Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013

Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

Sistem Pengajian

Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin.
  2. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
  3. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
    • Bahasa Melayu
    • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam
    • Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
    • Lulus Bahasa Inggeris

    Atau

    • Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM
  4. Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

Yuran Pengajian Dan Elaun

  • Yuran pengajian tidak dikenakan.
  • Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

Cara Memohon

  1. Maklumat lanjut dan borang permohonan online boleh diperolehi melalui laman web:
  2. Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.
  3. Borang Permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dibawa bersama semasa temuduga.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran ini adalah 21 Mac 2010.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 1 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 6063 5333 / 5350 atau faks 03 6064 5497 atau email pengambilan@darulquran.gov.my

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , Read 312 articles by Azhad Nilam

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

5 Comments Post a Comment
  1. [...] TERKINI : Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013 [...]

  2. syaza says:

    salam
    kalau tidak ambil bahasa arab macam mana?
    tapi saya berminat

  3. abdul hafiz bin mustadi says:

    Salam..saya berasal dari Kota Belud Sabah dan kini sedang menunggu keputusan daripada Jakim sama ada permohonan saya diterima atau ditolak untuk ke Darul Quran.Saya ingin bertanya sekiranya saya tidak mempunyai sijil bahasa arab komunikasi atau bahasa arab tinggi,adakah permohonan saya akan ditolak?Saya hanya ingin mendapatkan kepastian kerana saya benar-benar ingin mencapai keinginan untuk menjadi seorang hafiz Al-Quran..

  4. amni jannah says:

    slm,sy nk taw camner nk buat rayuan untuk memasuki ke diploma tahfiz darul quran sesi 2010/2013……???

  5. amni jannah says:

    slm,sy ingin taw cmner nk buat rayuan untuk memasuki ke diploma tahfiz darul quran sesi 2010/2013..?????

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.