Permohonan Kemasukan MTD 2012

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2012 sudah dibuka sekarang kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2011.

Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.

Permohonan MTD

Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) 2B di dalam peperiksaan Percubaan PMR 2011 dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2011 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:

  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun dengan mengunakan IE borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Pusat Pengurusan Maklumat,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2012 ditutup pada 30 September 2011.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03 9086 7470 atau 03 9086 7471.

162 thoughts on “Permohonan Kemasukan MTD 2012

  1. ingin tahu says:

    apa kelebihan kalau keluar dari maktab ni

    • MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagam MTD iaitu

      Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahan Negara

    • muhammad faris says:

      macam mna nk donwlad fail…?
      dan tak bleh download?

  2. admin,keputusan percubaan pmr tu penting ke?

    • penting utk permohonan ini

      • jika saya mendapat keputusan percubaan rendah..ada peluang tak saya nak masuk ke MTD…saya dah hantar permohonan minggu dua minggu lepas..saya takut tak lepas MTD nie…saya amat kecewa giler kalau tak lepas…sekolah yang paling saya minat sejak dulu lagi..tolong reply admin…sangt2 perlu kan jawapan dengan segera..

  3. Zulfadhli bin Aliman says:

    saya tidak mempunyai sijil pmr dan belajar di luar negara kerana mengikut keluarga bertugas ,hujung tahun ini akan ambil peperiksaan NCEA tahap 1 ada kan saya layak memohan?bolih kah sekira nya saya mengunakan keputusan peperiksaan yang saya ada disini?

  4. Zulfadhli bin Aliman says:

    saya tidak mengambil PMR kerana belajar diluar negara dan akan memduduki NCEA leval 1 pada hujung tahun ini.Adakah saya bolih memohan dengan menguna markah peperiksaan saya disini…kerana keputusan ncea hanya akan keluar awal thun depan

  5. Mohon bntuan ..skola saya xda mnyediakan slip percubaan PMR..ckgu hntr kputusan atas talian
    sblm itu, percubaan PMR ini peperiksaan excel 2 ke?
    trima ksih.

    • Edd boleh minta sekolah buat surat keputusan peperiksaan percubaan tu…
      Atau buat sendiri slip keputusan dan minta sekolah sahkan…
      Tentang percubaan PMR tu bergantung kepada sekolah… jika peperiksaan excel tu dianggap percubaan bagi sekolah Edd, gunalah result peperiksaan tu…

  6. Boleh saya tahu?? kenapa tak boleh download fail itu??

  7. saya adalah seorang pelajar perempuan ingin memasuki mtd bagaimana nak memohonnya ke ting 4
    2012

  8. sebenarnya anak saya yang berminat dalam bidang tentera ni

  9. ingin tahu says:

    sekiranya percubaan tidak menepati syarat seperti matematik mendapat B..adakah boleh memohon?dan boleh kah mohon semula sekiranya keputusan pmr cemerlang?

    • boleh cuba memohon… mungkin Ingin Tahu boleh lampirkan keputusan peperiksaan yang terdahulu sebagai sokongan.
      Tidak ada permohonan yang akan diterima selepas tarikh tutup

    • muhamad amin says:

      kalau percubaan pmr gagal… pmr sebenar cemerlag dapat x masuk mtd?

  10. tanpa nama says:

    kalau keputusan percubaan matematik dan b.melayu dapat A dan sains B manakala b.inggeris , boleh mohon ke?

  11. boleh buat permohonan kalau matematik dan b.melayu A dan sains B manakala b.inggeris pula C.

  12. NOK AMBIL MACAM MANE BORANG MTD NEHH

  13. Apa yang saya download..Fail itu kemungkinan fail 2010..kerana pada muka surat ke-tiga..ia tulis.."keputusan percubaan PMR 2010" …boleh ubah kepada 2011 tak?

  14. mcam mna kalau kputusan PMR sbnar tidak menepati syarat seperti bahasa melyu B bhasa inggeris C matematik D..dan saya berminat untuk masok ke MTD dan ingn mngikut jejak lngkah ayah saya..

  15. brapa markah utk dpt gred A klu ikt format pmrkahan PMR sbb skola saya set 85% keatas bru A

  16. kalau result sy x menepati syarat dan sy AKTIF dlm koko boleh ke sy memohon, kerana sy sgt2 berminat untuk memasuki MTD

  17. kalau keputusan sya 4A 1B 1C 2D dalam percubaan layak ka saya pohon?

  18. kalau trial sye 6A 1B 1C dan C sye tu BI boleh kew

  19. klau na post borng na post ke alamat mna ea?

  20. tumpg b'tanya,x ada mtd selain di sungai besi

  21. adkah di sungai besi sja yg ada mtd?

  22. result trial saya 6 A 3 B A dalam subjek bm mt tapi sain dan bi saya dapat b layak dak saya nak mohon

  23. kalau memohon borang permohonan melalui pos nnti diorang nnti diorang akan hantar ke alamat rumah kita ke?nk guna pos laju boleh?

  24. kenapa perempuan tidak boleh masuk??

  25. klu nk kirim surat je nk mintak borang bleh tak….

  26. SAYE berminat utk memasuki MTD.. adew tak borang permohonan utk perempuan…???tolong lah saye…..saye sangat minat dalam bidang tentera..

  27. kalo trial pmr tidak menepati 4A2B, bole ke mohon mtd…?
    nk msok mtd ni berdasarkn pmr ke trial….?
    kalo pmr bagus, trial trok bole x..?

  28. saya tidak dapat menepati keputusan percubaan PMR tetapi saya aktive dalam bidang Persatuan, Sukan , dan Unit Unifom

  29. mohamad fahiezan says:

    lau sye nk masok tpi peperiksaan gagal ? tpi sye dlm bidng kokurikulum bagos bly x ?

  30. xde ke isi borng scre online

  31. a'kum sy nk tny kalo x blh nk isi borang secara on9, kena pegi sana kan??? macam mana ngan pakaian??? n penampilan diri???

  32. irfan baharudin says:

    klu sye x lulus dlm peperiksaan percubaan pmr..ble xsaye mohon..

  33. nk mohon borang cam mne…….smua xley download……..

  34. knp tarikh tutupnye mesti 30 september ??

  35. Admin2…Bila boleh dapat Keputusan daripada MTD?? Jika dapat,Macam mana MTD menghubungi kita yang dapat? o.0 (saye baru apply dan surat sampai kat 30september yang lalu..hehe )

  36. boleh ke memohon mtd sekiranya markah percubaan dan sebenar lulus semua dan telah pergi ke peringkat kebangsaan 2011 dalam persatuan kadet bersatu malaysia…

  37. MTD dah panggil Pemilihan Awal…x tahu berapa org diaorang panggil…

  38. saya teringgin nak masuk mtd ni tapi x tahu nak amek borang kat mana.

  39. assalamualaikum… sy nk tnya skit… kalo sy nk mohon MTD tp x bgos dlm bidang akademik mcm mne ??

  40. assalamualaikum… sy nk tnya skit… sya nk mohon MTD tp x bgos dlm bidang akademik mcm mne ?

  41. sya amat minat giler r sekolah nie….tp akademik sye x brapa bgus.,mcm mn r

  42. hurmmm…tkowtnyee esk da nk ujian kemasukan MTD…..doakan saye lulus spenuhnya.. :)

  43. teringin sgt nk msok mtd ,..

  44. boleh ke kalau hanta lambat???

  45. Ada 2nd intake kn?

    Bila eh?

  46. salam…surat twaran untk sesi ke-2 bila sampai ehh…..?

  47. salam…..srat twran sesi ke-2 di sg besi smpai bla ehh utk zon utara…

  48. salam…srt twran utk sesi ke2 di sg besi 7 nov ,,bla srt tu smpai ehh..?zon utara

    • Salam…. nak kepastian cuba call Ketua Pemilihan Putera MTD (Lt Kol Mohd Noor) di talian 03 9086 7470 atau Penolong Pemilihan Putera 03 9086 7471

  49. asal pmpn ta ley msok ??? minat gler kowt na msok skol nh … hatoiii T___T

  50. surat untuk pemilihan akhir ke MTD sudah diposkan…alhamdulillah aku dpt….

  51. arifz sukor says:

    alhamdulillah…dpt gak gi tmuduga akhir..

  52. arifz sukor says:

    alhamdulillah..dpt gak gi tmuduga akhir…

  53. harap saye dpt pergi ke ujian khas dan temuduga mtd

  54. mohd amir b.baharom says:

    mcm diorg tnyer jgk kalu exam pmr rasult nyer brat….bleh x sy buat pemohonan keskolh mtd…..coz sy btl2 brminat untk msk ke skolh 2..sy arAP pihak skolh mtd dpt memberi pluang kt kami…coz tahun hdapan dh tiada dh PMR….jd prtimbang kn lh prmintaak kami smua nie

    • Permohonan mesti dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
      Pihak MTD akan menetapkan syarat kelayakan bersesuaian dgn keadaan semasa.

  55. kalau keputusan saya cukup2 je boleh tak saya masuk sebab saya betul2 nak menyertai bidang askar tolong lah pertimbangkan sebab inilah satu- satunya peluang untuk saya mencapai cita2 saya,Saya harap pihak berkenaan pertimbangkanlah

    • jika gagal mendapat tawaran ke MTD boleh cuba memohon Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat Port Dickson (SPPTD) @ Armed Forces Apperentice Trade School (AFATS) yang biasanya akan dibuka dalam bulan Januari nanti

  56. admin,bagaimana pula jika kptusan prcubaan PMR x memberangsangkan?tp sy berminat utk hantar anak sy ke MTD..

    • Permohonan utk masuk MTD 2012 telah lama ditutup tetapi permohonan ke Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat Port Dickson (SPPTD) @ Armed Forces Apperentice Trade School (AFATS) dijangka akan dibuka dalam bulan januari nanti

  57. zawir amir j says:

    saya nk tau bole x buat rayuan ke MTD…?

  58. ikt la spe2 pm says:

    bile ah sesi pwmilihan awal djlankan???

  59. di manakah saya boleh mendapatkan borg permohonan sekolah pertukangan perantis tentera darat?

  60. assalam..saya mahu masuk ke mtd dengan result pmr sy 5A3B…boleh tak pihak atasan mtd pertimbangkan?
    saya ingin sangat untuk belajar di mtd

    • Salam… permohonan kemasukan utk 2012 sudah ditutup dan biasanya tiada permohonan baru yang diterima selepas tarikh tutup. Utk kepastian boleh call terus MTD

  61. bilakah sesi temuduga dijalankan??

  62. sy sgt2 berminat untuk menyertai MTD dan sangat aktif dalam PKBM dan aktiviti2 koko di sekolah…tetapi masalahnya saya telah terlewat memohon ke MTD kerana borang lambat sampai ke rumah saya. Bagaimana saya boleh membuat permohonan semula…saya benar2 sangat berminat menyertai MTD.

  63. Fieyzlan 0hhlalla's says:

    bile panggilan MTD ni ?borang semua cukup lengkap rasanya ,kalau ade cable dalam mesti kemas lagi kan ?kalau ikotkan result 1A 4B 3C ,BOLEH TAK ADMIN ?A-KH B-MATH…BI…AGAMA..BM C-GEOGRAFI .SEJARAH. SAINS ,boleh tak agak-2 ?

  64. Hancur harapan aku x dpt masuk MTD..kwn2 yg 8A semua dah dpt…nampaknye 7A x de peluang walaupun lulus semua ujian..nasib2

  65. m.smir syhaifuddin says:

    salam..nk tnyr nk masuk myd lpsn spm xde ea

  66. malang nya nasib aku,sebab aku x dapat nak masuk MTD…..kerana ujian aku tidak lulus,,,aku berminat sangat ingat memasuki MTD,,malang sekali aku x dapat nak masuk……

  67. ujian khas 1 ngan 2 mtd lulus….kputusan pmr cemerlang…dh buat rayuan….tnpa rekemen bleh dpt ker????msuk mtd???jdi putera mtd???

  68. salam…saya sangat minat dalam bidang ketenteraan ni.Maktab ni hanya untk lelaki sahaja ke?Perempuan tiada?

  69. hafetz latif says:

    adakah semua murid yang menamatkan latihan di MTD ini perlu menjadi seorang tentera?

  70. askm,anak sedara sy berminat utk masuk ke MTD..tp dia perempuan…blh bermohon @ tidak?thanks..

  71. sye pelajar ting4 2012 sye bru tahu psal mtd and nk masuk tetapi sye dapat 2 a 5b 1c trial dan 2a 4b 2c, tapi sye minat sgat nk masuk

  72. bilakah permohonan untuk tingkatan 3 tahun 2012 dibuka

  73. kenapa untk perempuan tk dk ? ingat prempuan tk brani kah wat benda yg lasak2 nie , huhu , please answer me , kenapa untuk perempuan tak dak ??

  74. Jamaludin bin Isa says:

    assalamualaikum,saya ingin tanya kenapa anak saya mohamad ajmalul hayat bin jamaludin pelajar ting. 3 mrsm kem terendak,melaka tidak mendapat sebarang surat dari mtd untuk menghadiri temu duga pada hari sabtu 20 oktober yang lepas?sedangakan kawan sebiliknya memaklumkan nama anak saya ada pada hari temu duga tersebut.Adakah anak saya berpeluang untuk menghadiri temu duga yang kedua sekiranya dibuat lagi?

  75. Zanz Kedah says:

    Assalammualaikum….Saya Azizan B. Bakar dari Kuala Kedah, ingin bertanya.Apakah peluang yg mampu MTD @ ATM berikan kpd anak saya andai dia berminat belajar dlm suasana sekolah tentera tapi pencapaian akedemiknya amat lemah sikit. Dia bercita2 menjadi anggota tentera pd suatu hari nanti.Saya tak mampu nak sediakan perbelanjaan yg tinggi disebabkan faktor kewangan(Penerima bantuan zakat ).Saya ingin benar andainya suatu hari nanti anak saya berjaya menyertai ATM dan berkhidmat di dlm nya nanti.Jika ada silalah maklumkan kpd saya di no 017 543 0020.TQ

  76. arif solehuddin says:

    assalamualaikum,, saya mrupakan pljr ting 5 & beminat utk mnyrtai mtd,,,adkh ade pluang utk kmasukan ting 5…..
    harap boleh terima saya krana sya ingin sngat msuk mtd….

  77. fazreen tasniem says:

    assalamualaikum….sya tlah mnghamtar pemohonan untuk masuk ke mtd,tetapi masih tiada jwapan samada sya dapat atau tidak.

  78. permohonan untuk lepasan SPM ada tak? kalau ada, permohonan tu masih terbuka lagi ke?

  79. [...] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai [...]

  80. sayew minat nk msk askar tapi x thu nk msk macam mana?

  81. Klau akan datang tiada PMR ape syaratnya??

  82. hazahlinda says:

    Buadd lahh MTD untuk perempuann.. tolongg lah.. Tahunn 2014 adalakan untuk perempuan ekk? Nak masuk ler

  83. hazahlinda says:

    Buad MTD untuk perempuan.. Ramai yang minat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>