ade buat kelas tusyen matematik untuk sekolah rendah dan menengah.Ape patut saya buat untuk mencapai cita-cita saya ni.Tolong berikan idea .

  33. pelajar spm says:

    Nak tanye ckit pasal uitm boleh??? sye nk mintak PROGRAM PROFESSIONAL uitm dlm program akaun….tetapi ….syaratnye nak sekurang-kurangnya B dlm BI…tetapi saya dapat C…bole sye mintak????

    • rasanya tak boleh.sebab dah terang2 dia tulis syaratnya.tp tak mustahil awak boleh diterima jugak.

      • aimy ajar says:

        heloo…saya lepasan spm 2010…macam mana kita mahu tahu kita dapat masuk maktab ya??saya dah beli nombor pin,masalah nya..banyak org ckap msti salin borang..tapi saya tak pulak salin borang…hmm..2 masalah saya..harap bantuan sapa2 yang lebih arif..

  34. remaja .... says:

    Nak tanye ckit pasal uitm boleh??? sye nk mintak PROGRAM PROFESSIONAL uitm dlm program akaun….tetapi ….syaratnye nak sekurang-kurangnya B dlm BI…tetapi saya dapat C…bole sye mintak????

  35. saya mempunyai diploma kesetiausahaan..bolehkah saya memohon untuk pengajian perguruan..dimana saya boleh mohan??harap bantuan..

  36. nak bukak web page mpm nk check result pon x bole ni…. ade sape2 dapat check result x?

  37. […] Permohonan Program Diploma Pendidikan […]

  38. nk tnye.. sy ade bli beberapa buah buku untuk ujian medsi.. 1 buku tue ade contoh2 soalan medsi yang hnye perlu dijwb smada 'ya' atau 'tidak'' sahaja n 1 buah bku lgi tue ade contoh soalan ujian medsi yg ade jwpnnye spt 'i-sangat tidak stuju' ii-tidak setuju'' iii-sutuju iv-sngt setuju.. boleh sy tahu untuk ujian medsi yg akn dtg 2 berbentuk macamane 1? samada hnye 2 pilihan jwpn tue shaja @ ade juga bahagian yg mengandungi 4 pilihan jwpn perlu dijawab dalam mase 1 jam?

  39. salam..sebagaimana tuan nyatakan, semakan bg temuduga blh disemak pada 13 mei 2011 iaitu hari ini. tetapi sehingga kini semakan masih tidak boleh dilakukan. boleh bagi maklumat sekiranya ada pertukaran tarikh semakan tersebut?

  40. ada sape2 pernah g interview DPLI x? saya terpilih untuk temuduga..boleh ke kongsi tips nak g temududga dengan saya..plzzz..

  41. pengambilan dpli ni di buat brape kali setahun ek…

    • Slalunya sekali je setahun..sma gak ngan kpli..rajin2la bli mingguan malaysia coz slalu kuar paper tu je..

  42. […] Keputusan Permohonan Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2011 […]

  43. Salam..sya ada Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Bioindustri)..agak2kn, apa opsyen sy sesuai utk sy amek DPLI ek? Dlu sy cemerlang dlm SPM, Biologi n Kimia sy dpt A..sy juga sgt aktif time kt sekolah dlu..tp PNGK degree sy x melepasi syarat am DPLI..agak2 ada peluang x sy amek DPLI..? Bg pendapat plezz..

  44. bila erk ada pengmblan DPLI ni ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.