TERKINI: Permohonan IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012
Permohonan Kemasukan Universiti Pengambilan Sesi Disember 2010 / Januari 2011
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi Disember 2010 / Januari 2011 akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat. Mereka yang ada membuat permohonan melalui UPU bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi Julai yang lalu tetapi tidak mendapat tawaran boleh membuat permohonan untuk pengambilan sesi Disember 2010 / Januari 2011 ini.
Pengambilan IPTA sesi Disember 2010 / Januari 2011 ini bukan sahaja memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Julai yang lalu tetapi untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu. Oleh itu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan kelulusan lain yang setaraf dengannya bolehlah membuat permohonan.
Disamping itu terdapat beberapa IPTA yang menawarkan program pengajian lepasan ijazah.
Cara Memohon
Pengambilan ke IPTA bagi sesi Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Pengambilan ke IPTA bagi sesi Disember 2010 / Januari 2011 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti.
Walaupun begitu hanya sebahagian sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang akan ditawarkan.
Pengambilan Disember 2010 / Januari 2011
Setelah menyemak kesemua laman web IPTA, berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan bagi sesi Disember / Januari setakat ini;
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI
Program Pengajian
- Sarjana dan Doktor Falsafah
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Diploma Bahasa Inggeris
Semua program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Permohonan – Diploma dan Ijazah
- Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
- Permohononan ambilan Disember 2010 UPSI perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 15 Ogos 2010.
- Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.
Permohonan – Sarjana dan Doktor Falsafah
- Bayaran proses atas nama Bendahari UPSI bernilai RM 15.00 perlu disediakan.
- Permohonan perlu dibuat secara online dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan.
- Sila rujuk laman web Permohonan Institut Pengajian Siswazah UPSI.
Tarikh Tutup – Diploma dan Ijazah
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UPSI akan ditutup pada 6 September 2010.
- Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 31 Disember 2010 adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh Tutup – Sarjana dan Doktor Falsafah
- Permohonan ditutup pada 25 September 2010.
Keputusan Permohonan
- Diploma dan Ijazah, sila semak di Permohonan Atas Talian UPSI
- Sarjana dan Doktor Falsafah, sila semak di Permohonan Pengajian Siswazah
Maklumat
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi
- Diploma dan Ijazah, talian 05 450 6929 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.
- Sarjana dan Doktor Falsafah, talian 05 450 5480/ 5481/ 5482/ 5511 atau faks 05 459 4649
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA – UTHM
Program Pengajian
- Program Diploma
- Program Sarjana Muda
Permohonan
- Sila rujuk laman web Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar UTHM.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UTHM akan ditutup pada 28 September 2010.
Keputusan Permohonan
- Sila rujuk laman web Info UTHM.
Maklumat
Sila hubungi talian 07 453 7681/ 7689/ 7687/ 7655/ 7696/ 7685 atau faks 07 453 6085 atau emel pa@uthm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM
Program Pengajian
- Program pengajian Asasi, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Luar Kampus dan Profesional/Lepasan Ijazah.
Permohonan
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UiTM dibuka mulai 16 Ogos 2010 ini.
- Sila rujuk laman web Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM dan Permohonan Atas Talian UiTM.
- Semua permohonan adalah percuma tanpa perlu perlu membeli nombor PIN dari mana-mana bank.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UiTM akan ditutup pada 19 September 2010
Keputusan Permohonan
- Sila semak di Keputusan Dan Rayuan Permohonan UiTM
Maklumat
Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – UKM
Program Pengajian
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Program Pengajian Siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah)
Permohonan
- Sila rujuk laman web Kemasukan Saluran ke 2 (Belum dibuka lagi) bagi program ijazah sarjana muda.
- Sila rujuk di laman web Pusat Pengurusan Siswazah UKM bagi program pengajian siswazah.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UKM bagi program ijazah sarjana muda belum ada maklumat lagi.
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UKM bagi program pengajian siswazah akan ditutup pada 30 Ogos 2010.
Keputusan Permohonan
- Bagi program ijazah sarjana muda sila semak di Semakan Permohonan Saluran ke 2. (Belum dibuka lagi)
- Bagi program pengajian siswazah sila semak di Pusat Pengurusan Siswazah.
Maklumat
Sila hubungi talian 03 8921 5336/ 5041/ 4126 atau faks 03 8925 0662 atau emel akad@ukm.my bagi program ijazah pertama dan 03 8921 3764/ 3895/ 4183/ 4612/ 3795/ 4183/ 5162/ 4516/ 5338/ 4515 atau faks 03 8925 2699 jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI MALAYA – UM
Program Pengajian
- Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama).
Permohonan
- Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini
Tarikh Tutup
- Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini
Keputusan Permohonan
- Sila semak di e-Semak Kemasukan UM. (Belum dibuka lagi)
Maklumat
Sila hubungi talian 03 7967 3440/ 3441/ 3502 atau emel akademik@um.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA – UPM
Program Pengajian
- Ijazah Senibina
Permohonan
- Sila rujuk di laman web Bahagian Akademik UPM. (Belum dibuka lagi)
Tarikh Tutup
- Permohonan belum dibuka / Tiada maklumat terkini
Keputusan Permohonan
- Sila semak di Semakan Permohonan Kemasukan UPM. (Belum dibuka lagi)
Maklumat
Sila hubungi talian 03 8946 6059 atau faks 03 8942 6469 atau emel akademik@upm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA – USIM
Program Pengajian
- Peringkat Master dan PhD
Permohonan
- Sila rujuk laman web USIM Admision To Post Graduate Programmes.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan program pengajian siswazah ambilan Disember 2010 USIM akan ditutup pada 1 Oktober 2010.
Keputusan Permohonan
- Sila semak di Semakan Tawaran ke USIM.
Maklumat
Sila hubungi talian 06 798 6060/ 6061/ 6040 atau faks 06 798 6059/ 6077 atau emel cgs@usim.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – UUM
Program Pengajian
- Ijazah Sarjana Muda
Permohonan
- Sila rujuk laman web Permohonan Kemasukan Saluran Kedua UUM.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan program pengajian ijazah pertama ambilan Disember 2010 UUM akan ditutup pada 31 Oktober 2010.
Keputusan Permohonan
- Sila semak di Keputusan Permohonan Kemasukan UUM.
Maklumat
Sila hubungi talian 04 928 3108 / 3174 / 3107 / 3168 atau faks 04 928 3109 atau emel uumkemasukan@uum.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA – UIAM
Program Pengajian
- Ijazah Sarjana Muda
Permohonan
- Sila rujuk laman web UIAM Admisions and Records Division.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ambilan November 2010 UIAM akan ditutup pada 30 September 2010.
Keputusan Permohonan
- Sila semak di Keputusan Permohonana Kemasukan UIAM.
Maklumat
Sila hubungi talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK – UNIMAS
Program Pengajian
- Ijazah Sarjana Muda
Permohonan
- Sila rujuk laman web Permohonan Kemasukan Kedua Ke UNIMAS Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Sesi 2010/2011.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ambilan Disember 2010 UNIMAS akan ditutup pada 29 September 2010.
Keputusan Permohonan
- Sila semak di Keputusan Permohonana Kemasukan UNIMAS.
Maklumat
Sila hubungi talian 082 581 166/ 082 581 045 /082 581 063 atau faks 082 581 048 atau e-mel : ukp@bpps.unimas.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
Nota : Terima kasih kepada Lorita kerana memaklumkan mengenai pengambilan UNIMAS.
Maklumat
Maklumat berkenaan pengambilan universiti sesi Disember 2010 / Januari 2011 di atas diperolehi daripada laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra, Anda boleh juga merujuk komen-komen di Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 untuk mendapatkan lebih maklumat.
Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat terbaru berkaitan permohonan ke IPTA sesi Disember 2010 / Januari 2011 sila maklumkan kepada kami supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.
Related posts:
- Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010
- Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009
- Pengambilan Politeknik Sesi Disember 2010
- Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi
- Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf






salam. lepasan diploma ipts (unikl) layak kah untuk memohon peringkat ijazah ipta? terima kasih.
wslm zaba..leh je..jnji pointer awk mnepati syarat am n khas kos yg awk amik tu..
dimanakan dan bilakah keputusan program second intake uitm akn keluar ea?
akhr bln 12
bilakah keputusan permohanan ke uitm sesi disember dapay diketahui??
salam..bila keputusan ntk uitm blet tau?
UPM,UM,UMS ada buka untuk pengambilan dis tak thun nie…
ble…..????/
salam,iwan..upm wat msa ni amik pndidikan jrk jauh..ums rsanya x amik intake disember..
salam dun..sy da post kt ayu edayu..komen sma cam awk..huhu..bingungkan..
salam..sy nk tnya tentang pengambilan uitm dis10…bilakah keputusan akan di ketahui?
Salam….UPM,UM,UMS ada buka untuk pengambilan dis tak thun nie…
ble…???
Bila permohonan bg sesi kemasukan ke ikbn bg januari 2011?
zulfan>>wslm..utm dbuka utk spruh mse shj…
salam..
ada sesapa x yg xleh bkak online utk permohonan undergraduate/ijzh srjna mda..??
sy try bkak tp xleh cam kna block lak..
Ya Allah…
assalamualaikum,
bilakah keputusan intake kemasukan disember uitm??
nurul..tarikh last anta dokumen unimas 6 oktober ni..kl leh lgi awal lgi bagus..
uum for local student online xleh buka..napa ek..??sapa2 de prob sma cam sy ke o spa yg taw link lain pliz gtau..da 2/10 nie..tarikh tutp ujung blan ni..ish2..salam..
da dpt bukak ke binggung??? da aplyy utk uum ke???
xdpt pun bella..xpa la da lps pun..huhu..smpai hri last xdpt juga..
salam~~~~~
bila agaknya tarikh kptusn kemasukan ke uitm utk second intake kua ekr????
knpa pengambilan UMS xde ek??
salam….
bleh sy tau ble semakan tarikh temuduga uitm akn diumumkan….
salam..en/pn..saye berharap maklumat mengenai kemasukan ke ipta ini dpat dikemaskini selalu,kerana inilah satu satunye tempat untuk kami mendapat maklumat terkini mengenai permohonan ke ipta sesi disember ini..sebagai cntoh..upsi telah mmbuka permohonannye kembali dengan menawarkan lebih bnyk coz lain..dn saya harap en/pn dapat mencari maklumat mengenai um dan universiti2 lain seperti upm dan ukm..tq
bingung>>psl uum online page 2…
cbe bkak mgunakn opera browser..
insyaallah ok…
salam.. bila keputusan kemasukkan 2intake uitm 2010?
terima kasih
assalamualaikum,,,
nak tanya ckit…bila brg permohonan untuk sesi jan 2011 akan dibuka???
dan cmne nk cr web t'sebut??
shira>>rsult utk uitm dsmber intake ,,
akn diumumkn dlm prtngahan bln 11 nie…
salam.. Pelajar lepasan matrikulasi SESI 09/10 , BOLEH TAK apply UPU utk kemasukan SESI JULAI '11..?? POINTER 3 ABOVE.. Boleh x lagi? TERIMA KASIH..
sy lupa paswod dan username untk uitm intake dis 2010..mcmane ni?
sy nak ty..uitm ad x amik stnnt yang dpt 7d bi dlm spm??????
salam faezra..
setiap ipt xkira ipta/ipts ada mltakkan syarat2 utk sesuatu kos
so,awk kna tgok syarat am dan syarat khas kos yg awk nk pilih kt uitm ok..=)
wslm,shima..
msh lom lmbt lgi..sesi disember ni kita mohon trus dri universiti yg kita nak..uum msih buka twran smai ujung blan ni..
uum intake disember tu bkn utk lpsn diploma je ke?
lpsn stpm n matriks xleh aplly la ek?
kalau lepasan diploma dan setaraf maknanya termasuk matriks dan stpm..boleh mohon untuk ijazah sarjana muda..
slm,..
utk pengetahuan saudari,diploma,stpm dan matriks adalh setaraf,..jadi saudari bleh apply…
ketiga2 nya skiranya apply akan smbung ke peringkat ijazah sarjana muda..
iwan….yea betul tu….yg pnting kite kene cube….usaha tu penting…GOOD lUCK ALL ;p
terima kasih ingatkan..sama2 la kita brdoa dan berusaha..
aikk…asal kte x dpt bukak borang pmohonan UUM tu ekk??? mslh teknikel ke ape???
nurul:: pkai opera..kalo mozilla dy blok…
ur welkem…
salam.
bile kptsn prmohnan unimas akn keluar?
salam..
bile kptsn pmhnan ke unimas keluar?
dah keluar dah..kena pergi kat laman web unimas untuk buat semakan..
salam. saya nak tny, kbnykkan u dah ttp sesi bulan 12/jan. cmne nak mohon? ade u yg len yg bukak tak?
uum smpai 31hb 10 ni..
msih smpt utk mohon…
wei, xley bukak borang permohonan “UUM”.
Plz anyone, tolong tunjuk ajar secara detail.
Da nak tarikh tutup ni.
(pakai mozila)
salam..sy ni lepasan diploma, jd sy nk sambung ijazah ttp muet sy tidak amik. boleh ke sy nk sambung ijazah tanpa muet
semua ipta/ipts nak muet..
rsult intake dec 2010 unimas da bleh d check.. =P
kenapa tiada info mengenai keputusan kemasukan ke UTHM di laman web UTHM..
bukankah hari ni keputusannya keluar (4/11/2010)
kenape uthm tak keluar result lagi..??
ade someone ckp 11/11 kuar…kul 2
result uthm da kuar start hri ni 10/11..lps kol 2 ptg..
Assalamualaikum…ukm untuk december intake 2010 bg ijazah bla dpt maklumat yee..bla dibuka??
tumpang tanya, kenapa semakan uthm x dapat dilakukan. line busy @ ….??
uitm bila g nak kua ? uhhu ~
uitm bg dip da kuar..
tp yg degree pula 28/11 nie..
assalamualaikum….saya nak tanya..bilakah permohonan kemasukan ke utem akan dibuka?
assalamualaikum..saya nak tanya bilakah permohonan masuk ke UTEM akan dibuka?
Kenapa untuk permohonan kemasukan ke ipta fasa 1 tiada imej dipaparkan..
bila dh dpt salah 1 u yg kita apply sesi disember ni, mmg yg len xkan dpt dah eh?
salam…
adakah ukm membuka permohonan bagi intake disember utk calon stpm 2009??
kputusn UUM intake december 2010 sudh bleh di check
kol UUM,dia kate 30hb baru boleh check
sblh siang kmarin bleh cek…
sme jgk rkn2 yg laen sume bleh..
mlm smlm xbleh..n skrg da bleyh blik…
gud luck
bila tutup pendaftaran kemasukan ipta sesi 2011??
Sila rujuk Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
saya nk tau pasal ukm. ukm ade x januari intake 2011?
Setakat ini nampak macam tak ada
cm ne nk ceck result intake disember 2010 UUM??
aslamulaikum
saye nk tanye???
saye belajar kt unimas ambil jurusan asasi boleh tak kalau saye nak tukar belajar kt uiam…sebab saye tak minat kusus yang ade kt unimas…ape yang perlu saye buat???
Salam… rasanya Ikmal perlu membuat permohonan baru jika nak tukar u
assalamualaikum..
saya nak tau sama ada ums membuka peluang bagi intake jan 2011?
Salam… klau xde di atas cuba call UMS utk pengesahan
jika sy mnduduki muet utk sesi awal thun dpan.adakh sy brpluang memohon kemasukan ke sbrg ipta??
Sepatutnya memang boleh
Bila keputusan Second Intake Unimas sesi Disember 2010/januari 2011 akan diumumkan? laman e-Putra ni tak diperbaharui ke? kenapa tak perbaharui laman web ni? Baik tutup buang laman web ni, buat menyemak je…
Bila keputusan second intake Unimas sesi Disember2010/januari2011 akn diumumkan? Laman web e-Putra ni tak diperbaharui ke? Kenapa tak perbaharui laman web e-Putra ni? Baik tutup buang laman web ni, buat menyemak je!!!
Kami meminta maaf kerana tidak mempunyai maklumat tersebut sila hubungi terus UNIMAS untuk maklumat lanjut, terima kasih
Sepatutnya boleh sila rujuk Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Terima kasih dengan maklumat tersebut
salam… mcm mana ni?? saya ada hntr borang untuk ke SMV pada lawatan ke sekolah SMV…. tp, apabila saya cek keputusan pmohonan, ia menyatakan (Rekod Anda Tiada dalam data permohonan Kami)… apa ptut saya buat??
bila keputusan rayuan uitm sesi disember 2010 keluar ye??
salam..uum tidak ada buat intake rayuan ke?sesi jan 2011
salam saya nak tanye bila rayuan uitm keluar kptusan nye???
Eh? Saya dgr kwn saya ckp dh keluar
saya dah 2nd sem di uitm. tapi saya rasa kerana faktor duit, saya nak ipta yg lebih dekat dgn hometown saya. so, i'm thinking of applying unimas. can i apply for any course (i mean degree) for next sem (september intake). memandangkan next sem akan start in september, jadi saya fikir, mungkin saya boleh uruskan application ni. i really want to do so if it's possible. so, anyone, i need any info or knowledge u all have about this. now i'm taking degree in chemical engineering. btw, i'm spm 2008 leaver.
APLIKASI DALAM TALIAN PERMOHONAN BAGI SESI AKADEMIK 2011/2012
KE IPTA BAGI LEPASAN DIPLOMA SETARAF
http://upu.mohe.gov.my/
1.Bilakah tarikh keputusan permohonan dikeluarkan ?
2.Permohonan ini adalah intake bulan apa ?
3.Jika sudah memohon pada aplikasi ini, bolehkan memohon lagi pada panggilan kedua
pada masa yang sama?
Terima kasih
1) Keputusan biasanya bulan Jun tp tahun ni mungkin lewat
2) Sesi akademik 2011/2012, pendaftaran dijangka awal Sept
3) Tidak pasti, cuba rujuk http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-ipta-se…
tq eputra sbb bg update tntg ni last yr…alhmdulillah skg pun da ade kat unimas..n ktorg batch pertama unt dec intake..
kalau pilihan pertama universiti yg kite pilih adalah ukm, dan kite tak layak untuk kos yg kite pilih ape yg akan jadi??? adakah kita dapat u yg same tetapi kos yg dilelong???
salam..sy ingin masuk ke program upsi lepasan spm tp trikh intake disember 2011 dia bila ye???….
salam,,,cam ne nk wat rayuan poli sesi disember 2011???
salam…bg lepasan stpm 2010..ada lg tak pngambilan u untuk sesi kedua..selepas sesi prtama pada bln 9????
salam… uitm akan ada pengambilan dlm bulan okt nanti
salam..sy lepasan dip dr politeknik dn tlh mndpt tawaran utk smbg blja di ukm sept ni..tp sy nk tnye,blh ke klu sy nk tukar ke uitm shh alm ats bbrp fktor trtntu?ape yg prlu sy buat?
salam… xblh tukar tapi mungkin blh cuba buat permohonan baru ke uitm
skrg ni permohonan program diploma uitm pengambilan sesi 2 masih dibuka (tutup 14 ogos) rujuk http://eputra.com/permohonan-kemasukan-uitm-sesi-… untuk program ijazah pula akan dibuka dlm bulan okt nanti
tapi pastikan dgn uitm jika mrk yg dah dapat tawaran/mendaftar blh memohon
hello..
sy nk tanye kalau sekarang sy di UMP, sy xberminat dgn kos yg baru diambil bln9 2011 ni, kos bkn pilihan sy.. so macam mane saya untuk sy membuat pertukaran ke universiti seperti utm? adakah sy hanya membuat surat rasmi ke jabatan pentadbiran UTM? sy harap bolehla tolong berikan information A.S.A.P tq
salam..
sy pelajar sesi baru bln 9 ni dari universiti UMP , sy ingin membuat permohonan pertukaran ke UTM kerana mendpt kos bukan pilihan. macam mana prosedure permohonan ke UTM itu? adakan hanya membuat surat rasmi ke UTM tersebut? sy harap sy mendapat information.. tq
salam… tidak pasti pula bagaimana dengan proses pertukaran ni tapi rasanya tidak boleh buat.
apa2 pun cuba dptkan penjelasan dari UMP & UTM sendiri.
mungkin perlu mohon baru
nk tye.sye dpat u yg sye xminat n sgt jauh.so,sye nk tukar u ley x?sye skang amek ijazah sarjana muda n nak tukar ke u lain cmne cara nya?sesi mane saye perlu isi borang on9?disember or february ke?n kne ade no pin ke?sye ada try uitm tp xdpat pon link nak msokan id bsn n xtaw cmne nk msok online..please help me..