Permohonan Kemasukan MTD 2011


Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2010.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2010.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum  – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2010 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2011 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2011 ditutup pada 30 September 2010.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2011, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

38 Comments

  1. are_RIP says:

    assalamualaikum….
    nk kne bli nombor pin untok permohonan ny??

  2. saiful ikhwan says:

    borang maktab keluar bila eak???????

  3. ainamira says:

    borng untuk ke mrsm(2011) TINGKATAN 4 kluar bila?

    TQ……..

  4. main says:

    bila kelua borang kemasukan smv 2011

  5. yana says:

    x der untuk perempuan ker???

  6. HAZWAN says:

    NI KENE NO PIN

  7. exia says:

    demo wt gpow?

  8. samsudin says:

    borang mtd untuk 2011 ada dlm akhbar ke ambil kat mindef?

  9. suki says:

    lelaki MTD… prempuan pule nak masuk ape???

  10. ieza says:

    untuk perempuan takde ke?

  11. ikhmal hisyham says:

    berminat untok masuk ke sekolah tentera

  12. bdop klate says:

    sya brmnat nk msk mtd???
    tp xsmpat isi borng???
    xleh kea ka smula untuk prmhonan????

  13. faez says:

    sye nk msuk mtd tahun dpan….ble borang keluar….pngamblan dbuat kat mne???

  14. afiq says:

    aduh sudah ditutup ….. saya berminat sangat untuk masuk MTD tapi sekarang sudah 10 disember…

  15. afiq says:

    masih ada ker permohonon ke 2 PLZ PLZ PLZZ..

  16. ajie says:

    jikalau ada prmhnan ke 2 sila hbngi sy.,.
    0127958374

  17. chemat says:

    nak tanye masih adake permohonan kedua utk MTD Tingkatan 4, pengambilan 2011 bagi yang tertinggal?

  18. nanie din says:

    assalamualikum??,,kalau girl exmrsm PDRM kulim leyh masok x maktab ni?

  19. AYU FARHANA says:

    SALAM…NK TNY..KALAU NK BUAT RYUAN UTK KEMASUKAN 2011 BOLEH X?SBB ADIK SY TERLAMBAT MOHON…PLEASE REPLY K..

  20. Fifiey Choco says:

    nak tnyer larhhh , ade tak borang kemasukan ke MTD untuk perempuan ?

  21. nazmi says:

    assalamualikum. bang nk tnye bole x?

    saye xtau sebelum neyy ae mtd neyy,, saia da dpat kptsan pmr 7A.. bole x saia mohon bang…… saia nak ke mtd sbab nk displin kan diri.. walau pun da lmbat, tlong bang??

  22. nazamajid says:

    perlu ke surat sokongan utk ke mtd?

  23. mohdnorezran says:

    kalau form 5 nk msuk MTD boleh . . .

  24. Kong says:

    Hey, Can i know when is the next Permohonan coming to join MTD at 2012???

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives