Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR j-QAF Ambilan Januari 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.

Permohonan KPLI

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  5. Ijazah tersebut mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  6. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

Keutamaan

  1. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
  2. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
  3. Calaon yang mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
  4. Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Bidang Pengkhususan

Bidang pengajian yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Arab
  2. Pendidikan Islam
  3. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Januari 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di portal Permohonan Dalam Talian KPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2012.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman web KPM bagi menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Ujian MTeSt

  • Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
  • Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah)
  • Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

Temuduga

  • Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang permohonan.
  • Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
  • Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

Tarikh-Tarikh Penting

  • 26 September 2011 - Permohonan dibuka
    9 Oktober - Permohonan ditutup
    25 Oktober - Semakan ujian MTeST
    29 Oktober - Ujian MTeST
    4 Disember - Semakan temu duga
    12 – 16 Disember - Temu duga
    17 Januari 2012 - Keputusan Permohonan
    30 Januari 2012 - Pendaftaran
  • Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KLPI SR Januari 2012.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

  • Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Maklumat

  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2012 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010 dan Januari 2011.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLI SR ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1259/ 1280/ 1256
    • URUS SETIA
      BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru
      Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA
      BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

    80 thoughts on “Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2012

    1. bagaimana pula dengan kpli sr ?

    2. apasal ni…penting sgt ke pengajian arab tu?? tnggu dn tnggu…huh.

    3. bilakah bidang pengajian lain ditawarkan???

    4. saya bukan pemegang ijazah yang berkaitan tetapi selepas konvokesyen, saya menyambung pengajian agama di sekolah pondok sbb minat dan kecenderungan amat tinggi untuk mendalami ilmu agama. Saya telah memohon kpli j-qaf ini, apakah peluang untuk saya?

    5. kpli untuk sekolah rendah blum ada ka?

    6. kplistudent says:

      kpli sr akan ditawarkan utk intak 2012, kena sabar sebab kem ada buat perubahan , mulai intake 2012 kpli bukan lagi setahun tetapi setahun setengah.. just wait for the advertisement :)

    7. tunggukplisr says:

      agk2 bln brape erk

    8. kpli sr akan ditawarkan..cuma xtaw bila..dulu 1thn training..pasni 1 thn setengah da…

    9. macam mana yea nk bg lulus mtest?saya dh lbh 10 kali amik mtest tp xpenah dapat…

    10. saya ingin bertanya, bilakah tarikh keputusan utk kpli sr jqaf 2012? terima kasih..

    11. INTAKE NIKAN UNTUK SUBJEK 'MASALAH PEMBELAJARAN -J-QAF-PENDIDIKAN KHAS'…PERLUKAH MESTI ADA IJAZAH BERKAITAN AGAMA SAHAJA???

    12. khairunnisa says:

      saya nk tanye…bru2 ni sy menduduiki ujian mtest…tp sy sebenarnye mempunyai ijazah sarjana muda sastera yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sejarah dan pengajian islam semasa di universiti. Soalan saya, adakah saya layak utk jawatan ini dsebabkan sya sememangnya tidak mempunyai pengetahuan dlm bahasa arab n tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bhasa arab???

    13. saya nk tanye…bru2 ni sy menduduiki ujian mtest…tp sy sebenarnye mempunyai ijazah sarjana muda sastera yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sejarah dan pengajian islam di universiti adakah saya layak utk jawatan ini dsebabkan sya sememangnya tidak mempunyai pengetahuan dlm bahasa arab n tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bhasa arab???

    14. Nisa, untuk pengetahuan awk, awk turut tersenarai dlm calon layak menduduki MTest sbb awk mempunyai kelayakan asas (iaitu pengajian islam peringkat SPM, dan juga pengajian islam di university).
      Justeru, seandainya awk Berjaya dipanggil temuduga, itu merupakan satu peluang utk awk cuba yakinkan kepd pihak penemuduga bhw awk adalah layak utk diberi peluang menjadi guru j-qaf.

    15. penantian yg menguji kesabaran…. 4 disember ……… :) semoga kita terpilih… insyaAllah :D

    16. seandainye kite dah dpt tapi lepas tu nk tukar opsyen leh x?ade sape leh bantu

    17. 4 dis bukan hari ahad ke? ntah2 kuar 5dis tak?

    18. x dpt temuduga.camna nk wat rayuan???

      • Boleh ke buat rayuan? saya nak merayu, macamana ye….

      • nape intan xboleh..dl amik kos xberkaitan dengan agama ker?kl nak wat rayuan lebih baik kol pihak kpli sekarang..tnya leh wat rayuan tau x,mcmne cranyer..mane tahu nt lewat2 xleh plak..

    19. Pengambilan di jangka ramai, sama2 la kita ikhtiar,saya dapat info kat http://panduantemudugajqaf.blogspot.com/

    20. Salam Sejahtera; bila tarikh pendaftaran KPLI tahun 2013 diwarkan. Mark

    21. sian adik saya,otak kimia, ada degree kimia tp hati nk belajar ilmu akhirat, pergi belajar kat sekolah pondok sampai bertahun2….hinggakan terrer lah bhs arab dia. minta kpli j-qaf ni malangnya x dpt temuduga. apa nak buat saya suh dia bersabar jelah sementara menunggu KPLI lain keluar. Mungkin rezeki dia mengajar di sekolah pondok je

    22. empati nk suh adik wat rayuan…tp dia cuma dpt mtest je,temuduga x dpt. blh ke wat rayuan?mcm mana caranya? dulu ad try call putrajaya tp dpt ckp ngan operator je sp kredit abis…fade-up.

    23. agaknya KPLI SR ada lagi tak ? bila pula dpli nak keluar ?

    24. salam
      sedey nyer tak dpt ambilan 2012.. mase interview da wat abes baik dah.. redha.. mayb bkn rezki sy.. tp sy nk tahu bgmn nk wat rayuan.. adekah kpt nati wat aplikasi e-rayuan? atau kne anta surat?

    25. bila tarikh untuk membuat pemohonan KPLI 2012

    26. Bila KPLI-SR? lama menuggu…:(

    27. as salam..utk lepasan diploma boleh ke wat KPLI?

    28. Hi, Bila ada pengambilan untuk subject lain ya?..Thanks..

    29. tgu la hujung tahun depan

    30. wan halijah says:

      bila iklan untuk kpli sekolah rendah akan keluar bagi tahun 2012

    31. taun nie ader ag ke kpli jqaf ambilan 2013…..??!

    32. Jangan mengharap sangat pada KPLI. Rezeki itu luas. Cari dulu pengalaman kerja sebelum minta kalau ada peluang pada masa depan.

    33. dia kpli intake january je ke?

    34. kpli da intake january je ke?

    35. bg la info kpli sr ambilan 2013..

    36. prmohonan kpli-sr & kpli-jqaf ambilan 2013..mungkin akn d buka pd hujung tahun ni.. dengar kwn2 ckp yg keje kt kpm…….. walahualammm… tggu dan lihat.

    37. Ujiee: Thanks bg info, at least dpt prepare awal2 :)

    38. saya mau tanya, bila lagi ambilan kpli 2012 akan dibuka…penuh harapan…

    39. Salam. saya nak tanya, btul ke KPLI dh di beku? tp dlm komen atas2 ni, kata KPLI ada lg hujung thn 2012 ni? ye ke? so, mcm mana nk tahu if ada or x? web KPM ke?

    40. saya nk aply..mcm mna ni

    41. dua kali apply kpli jqaf..1st dapat panggilan temuduga tapi time tu tak konvo lagi, mungkin sbb tu tak dapat..2nd tak dapat panggilan temuduga pn..mtest tak lepas..frust! tapi takkan berputus asa tuk apply lagi..skrg keje je jadi guru ganti, admint office & insyaAllah nak mintak guru kafa gk ni, cari pengalaman..sama2 kita doa next time dapat jadi guru jqaf..aamiin..klu ada info KPLI JQAF-SR/DPLI 2013 admint inform la kami ye..

    42. masih menunggu tuk KPLI 2013.. Hope masih ada ag.. dgr2 bulan 9 ni buke.. tunggu dan lihat.. insyaAllah..

    43. Jugak masih menanti kpli………..

    44. hrmm bile nk kuar kpli taun ni erkk

    45. yeah .. hopefully dis year ada KPLI-SR.. amin…

    46. cita-citaku… harap sesiapa yang berjaya nanti mengajarlah dengan penuh dedikasi…. aku cuba rezeki lain… huhuhuh…

    47. […] Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010, Januari 2011 dan Januari 2012. […]

    48. klu rezeki x kan ke mana. usaha dan terus usaha frnd…

    49. bila keputusan temuduga jqaf nak kuar ni?

    50. salam..just nk share..kalau ad yang xdpt leh wt ryuan..tp kn g sdr kt ptrajaya..member yang gtaw..die pos je xdpt,member die pg sdr dpt..try la..mane taw yg xdpt 2 ad rezeki..

    51. btul k?? sedih sgt ble xdpt..

    52. selamat petang,

      boleh saya tahu adakah pengambilan KPLI pada tahu ini (2013) sudah ditutup?? Permohonan pada tahun 2014 akan dibuka bila??

      terima kasih

    53. hii,,,
      bila lg dpli n kpli akan d buka utk thn ni? dah nk habis dah thn 2013…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>