Permohonan Ke IKBN Sesi Julai 2009

TERKINI :

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini perlulah dibuat secara online.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat

Syarat Utama

  • Pemohon berumur 18 – 30 tahun
  • Telah tamat Tingkatan 5
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan belum berkahwin

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Tarikh Tutup

  • Permohonan ditutup pada 19 April 2009

Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685.

Related posts:

  1. Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009
  2. Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009
  3. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  4. Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010
  5. Permohonan Ke Politeknik KPT Sesi Julai 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

74 Comments

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives