Biasiswa Yayasan Khazanah 2013

Program Biasiswa Yayasan Khazanah ditawarkan kepada pelajar yang memiliki kecerdasan, motivasi dan rekod pencapaian luar biasa yang berpotensi menjadi pemimpin yang mampu melakar semula masa depan. Program ini diharap dapat melatih generasi pemimpin dalam perniagaan dan industri supaya boleh memberi sumbangan yang besar kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan organisasi utama yang lain di dalam negara atau di seluruh dunia.

Biasiswa Yayasan Khazanah

Jenis Biasiswa

Yayasan Khazanah menawarkan 6 jenis biasiswa iaitu;

  1. Program Biasiswa Khazanah Cambridge (Sarjana Muda)
  2. Program Biasiswa Khazanah Cambridge (Siswazah)
  3. Program Biasiswa Khazanah Global (Sarjana Muda)
  4. Program Biasiswa Khazanah Global (Siswazah)
  5. Program Biasiswa Khazanah Watan (Sarjana Muda)
  6. Program Biasiswa Khazanah Watan (Siswazah)

Program Biasiswa Khazanah Cambridge (Sarjana Muda)

Biasiswa Khazanah-Cambridge (Satjana Muda) menyediakan penajaan kewangan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di University of Cambridge.

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran bersyarat atau tanpa syarat untuk kemasukan ke Universiti Cambridge atau sedang mengikuti pengajian di Universiti Cambridge, dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Biasiswa Khazanah Cambridge (Siswazah)

Biasiswa Khazanah-Cambridge (Siswazah) menyediakan penajaan kewangan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti pengajian siswazah (Master/ PhD) di University of Cambridge.

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran bersyarat atau tanpa syarat untuk kemasukan ke Universiti Cambridge atau sedang mengikuti pengajian di Universiti Cambridge, dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Biasiswa Khazanah Global (Sarjana Muda)

Biasiswa Khazanah Global (Sarjana Muda) ini menyediakan penajaan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Program Biasiswa Khazanah Global (Siswazah)

Biasiswa Khazanah Global (Siswazah) ini menyediakan penajaan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian siswazah (Master/ PhD) di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Program Biasiswa Khazanah Watan (Sarjana Muda)

Biasiswa Khazanah Watan (Sarjana Muda) merupakan satu anugerah biasiswa berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan terpilih.

Program Biasiswa Khazanah Watan (Siswazah)

Biasiswa Khazanah Watan (Siswazah) merupakan satu anugerah biasiswa berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk mengikuti pengajian Siswazah (Master/ PhD) di universiti-universiti tempatan terpilih.

Bidang Pengajian

Business

  • Economics
  • Finance
  • Investment
  • Law
  • Actuarial Science

Bio-sciences

  • Bio-engineering
  • Bio-informatics
  • Bio-technology
  • Molecular Biology

Engineering

  • Electronics
  • Micro-electronics
  • Material Science
  • Nanotechnology

Kelayakan Memohon

Bagi mengetahui syarat dan kelayakan memohon sila rujuk pautan berikut;

  1. Program Biasiswa Khazanah Cambridge
  2. Program Biasiswa Khazanah Global
  3. Program Biasiswa Khazanah Watan

Cara Memohon

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah perlu dibuat secara online di Permohonan Program Biasiswa Khazanah.

Hanya permohonan secara online akan diproses.

Semua komunikasi akan dibuat melalui emel.

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2013 akan ditutup pada 8 April 2013.

Mereka yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 15 April 2013 boleh menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Yayasan Khazanah untuk maklumat terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian telefon 03 – 2034 0000, faks 03 – 2034 0440 atau emel: yk@khazanah.com.my

One thought on “Biasiswa Yayasan Khazanah 2013

  1. Nor Syahida binti Mohd Pauzi says:

    mohon keputusan biasiswa saya, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.