Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2011 Sabah Sarawak

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011 Di Sabah Dan Sarawak

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2010 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2011 di Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
  3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (Matematik dan Sains harus A) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010.

Pemilihan

  1. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan


Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi, iaitu 11 November 2010.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.


Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2011.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
  2. Sila rujuk laman web MARA untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2010.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2010.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Recent Trackbacks

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Sabah Sarawak | ePutra

[...] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Sabah Sarawak 2010 dan 2011 sebagai [...]

Comments (19)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Commenting Disabled
Further commenting on this page has been disabled by the blog admin.
Ayah prihatin's avatar

Ayah prihatin · 737 weeks ago

saya ayah kepada seorang penuntut UPRS yg mendapat keputusan cemerlang dari sabah. Masalah saya adalah saya nak anak saya masuk MRSM, tapi cikgu berikan borang SBP untuk di isi. Saya ada beritahu cikgu tersebut saya lebih berminat anak saya ke MRSM. Katanya tak apa-apa. Tapi menurut sumber, sekiranya mendapat tawaran dari SBP, MRSM secara otomatik akan menolak permohonan penuntut, saya telah mengisi permohonan SBP dulu dan juga MRSM secara on-line.Tolonglah, saya nak anak saya masuk MRSM. Bagaimana nak selesaikan.
Reply
2 replies · active less than 1 minute ago
nak buat macam ne's avatar

nak buat macam ne · 736 weeks ago

biasa nya murid yang dapat sbp tidak akan di terima ke mrsm.... saya pernah buat rayuan 4 kali nak masukkan anak ke mrsm semuanya ditolak gara-gara dah dapat di sms
Reply
Kakak Prihatin's avatar

Kakak Prihatin · 728 weeks ago

Samalah juga dengan situasi adik saya..sudah isi permohonan MRSM melalui online pada Dis 2010..& guru sekolahnya mengisi borang SBP untuknya &adik saya diterima masuk ke SBP di semenanjung tapi adik saya tidak pergi sebab dia lebih berminat masuk ke MRSM.Bila saya beritahu dia yang dalam syarat MRSM camni: "Pemohon yang ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM", dia hanya mengeluh..so sekarang dia redha dengan keputusan MRSM..kalau dapat,syukur lah & kalau tidak dapat,apa boleh buat ^_^
Reply
Ibu Anak 5A's avatar

Ibu Anak 5A · 737 weeks ago

biasanya begitu la, last year anak sya tak dpt SBP tpi dia dpt tawaran MRSM..malangnya tawaran MRSM ni lmbt kuar sekitar bln Feb-April....anak sya dah dpt tawaran YS kat Semenanjung..
Reply
PELAJAR TAHUN6's avatar

PELAJAR TAHUN6 · 737 weeks ago

SAYA IALAH PELAJAR TAHUN 6.SAYA INGIN MEMOHON UNTUK MASUK KE MRSM TETAPI SAYA TIDAK TAHU MACAM MANA HENDAK MENDAPATKAN NO PIN/KATA LALUAN.SAYA JUGA TIDAK TAHU DIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN NO PIN/KATA LALUAN TERSEBUT.SAYA TINGGAL DI SIBU SARAWAK.SAYA HARAP ANDA DAPAT MEMBANTU SAYA DENGAN SEGERA SEBELUM TARIKH KEMASUKAN KE MRSM TUTUP...TERIMA KASIH.....
Reply
PELAJAR TAHUN 6's avatar

PELAJAR TAHUN 6 · 737 weeks ago

SAYA PELAJAR TAHUN 6 INGIN MEMASUKI MRSM TETAPI SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA CARANYA DAN DIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN NO PIN/KATA LALUN UNTUK LOGIN MASUK UNTUK MENDAPATKAN BORANG KEMASUKAN KE MRSM..SAYA AMAT BERHARAP AGAR ANDA DAPAT MEMBANTU SAYA..SAYA TINGGAL DI SIBU SARAWAK.TERIMA KASIH.......
Reply
mama risau's avatar

mama risau · 732 weeks ago

Anak saya bersekolah di smenanjung tahun 6 2010 dan mndapat kputusan 5A..dia gagal ke sbp namun saya ada memohon mrsm di sabah..kerana kami telh brpindah ke sabah selesai saja anak saya mndpt kputusan upsr..persoalan saya, adakh pelajar dr sabah sahaja yg layak @ diberi keutamaan utk kemasukan ke mrsm di sabah.
Reply
tuyu eh...
Reply
Sekolah baik hanya sedikit. Sabah tiada high performance school, semua d semanjung. Yang sedihnya sekolah yang agak baik di Sabah pun diisi oleh orang semanjung. Pelajar cemerlang dari Sabah terabai. Kalau susah sangat kita minta ketua pengarah pelajaran dan menteri pelajaran orang Sabah, baru ada peluang. kalau tidak kita tukar kerajaan.
Sabah prehatin
Reply
Sabahan right wings's avatar

Sabahan right wings · 732 weeks ago

Sekolah baik hanya sedikit. Sabah tiada high performance school, semua d semanjung. Yang sedihnya sekolah yang agak baik di Sabah pun diisi oleh orang semanjung. Pelajar cemerlang dari Sabah terabai. Kalau susah sangat kita minta ketua pengarah pelajaran dan menteri pelajaran orang Sabah, baru ada peluang. kalau tidak kita tukar kerajaan Saja atau bentuk United Borneo Front (UBF) bersama Dr. Jeffrey.
Reply
Sabah right wing's avatar

Sabah right wing · 732 weeks ago

Sekolah baik di Sabah sedikit. Sabah tiada high performance school, semua di semanjung. Yang peliknya sekolah yang agak baik di Sabah pun diisi oleh orang semanjung. Pelajar cemerlang dari Sabah terabai seramai 1190 orang yang mendapat 5A tidak mendapat tempat ditanah air sendiri. Kalau susah sangat kita minta ketua pengarah pelajaran dan menteri pelajaran orang Sabah, baru ada peluang. Atau tukar tukar kerajaan ikut united borneo front (UBF). -
Reply
Sabah right wing's avatar

Sabah right wing · 732 weeks ago

Tidak keluarkan komen disini tak apa, saya akan tulis dalam daily express dan hantar cc kepada menteri pelajaran, dan Sabah member of parlimen (MP- Dr Hew atau Datuk Bong Moktar) dan ksu. Ini hal pemilihan main buyuk ni!
Reply
Madeline Petty's avatar

Madeline Petty · 732 weeks ago

Tidak keluarkan komen disini tak apa, saya akan tulis dalam daily express dan hantar cc kepada menteri pelajaran, dan Sabah member of parlimen (MP- Dr Hew atau Datuk Bong Moktar) dan ksu. Ini hal pemilihan main buyuk ni!
Reply
salam..
adik sy nk masuk mrsm..tapi pihak pejabat mengatakan tak pa...skrg adik sya dpat tawaran ke sms...adik saya menangis kena takut x dpat masuk mrsm...mak sya jgak menyesal kna isi borang sms...adik sy x nk sekolah kalau x masuk mrsm...hermmm
Reply
laman web gapo nok bukuk?
Reply
salam sejahtera,
anak saya sudah mendapat tawaran ke sms seminggu yang lalu.namun demikian saya telah memohon utk ke MRSM.Adalah harapan saya agar anak saya mendapat tawaran di MRSM kerana anak saya bercita-cita untuk bersekolah di MRSM setelah mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang lalu.Mudah-mudahan yang anak saya dapat tempat di MRSM.
Reply
yg da dpt sbp tu da kira ok la tu. bagi la can anak orang lain yg belum terima apa2 tawaran masuk mrsm. jgn tamak.
Reply

Comments by