Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan STAM

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STAM ini ini adalah untuk pelajar lepasan STAM bagi tahun 2009, 2008 dan 2007 sahaja. Lepasan STAM bagi tahun 2006 dan sebelum perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

Syarat Kemasukan

Permohonan Lepasan STAM IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulusan STAM tahun 2009, 2008 atau 2007 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; DAN
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan lepasan STAM perlu dibuat melalui UPU seperti berikut;

  1. Tempoh permohonan;
    • Tarikh dibuka – 2 Februari  2010
    • Tarikh ditutup – 30 Mac 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi 2010/2011.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah 30 Mac 2010.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

9 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan STAM

  1. Saya terlepas untuk menduduki MUET pertengahan tahun ini.
    Masih boleh ke apply untuk progaram ijazah muda lepasan STAM.

  2. Mun,
    Kalau tak silap saya boleh, asalkan anda mendaftar untuk menduduki MUET penghujung tahun. Jika anda mendapat tempat ke IPTA, ia merupakan tawaran bersyarat iaitu mesti mencapat tahap MUET yang ditetap di peperiksaan akan datang. Walaupun begitu sila hubungi pihak UPU untuk kepastian.

  3. bila agaknya semakan upu stam? adakah sama dengan tarikh semakan stpm?

  4. pelajar stam says:

    saya dulu pelajar aliran sains agama…..
    sekarang sy menduduki sijil tinggi agama malaysia.. ( STAM )
    boleh tak selepas stam ini sy ingin menyambung pengajian sy dlm aliran sains??
    apakah kursus2 yg ditawarkan kepada budak stam dalam aliran sains?

  5. Macammana nak mohon ipta mggunakan sijil STAM..saya agak kurang berpgalaman…adakah IPG menyediakan program baru utk lepasan stam??

  6. Salam… anda boleh semak di Syarat Khas di laman web UPU

  7. salam
    saya lepasan STAM 2011 dn sy juga tdk ambil MUET..
    boleh ke sy mohon upu utk sesi 2012 ini tnpa MUET???
    mohon penjelasan anda..
    thanks..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.