Permohonan Melalui UPU Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM
Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2013/2014 atau ambilan 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah dibuka mulai 7 Januari 2013.
POLITEKNIK dan ILKA
Permohonan kemasukan ke Politeknik melibatkan semua Politeknik kecuali Politeknik Premier.
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:
- KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) - INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) - KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
- Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) - KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
- Polikteknik
- Kolej Komuniti - MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) - KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf.
KATEGORI PERMOHONAN
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;
-
Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.
-
Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.
-
Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
-
Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.
Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;
-
Kategori 1
Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.
-
Kategori 2
Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.
-
Kategori 3
Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.
PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian yang boleh dipohon adalah
-
Lepasan SPM
- Sijil & Sijil Lanjutan
- Diploma
-
Lepasan SKM
- Sijil & Sijil Lanjutan
- Diploma & Diploma Lanjutan
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.
PERMOHONAN
- Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
- Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
- Bagi lepasan SPM, setiap pemohon dibenarkan memilih lima pilihan program pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya tiga pilihan program pengajian yang berlainan.
- Bagi lepasan SKM, setiap pemohon dibenarkan memilih tiga pilihan program pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya satu pilihan program pengajian.
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
NOMBOR UNIK ID
- Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
- Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
- Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
- Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60.
- Satu nombor unik ID yang sama boleh digunakan untuk 3 jenis permohonan iaitu ke IPTA, Politeknik dan ILKA.
- Contoh Slip BSN.
DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi-agensi yang berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bersama mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke Politeknik dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik 10% markah kokurikulum dan 15% pendapatan, tempat tinggal, dan tanggungan (SES).
- Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
- Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf; atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
- Memenuhi syarat khas program pengajian/kursus seperti yang ditetapkan oleh institusi/agensi;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian/kursus dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh institusi/agensi bagi program pengajian/kursus yang memerlukan;
- Program pengajian/kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;
- Bilangan tempat yang disediakan di institusi/agensi
- Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.
PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN
Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;
- Syarat Permohonan
- Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
- Takrif Bumiputra
- Syarat Pemilihan Program
- Program VTO
- Dasar Markah Kokurikulum
- Penyediaan dan Pengiraan Merit
- Penajaan
- Dasar Pertukaran Program Pengajian/Kursus
- Dasar Pertukaran Politeknik/ILKA
- Dasar Rayuan
TARIKH TUTUP
- Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA melalui UPU bagi lepasan SPM dan SKM ini akan ditutup pada 15 April 2013.
MAKLUMAT & PERTANYAAN
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
- Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.
- Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/setaraf dan SKM Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.Hotline UPU: 03 8870 6767
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864E-mel: [email protected]
- Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi Politeknik dan ILKA yang berkenaan.








[...] Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM. [...]
saya dah beli unik ID..Tp tak dpt..dia tulis…’UNIK ID YANG DIMASUKKAN ADALAH SALAH’ mcm mana itu…
kalau saya sudah apply untuk kemasukan ikbn tapi saya guna link yang sama untuk kemasukan adtec pula tapi tidak boleh…harap encik dan cik boleh tolong
[...] Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014 [...]
[...] Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014, ada 5 pilihan program. [...]
[...] Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014. [...]
saya sudah apply untuk ke adtec tp bila sy beli nom pin bru org bsn bg nom yg sama jadi ada cara lain ta untuk ke ikbn nie harap blh tolong