Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STAM

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan STAM 2010 dan 2009

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dibuka. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STAM ini adalah untuk pelajar lepasan STAM bagi tahun 2010 dan 2009 sahaja iaitu;

  • Kategori T – Lepasan STAM 2010 dan 2009

Lepasan STAM bagi tahun 2008 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

Syarat Kemasukan

Permohonan Lepasan STAM perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulusan STAM tahun 2010 atau 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; DAN
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan lepasan STAM perlu dibuat melalui UPU seperti berikut;

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
    • Tarikh permohonan ditutup –  4 April 2011
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi 2011/2012.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah 4 April 2011.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU sebelum membuat permohonan.
  4. Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  5. Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : [email protected]
  6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

18 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STAM

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Adi Wira and others. Adi Wira said: RT @ePutra: Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STAM 2010 & 2009 http://eputra.com/?p=2269 [...]

  2. radin anis adlina says:

    nk tanye…tarikh permohonan kemasukan untuk pelajar lepasan stam 2010…….kalau dpt pangkat maqbul macam mane nak mohon…

  3. salam! maaf tanya jika terlupa kata laluan borang upu….adakah perlu saya hubungi pihak upu melalui helpline atau beli no unik id yg baharu?..

  4. salam..nak tnya..kalau dapat maqbul..amcam nak mohon??

  5. salam..saya pelajar lepasan STAM,namun tak dapat menghadiri ujian MUET di sekolah kerana ada keuzuran. Adakah saya masih boleh memohon pengajian di IPTA? Sekian,terima kasih.

    Satu lagi,bilakah tarikh SEBENAR kemasukan ke Univ2 pada tahun ni? Adakah pada bulan 6 @ bulan 9?

  6. sye pon lupe kata laluan gk..sedih xleh buat ape..result sye ok ape…uhuhhhhuuuuuu

  7. salam..ada maklumat pasal program master / sarjana ??nak tnya mcm mn nak apply master separuh masa kat utm?? bilakah ambilan jun/julai akan dibuka??

  8. assalamualaikum
    ada maklumat untuk further studies ke mesir (pengajian islam ) sesi 2011/2012 ? jenuh menggoogle tak dapat jwpn yg sesuai. yg ada borang di kpt tp utk sesi 2010/2011. mohon pertolongan sesape. jazakumullah.

  9. salam alaik..

    iya setuju dengan ‘pening’,borang untuk pengajian luar negara(mesir,jordan,morocco) lepasan stam 2010 belum dikeluarkan ke?selalu ptghn bulan mac lepas result spm,borang dah ada.

  10. assalam…..
    saya nk tnya…..bila kputusan permohonan akan dikeluarkan….tarikh untuk semak keputusan kemasukan ke ipta???

  11. salam..erm muet xda xbbleh lpas ke???

  12. tarikh pemohonan sesi 2012 ble open?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>