Permohonan Kemasukan INSTEP Sesi Julai 2013

Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.

Petronas - INSTEP

Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.

Program

  1. PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
  2. Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.

Permohonan INSTEP

Syarat Memohon

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Mekanikal, Kimia, Instrumentasi, Elektrikal, Elektronik, Mekatronik, Proses atau yang setaraf
  4. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1hb Januari 2013.
  5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

DAN

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan SPM yang baik.

Cara Memohon

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2013.
  2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
  3. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  4. Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
  5. Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
  6. Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
  7. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
  8. Permohonan tidak akan diterima selagi butang "Hantar" tidak diklik.
  9. Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.

Tarikh Tutup

  1. Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2013 ini akan ditutup pada 28 April 2013, jam 5.00 petang.
  2. Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.

Temuduga dan Ujian Bertulis

  1. Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan diumumkan secara online di laman web Pemohonan PTP-1 Ambilan Januari 2013.
  2. Semakan keputusan dijangka akan boleh dibuat dalam bulan Mei 2013.
  3. Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
  4. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
    Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
    21020 Kuala Terengganu
    Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
    Faks: 09-668 6130
    E-mel: instep@petronas.com.my

4 thoughts on “Permohonan Kemasukan INSTEP Sesi Julai 2013

  1. pgambilan rayuan @ pggilan ke2 ada ke?

  2. setahun berapa kali pengambilan?selepas sesi julai ada lagi ke pengambilan

  3. joharibujang says:

    saya nak tanya soalan yg sama…berapa kali pengambilan setahun…selepas julai 2013, ada lagi tak?..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.