Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat 2012

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dirancang oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi membentuk rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. Penyemaian budaya ilmu boleh diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan formal. Program-program dan inisiatif melalui PSH akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara.

Usaha menjadikan PSH sebagai satu gaya hidup masyarakat dan komuniti di negara ini diusahakan melalui beberapa penerapan mesej dan peningkatan kesedaran tentang agenda PSH. Salah satu daripadanya adalah Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional.

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional akan diadakan pada pada 22 dan 23 September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur.

Di Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat ini orang ramai akan mendapat maklumat mengenai program PSH yang ditawarkan kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai program PSH dan mencetus idea ke arah meningkatkan kualiti hidup melalui PSH.

Aktiviti Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional

Sempena Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional ini, empat aktiviti utama yang akan dilaksanakan iaitu:

  1. Majlis Pelancaran Karnival PSH yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi;
  2. Karnival PSH yang terdiri daripada 100 booth pameran dan pelbagai aktiviti hands on yang disertai oleh lebih 10 kementerian dan agensi yang menawarkan program PSH;
  3. Seminar PSH pembentangan kertas mengenai PSH yang turut disertai oleh kementerian dan agensi yang menawarkan program PSH; dan
  4. Promosi PSH untuk meningkatkan kesedaran dan galakan kepada orang ramai terhadap pelbagai program PSH yang sedia ada.

Kolej Komuniti merupakan salah satu daripada agensi yang menawarkan pelbagai modul kursus dalan program PSH ini dengan bayaran bermula dari RM5.00 sahaja. Sila lihat Senarai Kursus dalam program PSH yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti seluruh negara.

Maklumat

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Facebook Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Boleh juga terus menghubungi Urus Setia Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional iaitu Wan di talian 03-8870 5096 dan Merha di talian 03-8888 5277.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.